Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Saturday, 2 May 2009

GALERI DPPKPP

Gambar-gambar sekitar Ijtimak Pemuda Negeri Pualu Pinang - 21 JUN 2009

Ust Afnan Hj Taib Azamuddin - Mempengerusikan Majlis dengan cukup lancar. Membuktikan bahawa pengalaman beliau serta bakat yang diwarisi daripada ayahandanya cukup mengagumkan. Semoga dengan kehadiran beliau sebagai EXCO pemuda Negeri Pulau Pinang dapat memantapkan lagi sesi ini.Tahniah.....

Ust Mat Taliban, gelaran yang tidak asing lagi bagi Pemuda-pemuda PAS Pulau Pinang. Berbakat besar sebagi seorang pimpinan yang digeruni lawan..

Meraikan ketibaan Ust Azman Shapawi, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ceramahnya penuh bersemangat...Naik bulu roma..

Ust Yusni Mat Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang bagi sesi 2009-2011. Semoga Pemuda Penang bertambah MANTAP.

Hadirin mendengar dengan penuh khusyuk....

Memang khusyuk habihhh...Takbirrrr

Suapan pertama...mesti sahabat kita....itulah buktinya ukhwah persaudaraan yang kukuh dikalangan Pemuda PAS Pulau Pinang...Allahuakbar...

Ust Zakaria Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh bersama Pemuda Kawasan Pmtg Pauh (dari kiri Abg Nan -Mengkuang Keretapi, Syahril - kepala Bukit & Zamani - Bdr Perda)

Ust Azman Shapawi bersama Ketua DPPNPP serta EXCO DPPNPP, Sdr Osman-Ketua Penerangan & Mohd Nor-S/U

Errkkk..Alhamdulillah licin...Hai Ust Mat kita tibai sorang ka...?

Salam Ukhwah....
Sahabat Seperjuangan..Sahabat Sejati..






Memorandum Bantahan

Walaupun di celah pagar besi...Alhamdulillah Memorandum
berjaya diserahkan kepada pegawai kedutaan Thailand
oleh S/U DPPNPP, Sdr Mohammad Nor Harun

Gambar-gambar semasa himpunan:

Ucapan bersemangat oleh Mantan Ketua Pemuda Pulau Pinang


Ucapan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri
Pulau Pinang, Ust Hj Mohd Zakaria Hamzah.
Diakhiri Doa........



GAMBAR-GAMBAR SEKITAR MAJLIS SILATURRAHIM 17 MEI 2009
Pengerusi Majlis - Ust Mohd Raduan Ramli Pemangku Timbalan Ketua pemuda
Amanat Ketua Pemuda - Ust Hj Mohd Zakaria Hamzah
Sesi Ta'ruf
Wakil-Wakil AJK Pemuda Cawangan



Pelancaran BLOG DPPKPP oleh Ketua Pemuda

BLOG RASMI PEMUDA KAWASAN PERMATANG PAUH
DI USAHAKAN OLEH LAJNAH ICT



Rehlah Anjuran Unit Amal Kawasan Unit Amal Kawasan telah berjaya menganjurkan satu rehlah di kalangan ahli-ahlinya pada 1 & 2 Mei yang lalu di Teluk Amboi, Pantai merdeka. Tujuan utama rehlah ini diadakan adalah bagi merapatkan ukhwah silaturrahim sesama ahli. Di samping itu, beberapa aktiviti dijalankan diantaranya sesi Taujihad oleh Pemangku Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Sdr Raduan Ismail (Mat Taliban), latihan berkawad oleh Ust Shafie, aktiviti memancing & menjala...dan paling sempoi adalah sesi BBQ....pehhh memang sempoi.....
Sesi melapah daging kambing untuk BBQ dan Sup..... Ust Shafie Dan Firdaus kyusuk mencincang..... Chef Sempoi...Sdr Fauzi...Sup memang best..rugi sapa tak mai....
BBQ special...Amin & the geng...hingga menjilat jari... sesi Taujihad penuh semangat sampai jam 3 pagi...
Bergambar kenangan sebelum bertolak balik.... Anggota Skuad Khas Unit Amal Negeri..Macho habihhh....

