Pada sebelah malam telah dilangsungkan pelancaran Scram Riders Peringkat Pulau Pinang. Ianya kemudian diikuti dengan Malam Santai Anak Muda bersama Radzi Melissa yang dilancarkan di Kampung Petani.
Pada sebelah malam telah dilangsungkan pelancaran Scram Riders Peringkat Pulau Pinang. Ianya kemudian diikuti dengan Malam Santai Anak Muda bersama Radzi Melissa yang dilancarkan di Kampung Petani.Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.
“Saya
yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan
kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap,
akauntabel, telus (CAT) ,” katanya kepada pemberita di kompleks pejabat
kerajaan negeri di Komtar.Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.
Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, “Kami akan mengambil langkah satu persatu.”
Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.
Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.
Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.
Selain
itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya
adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi
bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi
membayar hartanah itu.
Di
Malaysia ini semua perkara walaupun melibatkan kecederaan dilakukan
dengan oleh diri sendiri. Anwar menumbuk mukanya sendiri sehingga
matanya lebam. Mat Sabu sengaja terjun dari motorsikal untuk
mencederakan diri sendiri semasa Bersih 2.0.
Lembu NFC pun beli kondominium sendiri bukan dibeli oleh tuannya.
Semalam mahasiswa yang cedera teruk pun mencederakan diri sendiri.
Itulah Malaysia. Polis Malaysia sangat baik. Mereka langsung tidak
mencederakan rakyat dalam semua himpunan termasuklah Bersih 1 & 2.
Rakyat mati semasa Bersih 2.0 pun sebab bunuh diri bukan sebab Polis.
Mereka sentuh dan jentik pun tidak.
Hebat Polis Malaysia, mana ada Polis sebaik Polis Malaysia. .............
sumber : mutaligat.blogspot.com
Para pejuang Islam, marilah sama-sama kita dekatkan diri dengan ALlah dengan menghayati pesanan di bawah yang ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perjuangan Pas bukan merupakan perjuangan yang dihampari dengan permaidani merah, ia penuh dengan ranjau dan duri, ancaman yang datang daripada luar atau daripada dalaman sendiri. Perjuangan Pas ia mengajak manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah bukan untuk mengabdikan diri sesama manusia. Maka kerja ini bukan seperti menjual barang jualan langsung yang nampak mata bonus di hadapan. Sedangkan perjuangan untuk menyeru mausia kepada jalan Allah merupakan siatu perkara yang tidak kelihatan di mata kasar, ia hanya menyeru supaya ada keyakinan berdasarkan kepada sam’iyyat (hanya didengar bukan dapat dilihat).
Oleh itu hubungan dengan Allah perlu dipertingkatkan dan kita mesti menjaga batasan supaya hijab pertolongan Allah dapat diatasi. Kita mesti elak melakukan maksiat sama seperti musuh.
Pesanan Saidina Umar al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas di dalam suatu peperangan
” Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa’ad dan juga mereka yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi dalam peperangan. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang bersama-samanu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan tentera Islam lebih aku takuti daripada musuh-musuh Islam. Bilangan tentera kita tidak seramai tentera mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan aka menyebelahi mereka. Jika kita tidak dapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan mereka”.
Ketahuilah!
“Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, ada malaikat-malaikat yang mengawasi. Para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT untuk menjagamu. Maka ketahuilah apa yang kamu kerjakan. Maka malulah terhadap apa yang kamu ingin lakukan. Janganlah kamu berkata, “Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan”. Mana tahu Allah SWT akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada Bani Israil dahulu yang akhirnya mereka tumpas dan dikuasai oleh orang-orang Majusi. Mohonlah kepada Allah SWT kemenangan ke atas nafsu-nafsumu seperti kamu memohon kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas diriku dan dirimu”.
Kita mesti membina hubungan dengan Allah penuh keikhlasan kerana ini adalah kelayakan yang utama. Tugas mengajak manusia kepada Allah bukan ia matlamat perseorangan untuk memperolehi kebendaan. Tugas menyeru kepada manusia tidak akan berjaya tanpa mendapat restu daripada Allah SWT.
