Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Monday, 16 November 2009

PENGUMUMAN: Ceramah Umum Ust Nik Abduh bin Tuan Guru Nik Abdul Aziz (5 Disember 2009)

Ceramah Umum

Penceramah :
Ust Nik Abduh bin Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Tuan Guru Ust Sidek Nor

Tarikh: 5 Disember 2009
Hari: Sabtu
Masa: 9:30mlm
Lokasi : Mengkuang Mak Sulong

BERITA: Kejohanan Futsal peringkat Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 8 Nov: Mungkin tidak berkaitan dengan seminar khas PAS semalam, tetapi apa yang dibuat oleh Pemuda PAS adalah untuk mendekati golongan muda yang dikatakan sudah mulai menjauhi PAS.
Lebih 500 pemuda telah menyertai kejohanan futsal bagi merebut piala Ketua Pemuda PAS untuk zon Pulau Pinang dan Kedah baru-baru ini.
Kumpulan Lagenda FC Kulim, Kedah telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan yang telah diadakan di Safira Sport Planet, Seberang Jaya baru-baru ini.
Pasukan ini juga akan mewakili Pemuda PAS Pulau Pinang ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dalam pertandingan tersebut sebanyak 65 pasukan yang disertai oleh lebih daripada 500 peserta daripada Kedah dan Pulau Pinang telah mengambil bahagian.
Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan kepada para pemenang. Dalam kejohanan tersebut tempat kedua telah dimenangi oleh kumpulan SDM Navy.

Saudara Sany sedang menyampaikan ucapan penutup
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Bagan Boy daripada Pulau Pinang dan keempat ialah Simple FC.
Antara resolusi Seminar Memperkasakan PAS semalam adalah mendekati golongan muda yang dikatakan sudah mula menjauhi PAS. Mungkin program ini agak lewat sehingga terhasil persepsi itu.
Mohd Sany dalam ucapan beliau berkata usaha yang diambil oleh Pemuda PAS ini adalah satu usaha yang amat terpuji bagi merapatkan remaja dan generasi muda dengan PAS.
“Secara tidak langsung kegiatan riadah sebegini rupa membawa satu ikatan antara pemuda tempatan dan juga Pemuda PAS Pulau Pinang. Kita mahu melihat bahawa PAS bukan saja dilihat sebagai penggerak untuk memperjuangkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat tetapi juga meneruskan agenda untuk menjadikan remaja dan generasi muda sebagai mereka yang sentiasa bergiat aktif dalam sukan disamping menjadikan PAS itu sebagai wadah perjuangan.
“Kita lihat pada hari ini dengan jumlah lebih daripada 500 peserta daripada pelbagai keturunan masyarakat yang turut serta membuktikan bahawa PAS diterima oleh semua golongan.Ini adalah sejajar dengan konsep ‘PAS For All’ atau PAS untuk semua sepertimana yang diperjuangkan selama ini.”

Berita bergambar, sila lawati
http://pemudapenang.wordpress.com/2009/11/09/pemuda-dekati-golongan-muda-dengan-futsal-4/

Jemputan ke Ceramah Motivasi sempena ihtifal PASTI Bandar Perda


Assalamualaikum semua,
Jemput-jemputlah ke Ihtifal PASTI Bandar Perda dan Ceramah Motivasi untuk kanak-kanak

Monday, 9 November 2009

Aurat Dalam Islam


AURAT DALAM MENURUT ISLAM

Pakaian adalah salah satu di antara tiga keperluan asas terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi ukuran keperibadian seseorang. Berpakaian tidak memadai hanya berdasarkan ukuran adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu, pakaian juga boleh berubah. Ukuran agama adalah yang paling tepat bagi menentukan etika berpakaian iaitu menutup aurat yang menepati kehendak hukum syara’.

Permasalahan mengenai pakaian bukanlah bersifat peribadi sehingga seseorang itu menganggap ia boleh memakai apa sahaja pakaian yang disukainya. Tetapi dalam keadaan tertentu, pakaian yang dipakai itu perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Ringkasnya, pakaian itu bukan sahaja mempunyai hubungkait dengan maruah, budi pekerti dan ketertiban, malahan ia sangat berkait rapat dengan tuntutan agama.

Dalam riwayat Abu Said al-Khudri daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam baginda bersabda: “Tidak harus seseorang lelaki yang memandang aurat seorang lelaki yang lain dan tidak harus seseorang wanita memandang aurat wanita yang lain.”

Aurat boleh disifatkan sebagai bahagian tubuh yang perlu (wajib) ditutup dan tidak didedahkan kepada pandangan orang.

