Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Tuesday 7 July 2009

PAS-BN BERENTAP DI MANEK URAI

Jul 6, 09 dikemaskini 11.20am
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.Mohd Fauzi yang ditemui selepas wawancara dengan RTM dan ditanya mengenai peluangnya, berkata:"Setakat ini, peluang kita cerah kerana kita rapat dengan rakyat kampng dan akar umbi lebih awal. Rakyat sudah lama mengenali saya."Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.Sehingga jam 10.35 pagi tadi, katanya, polis belum menerima apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ini.Beliau berharap penyokong kedua belah akan mematuhi undang-undang.Abdul Rahim berkata 3,000 anggota polis ditugaskan di Manek Urai sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.

SAH...HASIL JUALAN TEMPE...



'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi
Jul 6, 096:35pm-sumber malaysiakini
Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta."Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta."Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun

Wednesday 1 July 2009

PANCIT ATAS JAMBATAN - JANGAN RISAU

PBSB Sedia Khidmat Lori Pengangkut Motosikal Secara Percuma
PULAU PINANG, 29 Jun (Bernama) -- Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) akan menyediakan khidmat lori pengangkut bagi membantu penunggang motosikal yang mengalami kerosakan motosikal atau tayar pancit di atas Jambatan Pulau Pinang mulai Rabu ini.Timbalan Pengurus Besar PBSB Ir Abdul Rahman Hassan berkata perkhidmatan mengangkut motosikal terus ke bengkel yang berdekatan itu bermula dari pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap hari, dan ia disediakan secara percuma."Namun segala kos pembaikan dan alat ganti motosikal adalah tanggungan penunggang sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.Menurutnya penunggang motosikal yang ingin mendapatkan khidmat bantuan lori pengangkut yang disediakan boleh menghubungi:
talian PBSB Bridgeline 1300 1300 03 ataupun menggunakan telefon kecemasan
yang terdapat di sepanjang laluan atas jambatan.Beliau berkata pihaknya mengambil langkah menyediakan perkhidmatan itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat dalam membantu pengguna jambatan."Selain itu, inisiatif berkenaan adalah bagi membendung kegiatan menabur paku di sekitar jambatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang mempunyai modus operandi mengaut keuntungan dengan mengenakan caj yang tinggi melalui khidmat membaiki motosikal," katanya.Abdul Rahman berkata dengan perkhidmatan yang disediakan itu, pihak PBSB berharap dapat mengurangkan kegiatan tersebut."Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang kerana PBSB dengan kerjasama polis sentiasa memantau kegiatan berkenaan setiap hari," katanya.-- BERNAMA