Berusahalah memprogramkan diri agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antaranya
@Berusaha untuk membina diri menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT dengan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT.
@Membanyakkan membaca al-quran kerana ini adalah amalan yang terbaik. Amat malanglah kepada ahli Pas yang mengabaikan daripada membaca Al-quran sedangkan ini adalah rujukan parti Pas.
@Melazimkan diri dengan zikir ma’thur terutama selepas solat
@Cuba mengelakkan diri daripada terlibat dengan amalan syubhah
@Melatihkan diri supaya mewajibkan solat sunat seperti qabliah dan ba’diah
@Melazimkan solat tahajjud kerana ini adalah sumber kekuatan yang paling ampuh dari sudut kerohanian dan dapat melatih keikhlasan dalam diri.
@Bersahabatlah dengan rakan yang boleh memberi nasihat untuk kekuatan jamaah dan peribadi.Elakkan bersahabat dengan rakan yang malas dan lagha
@Binalah rumah tangga Islam sebelum menegakkan Islam di negara ini.
@Jangan jemu memohon doa kepada Allah untuk kemenangan Islam dan memberi kekuatan kepada kita kesihatan dan istiqamah untuk terus berjuang.
@Terus berdoa kepada Allah supaya Allah membuka pintu hidayah rakan-rakan kita supaya mereka diberi petunjuk untuk menerima perjuangan yang kita bawa. Read More..
Sambil
menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat
berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida
Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli."Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya.
Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak".
"Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan.
Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan.
"Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya.
Sementara itu, Rafizi (kiri) pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya."Anak muda ini, apa namanya? Rafizi? Mafizi? (Dia) adalah si Tanggang muda, sepatutnya belajar dengan ibu-ibu di sini, bukan jadi anak derhaka, jual agama dan bangsa," kata Shahrizat.
Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja.
"Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya.
Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti.
"Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya.

Siapakah yang sebenarnya layak jadi calon Umno pada Pilihanraya akan datang? Ini yang menjadi persoalan kerana kriteria pemilihan calon berubah mengikut tempat. Ada ketua bahagian bertanya kenapa dia tak layak jadi calon sedangkan dia popular di bahagian dan dia pun ada kelulusan. Populariti seseorang ketua bahagian amat subjektif.Ada yang popular kerana wang. Mereka menang jawatan kerana membeli undi para perwakilan. Justeru itu populariti seperti ini tidak semestinya boleh menang dalam pilihan raya.
Sebaliknya jika mereka menang kerana mereka berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira waktu, orang seperti ini boleh menang bila dipilih sebagai calon. Memang susah untuk menetapkan calon dalam Umno kerana semuanya berebut-rebut untuk menjadi calon. Masing-masing mahu menjadi calon kerana mereka tahu ianya adalah batu loncatan untuk menjadi kaya raya mendapat pangkat dan segala kemewahan dunia. Jika tidak masakan ramai yang berebut-rebut. Mereka tidak merasakan ianya amanah besar yang akan ditanya oleh Allah di Hari Akhirat nanti. Ianya bukan keistimewaan kerana setiap perkara yang kita lakukan akan dipersoal oleh Allah.
Contohnya kalau kita buat rumah besar dari mana wang itu diperolehi, kalau kita beli cincin RM24juta dari mana duit sebanyak itu kita dapat, kalau kita beli barang kemas berharga RM172,000 dari mana kita 'cekau' duit itu. Kalau kita beli beg tangan berjenama berharga ratusan ribu dari mana kita 'songlap' duit itu. Sebab itu dalam PAS pemilihan calon dibuat dengan teliti. Kita bukan sahaja melihat samada calon itu boleh menang malah latarbelakang, akhlaq, pegangan agama, track record dan sebagainya dilihat dengan teliti. Majlis Syura Ulama pernah menolak calon-calon yang dikemukakan oleh parti kerana sebab-sebab tertentu. Antara yang pernah ditolak ialah salah seorang Wakil Rakyat yang melompat selepas PRU 12 lalu. Dalam Umno memang susah untuk mencari calon yang bersih......sebab kebanyakkan tidak bersih
sumber : mutaligat.blogspot.com Read More..