Wednesday, 29 April 2009

PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanraya

Abdul Rahim Sabri Apr 29, 09 12:36pm
PAS Kawasan Permatang Pauh membeku jentera pilihanrayanya di setiap peringkat berkuatkuasa serta merta.
Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, keputusan tersebut dibuat sebulat suara dalam mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu malam tadi.
Ditanya sama ada keputusan itu bermakna, PAS kawasan itu tidak akan berkempen membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, beliau berkata:
“Ini bukan satu boikot (terhadap PKR) tetapi untuk membolehkan kita fokus untuk memperkasakan parti di semua peringkat di Permatang Pauh”.
Malah, katanya, PAS kawasan turut membantu calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sebelum ini.
Ditanya sama ada keputusan tersebut bermakna PAS kawasan tersebut tidak akan membantu PKR dalam pilihanraya kecil 31 Mei depan, Omar berkata:
“Kita baru lepas mesyuarat agung kawasan, dan pilihanraya (kecil Penanti) lambat lagi… ada 25 hari lagi.
‘Tunggu arahan’
“Kita tunggu arahan selanjutnya daripada (kepimpinan) PAS kawasan (Permatang Pauh)’.
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah mengumumkan hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Penanti pada 23 Mei manakala pengundian pada 31 Mei depan
Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman akan mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil tersebut.
Kerusi tersebut kosong selepas penyandangnya, bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai ADUN di situ pada 16 April lalu.
Penanti adalah antara tiga DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dua lagi DUN di situ ialah Seberang Jaya dan Permatang Pasir.
Omar ditanya sama ada keputusan malam tadi itu ada kaitan dengan usul PAS kawasan itu yang mahu meletakkan calonnya bertanding di Penanti. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat PAS kawasan tersebut pada 19 April lalu.
Tindakan tatatertib
“Kita masih lagi berpegang dengan usul tersebut kerana ia adalah kehendak akar umbi di situ,” katanya.
Sebelum ini, dilaprokan bahawa kepimpinan PAS kawasan tersebut telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur untuk memaklumkan mengenai usul tersebut.
Ditanya sama ada pihaknya telah mendapat reaksi daripada presiden PAS itu, Omar berkata: “Setahu kita, Datuk Seri Abdul Hadi akan memberi jawapan melalui PAS perhubungan negeri”.
Bagaimanapun, kata beliau, sehingga ini, pihaknya belum dimaklumkan apa-apa mengenai perkara itu.
Ditanya sampai bila pembekuan jentera pilihanraya tersebut, Omar berkata: “Sehingga keputusan PAS kawasan seterusnya”.
Lagi pula, kata beliau, pihak yakin dengan kemampuan jentera pilihanraya PKR untuk mengekalkan kerusi DUN Penanti.
“PKR mempunyai jentera tersendiri dan yang terkuat dalam Permatang Pauh,” kata Omar.
Ditanya mengenai kemungkinan PAS kawasan itu dikenakan tindakan tatatertib oleh PAS pusat, beliau berkata: “Kita tak fikir lagi (mengenainya) kerana kita mengutamakan kehendak akar umbi”.
sumber – Malaysiakini

Sunday, 12 April 2009

JADUAL KULIAH ILMU

JADUAL CERAMAH-CERAMAH PAS

CERAMAH ISU SEMASA:

- PILIHANRAYA MANEK URAI

- ISU PARLIMEN, 7 MP DIGANTUNG



PENCERAMAH:

-YB DR MUJAHID YUSOF RAWA

(AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR)

-UST AZMAN SHAPAWI

(TIMB KETUA PEMUDA PAS PUSAT)

-UST YUSNI MAT PIAH

(KETUA PEMUDA PAS PULAU PINANG)


TARIKH: 21 JUN 2009 (AHAD)

MASA : 09:00 MALAM

TEMPAT : MARKAS PAS PONGSU SERIBU, KEPALA BATAS

ANJURAN: DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG





























Tempat: Masjid Batu, Permatang Pauh

Tarikh: 30 Mei 2009.

Jam 8 malam

Skrip: Dinsman.

Pelakon: Sabri Yunus & Sani Sudin.

Pengulas: Ustaz Halim Nasir Al Hafiz.


Penganjur program ini telah mendapat nasihat Mufti. Dijelaskan maksud dan tujuan. Tidak ada gesekan biola tetapi ada kesan bunyi yang akan menyokong teater itu menjadi kuat.Jadi sesiapa saja yang mengikuti blog ini dipersilakan menonton teater “Menunggu Kata Dari Tuhan” di Majlid Batu, Permatang Pauh pada 30 Mei 2009 jam 8 malam. Pementasan selama 45 minit itu diikuti pula satu huraian, bahasan dari seorang pendakwah terkenal Ustaz Halim Nasir berdasarkan hadis Malik bin Kaab.

Jika persembahan teater ini berjaya, bererti Masjid Batu Permatang Pauh memecah tradisi dan pertama kali di Malaysia teater di persembahkan di dalam masjid.

