Tahniah Dato Salleh Man
DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP
Nuzul Al Quran
DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran
Mengaminkan Doa Wehdah
Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.
Bersihkan Surau
Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.
Demo
Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat
Friday 22 May 2009
ADUN PAS Kelantan ke rahmatullah
kemaskini 4.08pm
ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki. Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.
Selanjutnya....http://www.malaysiakini.com/news/104858
Wednesday 20 May 2009
PAS permatang Pauh mengalu-alukan kedatangan petugas
Mohd Sabri Said Wed | May 20, 09 | 1:23:00 pm MYT | |
PENANTI, 20 Mei (Hrkh) - PAS Permatang Pauh mengalu-alukan kedatangan petugas daripada luar Pulau Pinang untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman walaupun Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak bertanding di situ. Yang Dipertuanya, Omar Hasan ketika dihubungi menjelaskan, keputusan mesyuarat semalam juga memutuskan untuk mengerakkan semua jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan sedia bekerjasama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang menjadi nakhoda dalam pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei nanti. "PAS Permatang Pauh mengalu-alukan petugas daripada luar untuk membantu Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan yang mutlak walaupun BN tidak berani meletakan calon di sini," ujarnya. Jentera pilihan raya katanya, akan dilatih sebaik-baiknya untuk persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak. Bila ditanya adakah lagi pertembungan PAS Kawasan dan KeADILan di Penanti katanya, tiada malahan sanggup bekerjasama dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk semua kaum. Semua petugas yang ingin menabur bakti di Penanti Omar menambah, datanglah dengan sikap yang matang jangan sekali-kali mencetuskan sesuatu yang boleh meninggalkan kesan negatif pada Dun ini sebaliknya memberi buah fikiran dan tenaga paling maksimum. "Datanglah bantu calon Pakatan Rakyat dan bila datang carilah markaz besar KeADILan atau PAS untuk membantu jentera masing-masing," terangnya yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Pulau Pinang. - mns _ |
YDP Permatang Pauh nafi kenyataan larang sokong calon KeADILan
Mohd Sabri Said Wed May 20, 09 1:16:45 pm MYT | |
PERMATANG PAUH, 20 Mei (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Permatang Pauh merangkap Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN), Omar Hasan menafikan telah mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman pada pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei ini. Ujarnya, dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh baru-baru ini tiada agenda perbincangan berkaitan isu tersebut dan beliau hairan bagaimana tiba-tiba kenyataanya boleh ada dalam blog Alahai...FAIRUS http://tinyurl.com/ousasw yang sengaja dicipta untuk memperkecilkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairudin. "Saya tidak tahu menahu tentang isu itu melainkan setelah diberitahu oleh rakan tengah hari tadi. Saya terus menghubugi rakan AJK adakah saya tercakap isu berkenaan mereka kata kita tidak pun bincang perkara jentera pilihan raya kecil Penanti," tegasnya. Menurut sumber blog berkenaan Omar berkata, beliau bukan sahaja melarang ahli PAS mengundi calon KeADILan malahan turut mengarahkan ahli PAS tidak keluar mengundi atau jika keluar mereka diminta tidak mengundi calon Pakatan Rakyat atau merosakan undi. Menurutnya lagi, berikutan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Najib Tun Razak tidak meletakan calon di Penanti Omar berkata, malam ini baru perbincangan sebenar diadakan khas menumpukan pada situasi sekarang. Tiga hari lepas dalam ceramah bersama Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS berkampung di Penanti bermula 23 Me ini iaitu selepas hari penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam. Sebelum itu juga Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man sepakat dalam kenyataan akhbar bahawa kerusi Penanti adalah milik KeADILan berikutan perjanjian yang termaktub dalam Majlis Presiden kesemua parti gabungan Pakatan Rakyat. - mns_ |
KOMPLEKS PAS..INSYAALLAH.
Tuesday 19 May 2009
SIAPAKAH YANG MEMBAZIR SEBENARNYA???
APA NAK JADI?
HALAL & HARAM
Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta DS Hj Nizar beliau meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.
Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.Begitu mudahnya jadi MB Halal, tak payah diiringi oleh Polis..boleh berhenti dimana mana..hatta boleh makan cendol bawah pokok lagi...sebaliknya MB (Haram) Zamry, tak berani berhenti tepi jln...lampu isyarat pun belah terus jer...sentiasa dikawal oleh 4,5 org polis berunifom tak termasuk yg berpakaian awam....fikir fikirlah...berani kerana benar ( halal )..takut kerana salah ( haram )
Monday 18 May 2009
MAJLIS SILATURRAHIM EXCO KAWASAN DAN AJK PEMUDA CAWANGAN
-Solat isya' berjemaah
-Ucapan Pengerusi Majlis (Ust Mohd Raduan Ramli)
-Ucapan Ketua Pemuda (Ust Hj Mohd Zakaria Hamzah)
-Pelancaran BLOG DPPKPP oleh Ketua Pemuda diiringi oleh Ketua lajnah ICT (Sdr Mairag Hj Saad)
-Ta'ruf EXCO Kawasan
-Ta'ruf Ketua Pemuda Cawangan
-Dialog
-Jamuan
-Bersurai...jam 12:30 pagi.
lihat gambar-gambar program, sila klik
http://tinyurl.com/p3zpzf
Friday 15 May 2009
Thursday 14 May 2009
PENANTI: Masih ada PAS cawangan tolak calon PKR
Masih ada cawangan PAS di DUN Penanti yang tetap berkeras tidak mahu PKR bertanding dalam pilihanraya kecil 31 Mei ini.Sebaliknya mereka tetap mahukan PAS meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut, kata bekas ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin."Dua atau tiga cawangan masih bercakap sedemikian walaupun pucuk pimpinan parti menyatakan sokongan padu kepada calon PKR.“Jika penolakan ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada jentera pilihanraya PAS di DUN berkenaan.“Ia kerana cawangan dalam kawasan ini yang menguruskan unit peti undi (UPU) untuk kempen pilihanraya nanti dan mereka juga lebih arif tentang pengundi.“Kalau orang luar datang pun, mereka tidak sebaik orang tempatan. Apatah lagi kalau mereka dari luar Permatang Pauh dan Pulau Pinang,” katanya.PAS, kata Mohd Hafiz, mempunyai 11 cawangan di Penanti dengan 10 daripadanya mempunyai UPU.Timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman telah diumumkan sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei depan. Sementara itu, Hafiz menafikan akan bertanding di DUN berkenaan tetapi katanya, parti perlu juga mengambil kira kesan kepada larangan tidak membenarkan PAS bertanding.'Permatang Pauh tidak pulau'“Jika parti suruh, saya sedia mempertimbangkan untuk bertanding. Tetapi PAS pusat tidak beri dan kita tidak boleh buat apa-apa.“Tetapi kita kena fikir kesan yang tidak baik kepada calon PKR nanti kalau jentera dan pengundi PAS sudah tidak mahu calon tersebut,” katanya.Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera pilihanraya apabila tiba masanya."Sekarang tidak timbul isu (PAS kawasan itu) memboikot pilihanraya kecil Penanti," katanya tetapi tidak mahu mengulas lanjut.Sebelum ini, PAS kawasan tersebut telah meluluskan untuk membekukan jentera pilihanraya di peringkat kawasan tersebut.Manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man ketika dihubungi berkata, PAS kawasan akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat untuk membantu calon PKR.“Kita hanya tunggu arahan untuk menggerakkan jentera pilihanraya.“Tetapi banyak masa lagi, kerana penamaan calon pun belum buat lagi. Ada 10 hari lagi,” katanya.-malaysiakini
Tuesday 12 May 2009
Alhamdulillah Dato' Nizar MB yang SAH.Takbirr....!!!
