Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Monday 23 November 2009

SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL ADHA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Adha kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Semoga Allah menerima segala pengorbanan kita seumpama Dia menerima amalan korban Nabi Ibrahim dan Ismail alaihimassalam.

Thursday 19 November 2009

LAPORAN : Kursus Gajet Unit Amal - Ikatan Tali

Pada Hari Sabtu 14November yang lalu, Jabatan Amal yang di pengarahkan oleh Sdr Baharin telah berjaya menganjurkan kursus ikatan kepada pemuda-pemuda Islam kawasan Permatang Pauh. Kursus praktikal itu berjaya menarik minat pemuda-pemuda untuk mendalami ilmu berkaitan.

Sdr Baharin menunjuk ajar peserta..

Beberapa peserta yang sedang tekun mencuba

Ewah ewah..khusyuk nampak..

Wednesday 18 November 2009

PENGUMUMAN: Ijtima' Bulanan PAS Kawasan

Lokasi: Markaz PAS Kuala Mengkuang
Tarikh: 21/11/09
Hari: Sabtu
Jam : 9:00pg

Pengkuliah:
Ust Badrul Abdul Rahman (Ketua Urusan Ulama' Kawasan Pmtg Pauh)
Ust Mohd Zakaria Hamzah (Ketua Pemuda PAS Kawasan Pmtg Pauh)

Tuesday 17 November 2009

PENGUMUMAN: Program Lajnah Sukan - KONVOI Ke Teluk Bayu


Assalamualaikum semua..
Up-coming event dari Lajnah Sukan dan Rekreasi,

Program KONVOI ke Teluk Bayu
Tarikh: 26/12/2009
Maklumat lanjut akan disusuli dengan surat jemputan melalui ketua pemuda cawangan tuan-tuan.


Semua pemuda bersedia mental dan fizikal Anda!!
p/s: eheh, fulus juga kasi sedia juga yer...

PENGUMUMAN: Program Pendakian Bukit Kempas (21 November 2009)

Program Pemuda Kental Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh

Semua sahabat pemuda kental kawasan Permatang Pauh dijemput untuk beriadah dan berekreasi bersama Exco Dewan Pemuda di Bukit Kempas, Mengkuang Titi pada 21 November 2009.

Lokasi Berkumpul : Markaz PAS Mengkuang Titi
Tarikh Program : 21 /11/09 - 22/11/09
Masa berkumpul : 4:00ptg - solat Asar di Markaz

Pengisian Program
-Mendaki
-Perkhemahan
-Pengisian Rohani
-Santai......


Maklumat lanjut? Sila hubungi ketua pemuda cawangan anda...maklumat ada dengan mereka :)

Monday 16 November 2009

PENGUMUMAN: Ceramah Umum Ust Nik Abduh bin Tuan Guru Nik Abdul Aziz (5 Disember 2009)

Ceramah Umum

Penceramah :
Ust Nik Abduh bin Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Tuan Guru Ust Sidek Nor

Tarikh: 5 Disember 2009
Hari: Sabtu
Masa: 9:30mlm
Lokasi : Mengkuang Mak Sulong

BERITA: Kejohanan Futsal peringkat Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 8 Nov: Mungkin tidak berkaitan dengan seminar khas PAS semalam, tetapi apa yang dibuat oleh Pemuda PAS adalah untuk mendekati golongan muda yang dikatakan sudah mulai menjauhi PAS.
Lebih 500 pemuda telah menyertai kejohanan futsal bagi merebut piala Ketua Pemuda PAS untuk zon Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini.
Kumpulan Lagenda FC Kulim, Kedah telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan yang telah diadakan di Safira Sport Planet, Seberang Jaya baru-baru ini.
Pasukan ini juga akan mewakili Pemuda PAS Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam pertandingan tersebut sebanyak 65 pasukan yang disertai oleh lebih daripada 500 peserta daripada Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil bahagian.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan kepada para pemenang. Dalam kejohanan tersebut tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan SDM Navy.

Saudara Sany sedang menyampaikan ucapan penutup
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Bagan Boy daripada Pulau Pinang dan keempat ialah Simple FC.
Antara resolusi Seminar Memperkasakan PAS semalam adalah mendekati golongan muda yang dikatakan sudah mula menjauhi PAS. Mungkin program ini agak lewat sehingga terhasil persepsi itu.
Mohd Sany dalam ucapan beliau berkata usaha yang diambil oleh Pemuda PAS ini adalah satu usaha yang amat terpuji bagi merapatkan remaja dan generasi muda dengan PAS.
“Secara tidak langsung kegiatan riadah sebegini rupa membawa satu ikatan antara pemuda tempatan dan juga Pemuda PAS Pulau Pinang. Kita mahu melihat bahawa PAS bukan saja dilihat sebagai penggerak untuk memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat tetapi juga meneruskan agenda untuk menjadikan remaja dan generasi muda sebagai mereka yang sentiasa bergiat aktif dalam sukan disamping menjadikan PAS itu sebagai wadah perjuangan.
“Kita lihat pada hari ini dengan jumlah lebih daripada 500 peserta daripada pelbagai keturunan masyarakat yang turut serta membuktikan bahawa PAS diterima oleh semua golongan.Ini adalah sejajar dengan konsep ‘PAS For All’ atau PAS untuk semua sepertimana yang diperjuangkan selama ini.”

