Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Thursday, 29 October 2009

JAMUAN AIDILFITRI KELUARGA DPPK P.PAUH

18 Okt 2009, Mengkuang Titi : Majlis Jamuan Aidilfitri bersama warga Exco DPPKPP telah diadakan dengan meriahnya di Markaz PAS Cawangan Mengkuang Titi. Majlis yang turut dihadiri oleh ahli-ahli keluarga Exco itu turut menjadi medan mengeratkan ukuwah apabila semua anggota Exco diminta untuk memperkenalkan isteri & anak masing-masing (bagi yang beristeri sahaja).

'Sapu bersih'.. memang sedap laksa kali ni. Boleh tempah lagi.

Sedang berbincang untuk Kelab Bapak Mithali.


Isteri-isteri ni pun sama, sedang menubuhkan jawatankuasa Kelab Ibu Mengandung.

Anak-anak duk sibuk main, ayah duk kalut makan..

Ahli-ahli Kelab Ibu Mengandung menunggu giliran menikmati juadah.

Nasi Dagang Terengganu tajaan Ust Shafirol & isteri memang terangkat!


Duk buat apa tu... Nampak gaya mcm tunggu shif ja... Baguih Ust Afnan ni, dia ambik shif jaga anak dulu. Anak kenyang, dia pulun.

Tu dia... penuh mulut!!!

Tokeh Nasi Dagang Terengganu memulakan langkah..

'Mr. Mama'. Wajah 'ibu-ibu' mithali...

Bubuh..bubuh.. Jangan tak bubuh.

Kuah laksa duk tengah berasap lagi tu... Fuh, memang tercungit..


Anak Ust Zakaria yang baru sahaja sembuh dari patah kaki akibat jatuh dari tingkat 2 bangunan SRIBU baru-baru ini. Ust Zakaria sdg menurunkan ilmu 'kebal' kepada anaknya ini.

Sebelum kami menikmati jamuan perut, kami dihidangkan dengan jamuan 'rohani' terlebih dahulu oleh Ust Zakaria.

Suasana ketika sesi taaruf keluarga.


Fuh, pandangan tajam tu... Ni kalau silap tengok, boleh 'sangkut' sorang lagi.

Sesi tazkirah, turut kelihatan Ust Raduan Ramli.


Khusairi sedang 'istikharah' untuk memilih hidangan mana yang perlu diberi keutamaan untuk dijamah dulu.


Tuesday, 27 October 2009

Sunday, 11 October 2009

PENGUMUMAN !!!!

1. PROGRAM KORBAN / AQIQAH 2009 - ANJURAN LAJNAH KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN DPPKPP. RM350/BAHAGIAN. KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT,

SILA HUBUNGI: (TERHAD)
Sdr. Azmi: 019-4003159 (Ketua Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan)
Sdr. Redzuan:012-5417704
Sdr. Syahril: 013-4840796

2.RUANG UNTUK PENGIKLANAN DI DIREKTORI USAHAWAN ISLAM KAWASAN PERMATANG PAUH
Pihak kami telah menyediakan satu ruang pengiklanan khusus bagi usahawan-usahawan Islam dalam kawasan Permatang Pauh. Maklumat lanjut dan borang pengiklanan boleh didapati daripada :
Sdr Mairag Hj Saad (Ketua Lajnah ICT DPPKPP):
016-4323101
Sdr. Muhamad Radzi A.Rashid (Bendahari DPPKPP) :
019-2112186
sila klik ikon IKLAN di sebelah untuk melihat ruang sebenar.