PEMBAHAGIAN AURAT

Pertama, bagi lelaki berpakaian menutup seluruh anggota badannya yang ada di antara pusat dan kedua belah lutut. Tujuannya untuk menyelamatkan anggota yang ada di antara pusat dan kedua lutut itu supaya jangan terdedah. Bagi perempuan, pakaian itu menutup seluruh anggota badannya, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan (depan dan belakang) sehingga dua pergelangan tangan. Cara begini adalah dalam keadaan biasa. Sekiranya dalam keadaan yang boleh membawa fitnah atau mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu keganasan terhadapnya, maka menutup muka (purdah) dan tapak tangan menjadi wajib.

Kedua, hendaklah pakaian lelaki dan perempuan itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

Ketiga, hendaklah pakaian perempuan itu luas, tidak sempit atau tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badannya, seperti menampakkan bentuk buah dada, perut, punggung dan anggota yang lain yang boleh mendatangkan fitnah.

Keempat, hendaklah pakaian perempuan itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki, begitu juga sebaliknya.

Kelima, hendaklah pakaian perempuan itu tidak terlalu berbau wangi atau harum kerana ianya akan menarik perhatian orang lain. Larangan sedemikian berdasarkan hadis Nabi saw. Maksudnya: Setiap wanita yang mengenakan wangi-wangian (baik ke badan mahupun pakaiannya), kemudian dia berjalan melintasi sesuatu kaum agar mereka dapat mencium bau yang wangi itu, maka wanita itu adalah wanita penzina. (Riwayat Nasa’i)

Keenam, hendaklah pakaian itu tidak dihias secara berlebih-lebihan kerana pakaian yang berhias itu boleh menarik pandangan orang lain, dan boleh membawa fitnah dan kerosakan kepada perempuan dan kepada yang memandangnya.

Ketujuh, pakaian itu tidak bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk.

Kelapan, mengenai pakaian lelaki pula, ia tidak boleh diperbuat dari benang sutera yang tulin.

Akhirnya tiada siapapun dapat menyangkal pendedahan aurat berlaku di mana-mana, sama ada di tempat-tempat awam atau di majlis-majlis tertentu. Meskipun di negara kita kejadian seumpama ini masih terkawal, namun ada juga segelintir remaja mahupun golongan dewasa yang tidak segan silu mendedahkan auratnya. Lelaki misalnya, ada yang memakai seluar pendek yang menampakkan paha dan memakai seluar ketat yang boleh menampakkan raut anggotanya. Biasanya kita boleh melihat mereka ini semasa mereka menjalankan aktiviti riadah.

Sementara perempuan pula, ada yang tidak memakai tudung, memakai seluar dan baju ketat, serta yang lebih dahsyat lagi ada yang memakai baju yang singkat hingga menampakkan perut. Ada pula yang memakai tudung tetapi masih mempamerkan rambut di atas dahi dan ada pula yang memakainya di atas paras dada.

Semua bentuk pendedahan yang disebutkan ini adalah punca kepada rangsangan syahwat baik bagi lelaki mahupun perempuan yang boleh membawa kepada berlakunya gejala-gejala sosial yang tidak diingini.

Memang benar dalam ajaran Islam, naluri seks seseorang itu harus berjalan seiring dengan kehendak agama dan mempunyai cara-cara tertentu untuk mengawalnya. Tetapi sejauh manakah naluri itu akan dapat dikawal apabila berhadapan dengan aurat yang terbuka? Mungkin orang-orang yang mendedahkan aurat itu beralasan bahawa pakaian tidak menunjukkan


Risalah Dakwah dikeluarkan oleh
Jabatan Dakwah Dewan Pemuda Pas
Negeri Pulau Pinang
No Tel: 019-5167627 / 019-4106014
Email: mzbh1972@gmail.com

Thursday, 29 October 2009

JAMUAN AIDILFITRI KELUARGA DPPK P.PAUH

18 Okt 2009, Mengkuang Titi : Majlis Jamuan Aidilfitri bersama warga Exco DPPKPP telah diadakan dengan meriahnya di Markaz PAS Cawangan Mengkuang Titi. Majlis yang turut dihadiri oleh ahli-ahli keluarga Exco itu turut menjadi medan mengeratkan ukuwah apabila semua anggota Exco diminta untuk memperkenalkan isteri & anak masing-masing (bagi yang beristeri sahaja).

'Sapu bersih'.. memang sedap laksa kali ni. Boleh tempah lagi.

Sedang berbincang untuk Kelab Bapak Mithali.


Isteri-isteri ni pun sama, sedang menubuhkan jawatankuasa Kelab Ibu Mengandung.

Anak-anak duk sibuk main, ayah duk kalut makan..

Ahli-ahli Kelab Ibu Mengandung menunggu giliran menikmati juadah.

Nasi Dagang Terengganu tajaan Ust Shafirol & isteri memang terangkat!


Duk buat apa tu... Nampak gaya mcm tunggu shif ja... Baguih Ust Afnan ni, dia ambik shif jaga anak dulu. Anak kenyang, dia pulun.