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN.Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Nizar, lapor Bernama."Bagaimana seseorang boleh mengatakan yang pemohon (Nizar) telah hilang kepercayaan majoriti mengikut Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak?" "Berdasarkan amalan demokrasi, isu kehilangan kepercayaan majoriti hanya boleh diambil kira melalui undi tidak percaya terhadap pemohon (Nizar), hanya melalui cara ini menteri besar boleh disingkirkan," Abdul Aziz dipetik berkata dalam penghakiman bertulis yang disampaikannya pada 2.30 petang.Pada 13 Februari lalu, Nizar memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan bahawa beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah, bukannya Datuk Seri Zambry Abd Kadir.Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas, juga memohon pengisytiharan bahawa Zambry tidak berhak untuk memegang jawatan tersebut.Abdul Aziz, dalam penghakimannya berkata seorang menteri besar tidak boleh dipecat oleh Sultan Perak atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan sultan.Pemecatan menteri besar oleh Sultan Perak tidak disokong oleh Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, katanya.Hakim berkata walaupun Sultan Perak mempunyai kuasa mutlak melantik menteri besar, bagaimanapun seseorang menteri besar, sebaik dilantik, hanya bertanggungjawab kepada ADUN dan tidak kepada pihak-pihak lain, lapor agensi berita itu lagi.Dalam penghakimannya juga, Abdul Aziz - hakim ketiga di Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu - tidak bersetuju dengan hujahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, selaku pencelah, bahawa hanya dalam dua keadaan yang membolehkan menteri besar boleh memohon bagi pembubaran DUN."Peguam negara berhujah bahawa menteri besar hanya boleh memohon bagi pembubaran apabila tempoh penggal dewan telah hampir tamat, iaitu di bawah Perkara 36(2) dan satu lagi apabila beliau berhenti mendapat kuasa daripada majoriti."Saya tidak bersetuju dengan perkara ini. Mengikut Perkara 36 Undang-undang Tubuh Negeri Perak, tiada keadaan yang terhad bagi menteri besar untuk memohon pembubaran daripada sultan, dan terserah kepada menteri besar untuk memilih masanya (untuk memohon bagi pembubaran)," kata Abdul Aziz seperti dilaporkan.Hakim juga tidak bersetuju dengan hujahan peguam negara dan Zambry sebelum ini bahawa Nizar dianggap telah meletakkan jawatan sebagai menteri besar walaupun beliau (Nizar) enggan berbuat demikian."Peguam negara dan responden berhujah bahawa perkataan 'akan meletak jawatan' dalam Perkara 16(6) berupa mandatori bahawa menteri besar mesti meletak jawatan."Bagaimana jika menteri besar enggan meletakkan jawatan? Walaupun ia mandatori, peruntukan itu tidak boleh ditafsirkan sebagai bermaksud bahawa menteri besar dianggap telah meletakkan jawatan," Abdul Aziz dilaporkan berkata lagiBeliau juga mencadangkan perkara itu dipinda bagi mengatasi kelemahan dalam Perkara 16(6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Mengenai isu afidavit penasihat undang-undang Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, Abdul Aziz memutuskan beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil."Ia merupakan pengakuannya sendiri bahawa beliau telah diarahkan oleh peguam responden untuk mengikrarkan afidavit itu. Perkataan yang digunakan amat keras."Bagi saya beliau bukan saksi yang berkecuali dan adil, keterangannya diwarnai dengan arahan yang diterimanya," kata Abdul Aziz yang memilih versi Nizar mengenai apa yang berlaku semasa menghadap Sultan Perak di Istana Kinta pada 4 Feb. Hakim berkata beliau percaya dengan keterangan Nizar yang beliau tidak memohon perkenan Tuanku Sultan untuk membubarkan DUN kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti."Keadaan pada 4 Feb ialah Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan."Keterangan pemohon bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau telah memohon perkenan bagi membubarkan dewan mengikut Perkara 36(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak adalah disebabkan wujud kebuntuan dalam dewan (apabila Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi), tetapi menafikan beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti anggota dewan," katanya.Krisis politik Perak bermula apabila dua ADUN PKR Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) meletakan jawatan masing-masing pada 30 Jan diikuti Hee Yit Foong (Jelapang) dari DAP, empat hari kemudian.Berikutan itu, Nizar telah menghadap Sultan Azlan Shah pada 4 Feb untuk memohon bagi pembubaran DUN tetapi permohonan itu ditolak.Menurut agensi berita itu lagi, Abdul Aziz mengulangi yang mahkamah tidak mempersoalkan keputusan Sultan Perak yang menolak permohonan itu kerana ia tidak berjustifikasi."Tidak diragui bahawa Duli Yang Maha Mulia mempunyai bidang kuasa mutlak untuk tidak memperkenankan permohonan bagi pembubaran," tegasnya.Hakim itu turut mempersoalkan kenapa BN, selepasmengisytiharkan yang ia mendapat kepercayaan majoriti, tidak memanggil Nizar ke persidangan khas dewan untuk membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau, kerana adalah lebih demokrasi untuk berbuat demikian.Selepas penyampaian penghakiman selama sejam itu, Datuk Cecil Abraham yang mewakili Dr Zambry, memohon penangguhan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan, tetapi ditolak oleh Abdul Aziz."Saya menolak permohonan lisan Datuk. Datuk boleh memfailkan permohonan rasmi bagi penangguhan, bersama-sama dengan kes dan autoriti, jika Datuk mahu meneruskannya," katanya.Mahkamah sesak dengan lebih 50 wakil media dan anggota keluarga serta penyokong Nizar yang datang seawal 1.30 tengah hari. Nizar diwakili peguam Sulaiman Abdullah dan 10 peguam lain manakala Dr Zambry, yang tidak hadir di mahkamah hari ini, diwakili Cecil dan Sunil Abraham.
