Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Saturday, 19 June 2010

Apa itu HFMD???

Assalamualaikum WBT

19 JUN 2010. Memandangkan sudah banyak kes Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD) yang berlaku di kawasan Permatang Pauh, di sini saya sertakan sedikit maklumat berkaitan dengan penyakit ini yang diambil dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia. Diharapkan sahabat-sahabat dan teman-teman pembaca sekalian dapat mengambil sedikit peringatan.

Apa yang menjadi masalah sekarang ini ialah bilamana pusat-pusat asuhan kanak-kanak tidak ambil peduli tentang penularan penyakit berjangkit ini. Penyakit ini memakan masa yang panjang bagi penghidap untuk betul-betul pulih. Daripada perbualan saya dengan beberapa penduduk kawasan Permatang Pauh(ibu-bapa) yang ditemui mereka mengalami kesukaran kerana terpaksa mengambil cuti selama 1 minggu hingga 2 minggu untuk menjaga anak mereka yang dikuarantinkan di rumah kerana Pusat Asuhan/Tadika terpaksa ditutup.

Apa yang membimbangkan ialah sikap ketidak prihatinan kita(ibu-bapa) boleh membawa padah terutamanya kepada anak-anak kita. Sekadar itu sahaja untuk kali ini dan ambillah sedikit masa untuk membaca peringatan di bawah.

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)


Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.


HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:

§ Demam

§ Sakit Tekak

§ Ulser pada tekak, mulut dan lidah

§ Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya

§ Sakit kepala

§ Hilang selera makan

Komplikasi

· Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.


Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga


Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.


Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

§ Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.

§ Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.

§ Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.

§ Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.

§ Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.

§ Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.


http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/PenyakitKakiTangan_Mulut.php

Khairul Azhar Bin Abdullah

Lajnah Kebajikan Dan Masyarakat

DPPK Permatang Pauh

Tuesday, 11 May 2010

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh

Kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi lantaran nikmat Iman dan Islam, Dakwah dan Jihad..
Pihak Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pemuda mujahid Permatang Pauh diatas usaha kalian dalam menjayakan majlis Mesyuarat Agung DPPKPP kali ini. Jazakumullahu khairan kathiira. Semoga Allah merahmati kita semua. Amiin Ya Rabb










Wednesday, 5 May 2010

Sukan Bolasepak PASTI Permatang Pauh







Wednesday, 10 March 2010

IKLAN:Pertandingan Ping Pong Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh

Assalamualaikum
Satu pertandingan Ping-pong akan di jalankan di lokasi dan butiran seperti berikut:-

Jemputlah datang beramai-ramai!!

Thursday, 25 February 2010

LAPORAN: Usrah DUN Seb Jaya Menganjurkan Pesta Ikan Bakar

Assalamualaikum kengkawan..
Apa habaq semua?
Ni nak ceghita sikit..
Last week pada 20/02/10, Sabtu, kami ahli usrah DUN Seberang Jaya telah berjaya mengadakan satu majlis Pesta Ikan Bakar..Alhamdulillah selain daripada 7 orang ahli usrah mingguan kami, ada seramai lebih kurang 20 orang lagi menyertai program santai kami di Pantai Bersih, Butterworth, P.Pinang.
Program dimulakan dengan gotong royong selepas zohor di Masjid Batu,Permatang Pauh. Kat situ kami siang ikan, 'marinate' ikan, buat ayaq asam utk cicah dan pelbagai persiapan.

Pastu kan, selepas solat Asar, kami mula bertolak ke Pantai Bersih dan memulakan proses 'pembakaran' ikan beramai-ramai... Kesian ikan2 tersebut kami bakar..
Sambil-sambil bakar tu, masuk waktu Maghrib. Kami bentang tarpal atas pantai, azan dan solat berjemaah. Kami teruskan jugak dengan 'acara' wajib tersebut,walaupun suasana tersebut kurang sesuai kerana orang ramai macam tak heran dengan waktu maghrib yang telah masuk. Ada yang masih mandi, bergelak ketawa, makan-makan, sembang2..ermm..mungkin solat dirumah nanti kott..

Anyway, selepas Maghrib, ade la sedikit pengisian rohani oleh penceramah jemputan. Tajuk? Khusus untuk orang muda. Selepas kuliah..apa lagi, kami pon ngap laa.. macam-macam juadah ada, ikan siakap bakar, ikan tilapia bakar, daging bakar, nasi putih, cicah ayaq asam..Fuhh..terangkatt!!!
Selepas mengenyangkan perut, kami Isyak berjemaah dan bersurai...


InsyaAllah jumpa di Usrah mingguan kita hari Rabu depan ye..dimasa dan waktu yg sama mcm biasse... see ya!..Babai!... Wassalaamu 'alaikum.


Gotong royong di Masjid Batu selepas Zohor

Ikan sedang di siang oleh 'pakar ikan'

Kerja membakar dimulakan


Hey..cekak pinggang nampak?
Yang sorang tu menjeling-jeling pulak

Santai....


Kipas bang..kipas!!



Pabila masuk waktu Maghrib, azan dikumandangkan sebagai puji-pujian kepada Ilahi


Selepas Maghrib, sebelum 'pengisian' perut, kami menjalankan aktiviti pengisian rohani dulu


Subahanallah.. tazkirah ditepi pantai..


Sedang mengadap santapan..eik..jgn lupa baca doa makan yaa..

Waaahhh...Alhamdulillah, menu yang mantap dari chef

Yang solat sunat sunat tu, sempat le penulis ambil foto..Foto solat berjemaah takdak sebab penulis sendiri sedang solat berjemaah tadi
Haa...dah kenyang tu apa lagi.. mengelepet la tuu..