Tu dia... penuh mulut!!!

Tokeh Nasi Dagang Terengganu memulakan langkah..

'Mr. Mama'. Wajah 'ibu-ibu' mithali...

Bubuh..bubuh.. Jangan tak bubuh.

Kuah laksa duk tengah berasap lagi tu... Fuh, memang tercungit..


Anak Ust Zakaria yang baru sahaja sembuh dari patah kaki akibat jatuh dari tingkat 2 bangunan SRIBU baru-baru ini. Ust Zakaria sdg menurunkan ilmu 'kebal' kepada anaknya ini.

Sebelum kami menikmati jamuan perut, kami dihidangkan dengan jamuan 'rohani' terlebih dahulu oleh Ust Zakaria.

Suasana ketika sesi taaruf keluarga.


Fuh, pandangan tajam tu... Ni kalau silap tengok, boleh 'sangkut' sorang lagi.

Sesi tazkirah, turut kelihatan Ust Raduan Ramli.


Khusairi sedang 'istikharah' untuk memilih hidangan mana yang perlu diberi keutamaan untuk dijamah dulu.


Tuesday, 27 October 2009

Sunday, 11 October 2009

PENGUMUMAN !!!!

1. PROGRAM KORBAN / AQIQAH 2009 - ANJURAN LAJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN DPPKPP. RM350/BAHAGIAN. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT,

SILA HUBUNGI: (TERHAD)
Sdr. Azmi: 019-4003159 (Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan)
Sdr. Redzuan:012-5417704
Sdr. Syahril: 013-4840796

2.RUANG UNTUK PENGIKLANAN DI DIREKTORI USAHAWAN ISLAM KAWASAN PERMATANG PAUH
Pihak kami telah menyediakan satu ruang pengiklanan khusus bagi usahawan-usahawan Islam dalam kawasan Permatang Pauh. Maklumat lanjut dan borang pengiklanan boleh didapati daripada :
Sdr Mairag Hj Saad (Ketua Lajnah ICT DPPKPP):
016-4323101
Sdr. Muhamad Radzi A.Rashid (Bendahari DPPKPP) :
019-2112186
sila klik ikon IKLAN di sebelah untuk melihat ruang sebenar.



Tuesday, 7 July 2009

PAS-BN BERENTAP DI MANEK URAI

Jul 6, 09 dikemaskini 11.20am
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.Mohd Fauzi yang ditemui selepas wawancara dengan RTM dan ditanya mengenai peluangnya, berkata:"Setakat ini, peluang kita cerah kerana kita rapat dengan rakyat kampng dan akar umbi lebih awal. Rakyat sudah lama mengenali saya."Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.Sehingga jam 10.35 pagi tadi, katanya, polis belum menerima apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ini.Beliau berharap penyokong kedua belah akan mematuhi undang-undang.Abdul Rahim berkata 3,000 anggota polis ditugaskan di Manek Urai sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.

SAH...HASIL JUALAN TEMPE...



'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi
Jul 6, 096:35pm-sumber malaysiakini
Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta."Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta."Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun

Wednesday, 1 July 2009

PANCIT ATAS JAMBATAN - JANGAN RISAU

PBSB Sedia Khidmat Lori Pengangkut Motosikal Secara Percuma
PULAU PINANG, 29 Jun (Bernama) -- Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) akan menyediakan khidmat lori pengangkut bagi membantu penunggang motosikal yang mengalami kerosakan motosikal atau tayar pancit di atas Jambatan Pulau Pinang mulai Rabu ini.Timbalan Pengurus Besar PBSB Ir Abdul Rahman Hassan berkata perkhidmatan mengangkut motosikal terus ke bengkel yang berdekatan itu bermula dari pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap hari, dan ia disediakan secara percuma."Namun segala kos pembaikan dan alat ganti motosikal adalah tanggungan penunggang sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.Menurutnya penunggang motosikal yang ingin mendapatkan khidmat bantuan lori pengangkut yang disediakan boleh menghubungi:
talian PBSB Bridgeline 1300 1300 03 ataupun menggunakan telefon kecemasan
yang terdapat di sepanjang laluan atas jambatan.Beliau berkata pihaknya mengambil langkah menyediakan perkhidmatan itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat dalam membantu pengguna jambatan."Selain itu, inisiatif berkenaan adalah bagi membendung kegiatan menabur paku di sekitar jambatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang mempunyai modus operandi mengaut keuntungan dengan mengenakan caj yang tinggi melalui khidmat membaiki motosikal," katanya.Abdul Rahman berkata dengan perkhidmatan yang disediakan itu, pihak PBSB berharap dapat mengurangkan kegiatan tersebut."Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang kerana PBSB dengan kerjasama polis sentiasa memantau kegiatan berkenaan setiap hari," katanya.-- BERNAMA