Wednesday 6 May 2009
PERJUMPAAN TERTUTUP PIMPINAN PAS PULAU PINANG DENGAN DATUK MUSTAFA ALI
Monday 4 May 2009
PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanraya
Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.
Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:
“Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh”.
Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.
Ditanya sama ada keputusan tersebut bermakna PAS kawasan tersebut tidak akan membantu PKR dalam pilihanraya kecil 31 Mei depan, Omar berkata:
“Kita baru lepas mesyuarat agung kawasan, dan pilihanraya (kecil Penanti) lambat lagi… ada 25 hari lagi.
‘Tunggu arahan’
“Kita tunggu arahan selanjutnya daripada (kepimpinan) PAS kawasan (Permatang Pauh)’.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Penanti pada 23 Mei manakala pengundian pada 31 Mei depan
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman akan mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil tersebut.
Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.
Penanti adalah antara tiga DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua lagi DUN di situ ialah Seberang Jaya dan Permatang Pasir.
Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.
Tindakan tatatertib
“Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ,” katanya.
Sebelum ini, dilaprokan bahawa kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut.
Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: “Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri”.
Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.
Ditanya sampai bila pembekuan jentera pilihanraya tersebut, Omar berkata: “Sehingga keputusan PAS kawasan seterusnya”.
Lagi pula, kata beliau, pihak yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya PKR untuk mengekalkan kerusi DUN Penanti.
“PKR mempunyai jentera tersendiri dan yang terkuat dalam Permatang Pauh,” kata Omar.
Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: “Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi”.
sumber – Malaysiakini
Muktamar DPPNPP Ke-29 telah diadakan pada 3 Mei 2009 yang lalu di Dewan Balora Mastika, Balik Pulau. Muktamar tersebut telah dirasmikan oleh YB Zaki Ibrahim, Bendahari Dewan Pemuda PAS Pusat. Muktamar kali ini juga telah mengadakan pemilihan bagi AJK DPPNPP bagi sesi 2009/2011. Tahniah kepada Ust Mohd Yusni Md Piah kerana telah dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang bagi menggantikan Ust Mohd Hafiz Mohd Nordin.
YB Zaki sedang menerima cenderahati daripada Ust Mohd Hafiz Mohd Nordin
Muktamar diserikan dengan pertunjukan Silat Gayung Malaysia
YB Zaki turut melancarkan Jualan Tanah Wakaf Sekolah Rendah Islam Bahrul Ulum (SRIBU),turut bersama adalah Ketua DPPNPP Ust Mohd Hafiz serta Mudir SRIBU, Ust Mohd Yusni Md Piah
Perwakilan dan Pemerhati Dewan Pemuda Kawasan-Kawasan
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Ust Hj Mohd Zakaria Hamzah sedang menerima anugerah daripada YB Zaki. Dppk Permatang Pauh telah berjaya menerima 3 anugerah iaitu :
1. Anugerah Kawasan Cawangan Terbanyak
2.Anugerah Kawasan Ahli Teramai
3.Anugerah Unit Amal Terbaik (2 tahun berturut-turut)
Penyelaras Unit Amal Kawasan, Sdr Baharin Ahmad bersama anugerah yang diterima
Tahniah !!! Atas kerjasama dan pengorbanan semua pemuda-pemuda PAS kawasan Permatang Pauh
Gambar kenangan bersama mantan Ketua Dewan pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ust Mohd Hafiz Mohd Nordin.(Dari kiri: Sdr Norazman-Pengarah Unit Amal Negeri, Sdr Mairag Saad-EXCO DPPKPP, Sdr Saad-AJK Unit Amal Negeri, Sdr Bakhri-AJK Unit Amal Negeri)
Sunday 3 May 2009
Masih ada mereka yang gagal memahami , bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah , bida'ah , sesat , tidak mengikut sunnah , bercanggah dengan syariat , hanya mementingkan politik , meragukan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS .
Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi dari kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke 'gaung dalam' yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam .
Kepimpinan Ulama' , Jawatan Kuasa Disiplin Parti , Muktamar Tahunan , Majlis Syura Ulama' , Mesyuarat Dewan Harian , Mesyuarat Bulanan , Mesyuarat Khas , Liqa' Fikri , Tamrin , Mukhayyam , Kuliah Haraki , Usrah Mingguan , Konvensyen PAS Negeri , Ijtimak Pilihanraya , Kuliah Agama dan banyak lagi cara dan kaedah untuk PAS mengawal organisasinya berjalan melandasi syariat Ilahi dan sunnah an Nabawi .
Jika terdapat perbedaan dalam approach atau method perjuangan PAS berbanding kumpulan Islam yang lain , ini tidak bermakna PAS salah dan bercanggah dengan syariat dan sunnah. Secara umumnya , wajar saya tegaskan bahawa PAS bergerak dalam ruang orientasi yang saya pecahkan secara kasar kepada 3 ruang utama iaitu :
Tarbiyyah dan Pengkaderan ( pembinaan dan pembentukan )
Dakwah ( penerangan )
Siasah ( politik )
Aset penting yang meletakkan PAS terus istiqamah dan komited dengan perjuangan ialah agenda tarbiyyah dan pengkaderan yang menjadi nadi kepada pergerakkan PAS .Tarbiyyah digerak dan diaktifkan untuk membina :
· Aqidah yang benar berasaskan manhaj Ahlis sunnah wal Jamaah
· Fikrah yang syumul sebagaimana syumulnya ajaran Islam itu sendiri
· Syakhsiyyah yang solehah berasaskan akhlak mahmudah bimbingan Rasulullah saw.
Sementara pengkaderan pula berfungsi untuk membina :
Kepimpinan yang berkarisma dan berwibawa .
Organisasi yang mantap dan hebat.
Tindakan yang strategic dan berkesan .
Memastikan perkara ini berlaku dalam PAS , Lajnah Tarbiyyah dibentuk pada semua peringkat organisasi PAS , bermula dari peringkat Pusat , Negeri , Kawasan bahkan cawangan. Begitu juga di peringkat dewan – dewan seperti Dewan Ulama' , Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat turut meletakkan Lajnah Tarbiyyah antara Lajnah kanan yang diberi tumpuan utama.
Aktiviti asas bagi melaksanakan cita – cita tarbiyyah banyak tertumpu kepada pembentukkan usrah dipelbagai peringkat ( kepimpinan atau ahli ) , tamrin , liqa fikri dan pelbagai program atau aktiviti semasa yang dilihat perlu dari masa ke semasa dengan berbagai wajah yang menghormati kepentingan kepelbagaian approach .
Kini PAS melalui Dewan Pemudanya pula menubuhkan Akademi Kepimpinan Pemuda yang akan berfungsi bersama pelbagai modulnya untuk mengkaderkan kepimpinan pelapis yang berwibawa menepati karisma seorang pemimpin Islam yang soleh.
Dakwah Ilallah ( Penerangan )
Berlandaskan perintah Allah yang mewajibkan setiap individu muslim menyampai dan menyebarkan Islam , dakwah telah menjadi aktiviti asas yang sangat principal sifatnya. [3]
Biarpun PAS menghadapi aneka halangan dan ancaman dari pelbagai pihak termasuk polis/FRU yang sering digunakan oleh musuh – musuh Islam yang menghalang kemaraan dakwah Islam ke tengah masyarakat , dakwah untuk menginsafkan ummah agar kembali kepangkuan Islam serta berjuang mendaulatkannya tetap diteruskan .
Ada dikalangan pemimpin PAS yang dibunuh , dipenjara , dibuang daerah dan dikenakan pelbagai tindakan kerana dakwah mereka . Namun segalanya tidak menghalang PAS dari terus melaksanakan amanah besar ini sebagai sebuah Gerakan Islam yang pastinya bertanggungjawab terhadap masa depan ummah.
Tugas dakwah ini digalas oleh semua , dari Presiden hinggalah ahli biasa dengan peranan masing – masing berasaskan keupayaan atau kemahiran mereka malah turut menghormati tahap keupayaan masing - masing.
Maudhu' ( kandungan ) dakwah PAS sangat jelas
Pelbagai pendekatan diketengahkan dalam membawa mesej perjuangan. Dewan Pemuda PAS membawa pendekatan Pemuda sebagai Duta Kasih Sayang dan Penyelamat .
