Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Saturday 19 June 2010

Apa itu HFMD???

Assalamualaikum WBT

19 JUN 2010. Memandangkan sudah banyak kes Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) yang berlaku di kawasan Permatang Pauh, di sini saya sertakan sedikit maklumat berkaitan dengan penyakit ini yang diambil dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Diharapkan sahabat-sahabat dan teman-teman pembaca sekalian dapat mengambil sedikit peringatan.

Apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah bilamana pusat-pusat asuhan kanak-kanak tidak ambil peduli tentang penularan penyakit berjangkit ini. Penyakit ini memakan masa yang panjang bagi penghidap untuk betul-betul pulih. Daripada perbualan saya dengan beberapa penduduk kawasan Permatang Pauh(ibu-bapa) yang ditemui mereka mengalami kesukaran kerana terpaksa mengambil cuti selama 1 minggu hingga 2 minggu untuk menjaga anak mereka yang dikuarantinkan di rumah kerana Pusat Asuhan/Tadika terpaksa ditutup.

Apa yang membimbangkan ialah sikap ketidak prihatinan kita(ibu-bapa) boleh membawa padah terutamanya kepada anak-anak kita. Sekadar itu sahaja untuk kali ini dan ambillah sedikit masa untuk membaca peringatan di bawah.

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.


HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

§ Demam

§ Sakit Tekak

§ Ulser pada tekak, mulut dan lidah

§ Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya

§ Sakit kepala

§ Hilang selera makan

Komplikasi

· Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.


Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.


Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

§ Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

§ Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

§ Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

§ Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

§ Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

§ Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.


http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/PenyakitKakiTangan_Mulut.php

Khairul Azhar Bin Abdullah

Lajnah Kebajikan Dan Masyarakat

DPPK Permatang Pauh