Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Saturday 21 May 2011

Ceramah Perasmian PAS Cawangan Masriyah



PASTI Permatang Pauh PASTI Terbaik Pulau Pinang



PERMATANG PAUH, 16 Mei: 'Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu' itulah ibarat yang boleh diberikan kepada tenaga pengajar dari Pasti Bandar Tasek Mutiara, Seberang Perai Selatan, Jamilah Sharif apabila diisytiharkan Tokoh Guru Pasti Peringkat Negeri Pulau Pinang 2011 yang diadakan di Kompleks An Nadhoh, Penanti semalam.

Berbagai acara menarik diisi untuk meraikan 200 orang guru Pasti Pulau Pinang antaranya persembahan nasyid dari kumpulan 'Qatrunada' dari Kolej Islam Antarabangsa (KITAB) serta deklamasi sajak oleh Ahli Jawatankuasa Pasti Negeri, Shukri Tauzin dengan tajuk 'Terima Kasih Wahai Guru' dengan penuh penghayatan.

Program yang dirasmikan oleh Setiausaha Jabatan Pendidikan Pasti Malaysia, Rosli Suhaime turun menyampaikan anugerah guru paling lama berkhidmat dengan Pasti iaitu 20 tahun kepada Puan Misrojah Bakar yang mula bertugas di Pasti Lahar Minyak, Kepala Batas pada tahun 1989 serta beberapa orang guru cemerlang di peringkat kawasan antaranya ialah Aishah Othman, Azizah Haji Mat Nayan, Maheran Abu Bakar, Zafurah Hasan, Naemah Fadhil, Noranisah Zawawi, Siti Fatimah Kasim dan Siti Aishah Ishak.Bagi ketogari pentadbiran terbaik Pasti pula kali ini jatuh kepada Pasti Kawasan Permatang Pauh ekoran cemerlang dalam usaha menjagai kebajikan guru, kursus perguruan, pendekatan pendidikan dan paling penting adalah perhubungan yang akrab antara guru dan pengurusan semata-mata memastikan pendidikan pelajar diutamakan.


Sambutan bertemakan 'Guru Wahana Kemenangan Ummah' walaupun sederhana tetapi meriah penuh dengan ikatan talisiratul rahim sesuai dengan pendekatan yang terjalin selama ini.

Walaupun Guru Pasti bukan tinggi pendapatanya tetapi mempunyai semangat pengorbanan yang besar untuk melihat anak didik berjaya pada masa depan.

Guru umpama lilin yang membiarkan dirinya terbakar demi menerangkan orang lain bukan lagi kata-kata hikmah sebaliknya satu tafsiran yang jelas kepada mereka yang memahami hati seorang guru.

Turut hadir meraikan guru Pasti Pulau Pinang ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah dan bekas Pengarah Pasti Negeri, Abdul Jalil Salleh.

Saya nak solat di stadium, kapten bola jadi imam



KOTA BHARU, 20 Mei: “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.


Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.

“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.

Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.

Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.

“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.

Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.

Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.

“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.

“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita.

“Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.

Tuesday 3 May 2011

Konvoi bermotor ke Cameron Highland




30 April 2011 - Pemuda PAS Cawangan Kg Pelet, Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh,Pulau Pinang telah menganjurkan suatu program konvoi bermotor ke Cameron Highland. Program tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan sendiri, Ust Wan Ahmad Rafaei pada jam 8:30 pagi. Perjalanan yang bermotifkan kebajikan dan perkaderan ahli muda PAS tersebut telah mendapat sambutan daripada sekitar 40 pemuda-pemuda cawangan yang cenderung kepada mengamalkan Islam. Program-program berbentuk santai dan ilmiah menjadi pengisian sepanjang perjalanan