Berita bergambar, sila lawati
http://pemudapenang.wordpress.com/2009/11/09/pemuda-dekati-golongan-muda-dengan-futsal-4/

Jemputan ke Ceramah Motivasi sempena ihtifal PASTI Bandar Perda


Assalamualaikum semua,
Jemput-jemputlah ke Ihtifal PASTI Bandar Perda dan Ceramah Motivasi untuk kanak-kanak

Monday 9 November 2009

Aurat Dalam Islam


AURAT DALAM MENURUT ISLAM

Pakaian adalah salah satu di antara tiga keperluan asas terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ukuran keperibadian seseorang. Berpakaian tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syara’.

Permasalahan mengenai pakaian bukanlah bersifat peribadi sehingga seseorang itu menganggap ia boleh memakai apa sahaja pakaian yang disukainya. Tetapi dalam keadaan tertentu, pakaian yang dipakai itu perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ringkasnya, pakaian itu bukan sahaja mempunyai hubungkait dengan maruah, budi pekerti dan ketertiban, malahan ia sangat berkait rapat dengan tuntutan agama.

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam baginda bersabda: “Tidak harus seseorang lelaki yang memandang aurat seorang lelaki yang lain dan tidak harus seseorang wanita memandang aurat wanita yang lain.”

Aurat boleh disifatkan sebagai bahagian tubuh yang perlu (wajib) ditutup dan tidak didedahkan kepada pandangan orang.

PEMBAHAGIAN AURAT

Pertama, bagi lelaki berpakaian menutup seluruh anggota badannya yang ada di antara pusat dan kedua belah lutut. Tujuannya untuk menyelamatkan anggota yang ada di antara pusat dan kedua lutut itu supaya jangan terdedah. Bagi perempuan, pakaian itu menutup seluruh anggota badannya, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan (depan dan belakang) sehingga dua pergelangan tangan. Cara begini adalah dalam keadaan biasa. Sekiranya dalam keadaan yang boleh membawa fitnah atau mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu keganasan terhadapnya, maka menutup muka (purdah) dan tapak tangan menjadi wajib.

Kedua, hendaklah pakaian lelaki dan perempuan itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

Ketiga, hendaklah pakaian perempuan itu luas, tidak sempit atau tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badannya, seperti menampakkan bentuk buah dada, perut, punggung dan anggota yang lain yang boleh mendatangkan fitnah.

Keempat, hendaklah pakaian perempuan itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki, begitu juga sebaliknya.

Kelima, hendaklah pakaian perempuan itu tidak terlalu berbau wangi atau harum kerana ianya akan menarik perhatian orang lain. Larangan sedemikian berdasarkan hadis Nabi saw. Maksudnya: Setiap wanita yang mengenakan wangi-wangian (baik ke badan mahupun pakaiannya), kemudian dia berjalan melintasi sesuatu kaum agar mereka dapat mencium bau yang wangi itu, maka wanita itu adalah wanita penzina. (Riwayat Nasa’i)

Keenam, hendaklah pakaian itu tidak dihias secara berlebih-lebihan kerana pakaian yang berhias itu boleh menarik pandangan orang lain, dan boleh membawa fitnah dan kerosakan kepada perempuan dan kepada yang memandangnya.

Ketujuh, pakaian itu tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk.

Kelapan, mengenai pakaian lelaki pula, ia tidak boleh diperbuat dari benang sutera yang tulin.

Akhirnya tiada siapapun dapat menyangkal pendedahan aurat berlaku di mana-mana, sama ada di tempat-tempat awam atau di majlis-majlis tertentu. Meskipun di negara kita kejadian seumpama ini masih terkawal, namun ada juga segelintir remaja mahupun golongan dewasa yang tidak segan silu mendedahkan auratnya. Lelaki misalnya, ada yang memakai seluar pendek yang menampakkan paha dan memakai seluar ketat yang boleh menampakkan raut anggotanya. Biasanya kita boleh melihat mereka ini semasa mereka menjalankan aktiviti riadah.

Sementara perempuan pula, ada yang tidak memakai tudung, memakai seluar dan baju ketat, serta yang lebih dahsyat lagi ada yang memakai baju yang singkat hingga menampakkan perut. Ada pula yang memakai tudung tetapi masih mempamerkan rambut di atas dahi dan ada pula yang memakainya di atas paras dada.

Semua bentuk pendedahan yang disebutkan ini adalah punca kepada rangsangan syahwat baik bagi lelaki mahupun perempuan yang boleh membawa kepada berlakunya gejala-gejala sosial yang tidak diingini.

Memang benar dalam ajaran Islam, naluri seks seseorang itu harus berjalan seiring dengan kehendak agama dan mempunyai cara-cara tertentu untuk mengawalnya. Tetapi sejauh manakah naluri itu akan dapat dikawal apabila berhadapan dengan aurat yang terbuka? Mungkin orang-orang yang mendedahkan aurat itu beralasan bahawa pakaian tidak menunjukkan


Risalah Dakwah dikeluarkan oleh
Jabatan Dakwah Dewan Pemuda Pas
Negeri Pulau Pinang
No Tel: 019-5167627 / 019-4106014
Email: mzbh1972@gmail.com