Saturday, 11 April 2009

AJK DPPKPP SESI 2009/2011

KETUA PEMUDA
USTAZ ZAKARIA AHMAD

Assalamu’alaikum w.b.t

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha PenyayangAlhamdulillah segala puji dan syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT, kerana dapat melaksanakan satu tuntutan lagi iaitu melaksanakan mesyuarat ini. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat dan pejuang Islam seluruh dunia.Selamat datang ke Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh kali ke 21 di Dewan Haji Yusuf al-Rawa (DHYAR). Bagi pihak saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu jemputan, perwakilan dan pemerhati ke Mesyuarat Agong kali ini.Hari ini kita melihat musuh-musuh Islam seluruh dunia bangkit melanyak Islam dan penganutnya, namun amat malang pemuda-pemuda Islam masih dibuai mimpi yang indah. Oleh itu kita perlu memastikan seluruh tenaga pemuda bekerja mengikut keupayaan yang mereka miliki tanpa ada yang tercicir daripada kerja yang mampu dengan alasan lemah yang diciptakan.“Berangkatlah dalam keadaan merasa ringan atau merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al-Taubah 9: 41)Maka dengan kesedaran itu, saya menyeru kepada diri, saf kepimpinan Pemuda PAS Kawasan dan seluruh kepimpinan jawatankuasa Pemuda PAS Cawangan agar terus melaksanakan tugas dan tangggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas, bersungguh-sungguh tanpa mengira masa dan tenaga.Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan akan berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada Insya’Allah, usaha, kesabaran, istiqamah dan ketaatan yang tinggi akan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.Selamat bermesyuarat kali ke 21.

WassalamAllahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar.



PEMANGKU TIMBALAN KETUA PEMUDA

UST MOHD RADUAN

KETUA LAJNAH TABIYYAH & KEPIMPINAN









PEMANGKU NAIB KETUA PEMUDA

WAN AHMAD RAFAEI ABD RASHID

KETUA LAJNAH PENERANGAN






KETUA PENERANGAN

UST SHAFIROL RAZALI









SETIAUSAHA

MOHD KHUSAIRY ABD RAHIM







PENOLONG SETIAUSAHA

MOHD SHAHRIL SHAFIE





BENDAHARI

MUHAMMAD RADZI A. RASHID










AZMI MOHD NOR

KETUA LAJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN









MAIRAG HJ SAAD

KETUA LAJNAH ICT









RIZAL RAMLI

KETUA LAJNAH SUKAN & REKREASI









SHAMSUDIN OSMAN

PENOLONG KETUA LAJNAH SUKAN & REKREASI









MOHD HAFIZ BIN TAJUDIN

KETUA LUJNAH PENGGUNA DAN ALAM SEKITAR



SUDERMAN AHMAD

KETUA JABATAN DAKWAH










ZAMANI ABDULLAH

PENOLONG KETUA JABATAN DAKWAH








BAHARIN AHMAD

PENYELARAS JABATAN AMAL









MOHD MARZUKI MAT ZAIN

PENYELARAS JABATAN PASTI













































































Thursday, 12 March 2009

SEJARAH PAS



MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).
Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.
Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).
PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.
Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.
Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapura yang diberi nama al-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928.
Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.
Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.
Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh Jepun semasa Jepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 – 1945.
Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi – iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.
Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.
PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.
Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.
MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.
Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.
Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.
Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.
Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.
Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.
Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).
Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:
Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan – Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad Maliki – Setiausaha
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah – Anggota
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Anggota
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Anggota
Tuan Haji Mansor J.P – Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu – iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.
Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.
Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:
Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
Persatuan ulama dari Kedah.
Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.
Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:
PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.
KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.
KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.
KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.
Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:
Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan – Yang Dipertua Agung
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah – Timbalan Yang Dipertua Agung
Tuan haji Hussin Che Dol – Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
Fakir Muhammad Nor – Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli – Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
Tuan Haji Ahmad Maliki – Setiausaha Agung
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein – Bendahari Agung
Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:
Tuan Haji Yahya Joned
Tuan Haji Uthman Talib
Tuan Haji Mohammad Nor
Tuan Haji Zabidi Ali
Tuan Haji Abdul Wahab
Tuan Haji Assaiya
Muhammad Mahzub
Tuan Haji Ahmad Nadur.
Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.
Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.
Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).
Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.
Presiden-Presiden PAS
1951-1953 – Hj Ahmad Fuad bin Hassan
1953-1956 – Dr. Hj Abbas bin Hj Ilias (Memangku)
1956-1965 – Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi)
1965-1966 – Tan Sri Mohd Asri Haji Muda (Memangku ketika Dr Burhanuddin ditahan di Bawah ISA)
1966-1969 – Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi)
1969-1982 – Tan Sri Mohd Asri Haji Muda
1982-1989 – Tuan Guru Haji Yusuf Rawa
1989 – 2002 – Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor
2002 – Kini – Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Monday, 12 January 2009

PROGRAM-PROGRAM TERKINI



PROGRAM LATIHAN AKTIVITI DAKWAH (LANDAS) - ANJURAN JABATAN DAKWAH
Tarikh : InsyaAllah 13 Jun 2009 ( Akan ditetapkan )
Oleh : Ust Kamaruddin

Sedikit Biodata Ust Kamaruddin:
LANDAS yang berpusat di Sungai Petani, Kedah telah sekian lama menjadi tempat ataupun medan bagi menyediakan aktivis-aktivis muda untuk turun dan mendekati masyarakat khasnya golongan remaja yang bermasalah. Ustaz Kamaruddin adalah tenaga penggerak yang memainkan peranan penting dalam siri bengkel teori serta praktikal yang hingga kini telah berjaya melebarkan sayapnya ke kampus-kampus di kawasan selatan tanah air. Maklumat lanjut aktiviti yang telah dijalankan oleh LANDAS boleh diketahui dengan melayari blog http://urusetialandas