Ust Shuib yang kekenyangan...burp..

Tuesday, 9 February 2010

GONG XI FA CHAI

Assalamua 'ala mani taba'al huda.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN PERMATANG PAUH
mengucapkan
'GONG XI FA CHAI'

Monday, 8 February 2010

LAPORAN: Treasure Hunt anjuran PAS Kawasan Pmtg Pauh

PAS Kawasan Permatang Pauh telah menganjurkan pertandingan 'Treasure Hunt'. Pertandingan terbuka tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai.
Program tersebut bermula di Dewan Haji Zabidi, PAS Cawangan Tok Kandu, Kg Pertama dan berakhir di Dewan Haji Yusuf Ar Rawa, PAS cawangan Samagagah. Perjalanan sejauh 15km itu bermula jam 9:00pg dengan dirasmikan oleh Naib YDP Kawasan Permatang Pauh, Tn Hj Amir Hamzah.
Perasmian oleh Tn Hj Amir, Naib YDP PAS Kawasan Permatang Pauh
Peserta di 'lepaskan' oleh Tn Hj Amir


Baju rasmi program

Motor 'classic' juga mengambil bahagian.

Para peserta sedang bersiap sedia


Peserta sedang 'ram' motor sebelum berlepas....

LAPORAN: Pertandingan Badminton anjuran DewanPemudaPAS Kawasan Permatang Pauh

Pada 30 Januari yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh telah menganjurkan suatu pertandingan badminton. Pertandingan beregu tersebut mendapat sambutan hangat daripada pemuda-pemuda di sekitar Permatang Pauh. Sebanyak 24 pasukan beregu telah mengambil bahagian.
Pertandingan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zakaria Hamzah, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh. Beliau telah menonjolkan keperihatinan PAS kepada golongan muda dengan menyediakan medium untuk golongan muda berekreasi.
Program tersebut diselangselikan dengan solat berjemaah apabila telah masuk waktu dan sedikit pengisian tazkirah oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Ust Mohd Raduan Ramli.Beliau menasihati semua pemuda agar kita sama-sama menyedari kehidupan kita didunia ini sebagai hamba Allah. Disamping kita bersuka ria bersukan badminton, kita tidak lupakan tanggungjawab kita untuk bersolat.
Pertandingan tersebut dimenangi oleh team beregu dari cawangan Kepala Bukit dan Naib Juara disandang oleh pemuda dari Bandar Perda. Hadiah disampaikan oleh Wan Rafaei, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh.

Pendaftaran peserta
Pemuda-pemuda yang tidak sabar menanti game bermula

Aksi.....


Aksi lagi....
Lagi aksi-aksi....

Majlis dirasmikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Zakaria Hamzah, Ketua Pemuda DPPKPP. Kelihatan juga didalam foto, Bro Rizal (Ketua Lajnah Kebudayaan,Sukan&Rekreasi, DPPKPP)

Sesi bergambar dengan Juara... Tahniah!!!


















Tuesday, 2 February 2010

IKLAN: Karnival Penang Harmoni

"PENANG HARMONI MUHIBBAH DAN BERINTEGRITI Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.Ketua Lajnah Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifly Ishak berkata, program yang berlangsung selama tujuh hari bermula dari 1 hingga 7 Februari itu turut melibatkan agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya,puluhan ribu angota masyarakat dijangka hadir pada program berkenaan sebagai pembuka lembaran baru Pas Pulau Pinang bagi tahun ini.
"Tujuan program ini diadakan selama tujuh hari adalah bagi membuka peluang kepada rakyat mendengar secara jelas berkenaan apa yang berlaku di dalam negara ini."
"Jesteru, saya mengalu-alukan kedatangan seluruh masyarakat ke Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 1 hingga 7 Februari ini bagi mendengar perkembangan isu semasa di samping berhibur bersama otai rock 90an yang akan turut memeriahkan majlis" katanya.

Program berkenaan akan dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 Februari. Yang akan turut bersama Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad, SpeakerDewan Undangan Negeri (DUN) Perak,V Sivakumar dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Saleh Man.
Menurutnya,Forum Perdana akan mengisi jadual pada hari kedua dengan menampilkan ahli panel, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Zawawi Nik Saleh Ahli Parlimen Baling Taib Azamudin Mohd Taib dan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Marduki.
3 Februari: Pentas akan dihangatkan dengan pidato yang disampaikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
4 Februari: Pidato oleh Speaker DUN Kelantan, Nasaruddin Daud, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan TKM2 Pulau Pinang, P Ramasamy akan diadakan.
5 FEbruari: Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Azmin Ali serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh akan memberikan ceramah pada malam itu.
6 Februari: Malam kemuncak, semua pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan empat penyanyi Rock tahun 90an iaitu bekas vokalis Kumpulan Wing , Mel, Radhi Abdul Hamid dari Mellisa, Mael dari XPDC dan Renggo dari kumpulan Arrow. Mereka akan beraksi dalam program "Malam Kemanusian dan Kesenian Islam" yang dikendalikan oleh tokoh motivasi Ustaz Abdullah Khairi.
7 Februari: Malam terakhir, Ceramah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayup dan Naib Presiden PKR, Sivarasa akan diadakan.
Selain mendengar pidato dan ceramah dari pemimpin PR, pengunjung juga boleh menambah pengetahuan dengan mengunjungi gerai-gerai pameran di sampin membeli-belah di gerai jualan yang disediakan.