Pendekatan dakwah PAS melengkapi 2 kategori utama :
1 : Dakwah Ammah ( umum )
Kuliah Agama , Forum , Seminar Ceramah Umum , Muzakarah , Debat Motivasi , Demonstrasi Penerbitan Buku , Penerbitan akhbar , Edaran VCD , Edaran Risalah , Talk Show , Dialog dll
2 : Dakwah Fardiyyah . ( khas )
Pertemuan Tertutup
Ziarah dan Dakwah
Aktiviti Amal Kebajikan
Dakwah PAS tidak bermusim dan tidak juga tertakluk kepada kepentingan pengaruh individu dan politik . Biarpun sehari selepas tamatnya pilihanraya , PAS telah memulakan aktiviti dakwahnya kepada masyarakat , demikian juga sehari selepas dibebaskan dari penjara pimpinan PAS terus melangsungkan dakwahnya.
Sekalipun dakwah yang dibawa oleh PAS tidak popular malah menerima tentangan sengit dari pelbagai pihak seperti hukuman hudud , PAS tetap menunaikan tanggungjawab dakwahnya dengan memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai peri pentingnya Negara kita melaksanakan undang – undang dan peraturan Islam itu.
Biarlah kita kehilangan undi popular dan sokongan ramai yang membawa kita kalah dalam pilihanraya , namun dakwah untuk membawa Islam kesetiap pintu hati manusia tetap diteruskan.
Siasah ( politik )
Islam adalah agama yang syumul , merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuklah politik. Mengasingkan politik dari perjuangan Islam ertinya mengurangkan sukatan perjuangan Islam yang telah diperjuangkan oleh Nabi saw.
PAS berkewajipan mengambil tampuk kuasa politik dari golongan yang enggan melaksanakan syariat Islam dan PAS telah berijtihad untuk menggunakan pendekatan aman dan damai tanpa peperangan dan pertumpahan darah , dalam usaha PAS mahu mengambil alih kuasa politik tersebut.
Realiti ini membawa PAS mendaftarkan organisasinya di bawah Pendaftar Pertubuhan dan ianya sah untuk bergerak di sisi undang – undang Negara waktu ini. Semua orang boleh mengakui bahawa Islam tidak boleh dilaksana tanpa kuasa politik. Justeru itu , penglibatan dibidang politik ( siasah ) adalah kewajipan besar untuk kembali mengangkat Islam ini ke tempat yang selayaknya sebagai agama suci .
Kesimpulan
Saya tidak nampak alasan yang munasabah bagi pihak yang menolak dam meragui hala tuju perjuangan PAS. Mereka barangkali boleh untuk tidak menyertai PAS , tetapi untuk mereka menolak dan menafikan perjuangan PAS adalah suatu yang sangat tidak adil.
Kelemahan dan kesilapan boleh diperbaiki jika ada. Menolak dan menafikan atau meragui perjuangan sucinya yang diasaskan sejak tahun 51 yang lalu memerlukan alasan yang konkrit dan dalil yang pasti , bukan beralaskan emosi dan sentiment perbedaan kumpulan.
Saya selalu menegaskan kepada umum , jika terdapat suatu yang dilakukan oleh PAS bercanggah dengan syariat dan sunnah , sila nyatakan ! Jika ianya berbentuk dakwaan , sila kemukan bukti !
Kita mencari kebenaran . Andai benar atau ada , PAS melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat atau terkeluar dari manhaj perjuangan Islam sehingga menimbulkan keraguan , saya dan seluruh ahli PAS yang ikhlas terhadap perjuangan pasti akan menyanggahinya. Namun begitu , janganlah tuduhan melulu tanpa lampiran bukti , dakwaan palsu tanpa kepastian dalil dan emosi berprasangka tanpa berlaku adil.
Nota kaki
[1] Fasal 3 . Perlembagaan PAS : Dasar PAS ialah Islam .
Fasal 4 . Perlembagaan PAS : Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR .
Saturday 2 May 2009
GALERI DPPKPP
Meraikan ketibaan Ust Azman Shapawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
Ceramahnya penuh bersemangat...Naik bulu roma..
Ust Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2009-2011. Semoga Pemuda Penang bertambah MANTAP.
Walaupun di celah pagar besi...Alhamdulillah Memorandum
berjaya diserahkan kepada pegawai kedutaan Thailand
oleh S/U DPPNPP, Sdr Mohammad Nor Harun
Gambar-gambar semasa himpunan:
GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS SILATURRAHIM 17 MEI 2009