Tuesday, 7 July 2009

PAS-BN BERENTAP DI MANEK URAI

Jul 6, 09 dikemaskini 11.20am
Pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat dengan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah.Calon Umno, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, adalah yang pertama menyerahkan borang pencalonannya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Kuala Krai menyerahkan borang pencalonannya di pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1, sejurus selepas ia dibuka pada jam 9 pagi.,Tuan Aziz adalah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar.Sejurus kemudian, calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50, seorang pemborong ikan, pula menyerahkan borang pencalonannya.Pilihanraya kecil tersebut diadakan ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lalu.Apabila proses penamaan calon tamat pada jam 10 pagi, hanya Tuan Aziz dan Mohd Fauzi yang menyerahkan borang pencalonan masing-masing.Ini diikuti dengan tempoh selama sejam sebelum pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut mengumumkan senarai calon yang layak bertanding pada 14 Julai ini.Kempen akan bermula sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat.Mohd Fauzi yang ditemui selepas wawancara dengan RTM dan ditanya mengenai peluangnya, berkata:"Setakat ini, peluang kita cerah kerana kita rapat dengan rakyat kampng dan akar umbi lebih awal. Rakyat sudah lama mengenali saya."Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi menganggarkan penyokong PAS yang hadir seramai 7,000 dan 4,000 penyokong BN.Sehingga jam 10.35 pagi tadi, katanya, polis belum menerima apa-apa laporan mengenai sebarang kejadian tidak diingini berlaku sehingga ini.Beliau berharap penyokong kedua belah akan mematuhi undang-undang.Abdul Rahim berkata 3,000 anggota polis ditugaskan di Manek Urai sepanjang kempen pilihanraya kecil berkenaan.

SAH...HASIL JUALAN TEMPE...



'Istana gaya Bali' Khir Toyo cetus kontroversi
Jul 6, 096:35pm-sumber malaysiakini
Rumah mewah milik Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam mencetus kontroversi kerana kosnya dikatakan melebihi kemampuannya atau menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.ADUN Sekincan, Ng Suee Lim mendakwa anggaran kos pembinaan rumah di kawasan seluas 50,000 kaki persegi atau 0.5 hektar itu, ialah RM20 juta, manakala tanahnya dibeli dengan harga RM3.8 juta."Beliau berhak untuk membina sebuah rumah sebesar mana sekalipun. Tetapi sebagai bekas menteri besar, beliau mesti menjelaskan bagaimana beliau membiayai pembinaan rumah tersebut," kata wakil rakyat DAP itu, yang membawa sekumpulan wartawan untuk menyaksikan rumah Dr Mohd Khir pagi tadi.Rumah tersebut terletak di Jalan 1/7L di Seksyen 7, Shah Alam.Berbekalkan dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ng menunjukkan bukti bahawa Dr Mohd Khir, 44, dan isterinya Zahrah Kechik, 44, memberi secara bersama tanah tersebut dari Ditamas Sdn Bhd pada 2007.Dokumen itu menunjukkan bahawa seorang pengarah Ditamas - yang dikenali sebagai Shamsuddin Hayroni - didakwa Ng sebagai kawan Dr Mohd Khir.Sambil menggelarkan rumah tersebut sebagai "istana bergaya Bali", Ng berkata, pakar industri pembinaan menganggarkan kos pembinaan dan kelengkapan rumah tersebut ialah kira-kira RM20 juta."Pintu gerbang sahaja berharga kira-kira RM290,000. Jubin yang anda lihat adalah diimport," katanya.Ng juga mendakwa, rumah Dr Mohd Khir itu jauh lebih besar daripada bunglo 17 bilik yang dibina oleh allahyarham Zakaria Mat Deros sehingga mencetuskan kontroversi pada 2006.Merujuk pengisytiharan harta oleh Menteri Besar Selangor sekarang Tan Sri Khalid Ibrahim, Ng berkata pendapatan seorang menteri besar ialah RM576,000 setahun dan oleh itu, Dr Mohd Khir tidak mungkin dapat mengumpulkan wang yang cukup untuk membayar kosnya sebanyak RM24 juta.Dr Mohd Khir seorang doktor gigi sebelum meningkat dalam hirarki Umno dan menjadi menteri besar pada 2001 ketika berusia 33 tahun

Wednesday, 1 July 2009

PANCIT ATAS JAMBATAN - JANGAN RISAU

PBSB Sedia Khidmat Lori Pengangkut Motosikal Secara Percuma
PULAU PINANG, 29 Jun (Bernama) -- Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) akan menyediakan khidmat lori pengangkut bagi membantu penunggang motosikal yang mengalami kerosakan motosikal atau tayar pancit di atas Jambatan Pulau Pinang mulai Rabu ini.Timbalan Pengurus Besar PBSB Ir Abdul Rahman Hassan berkata perkhidmatan mengangkut motosikal terus ke bengkel yang berdekatan itu bermula dari pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap hari, dan ia disediakan secara percuma."Namun segala kos pembaikan dan alat ganti motosikal adalah tanggungan penunggang sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.Menurutnya penunggang motosikal yang ingin mendapatkan khidmat bantuan lori pengangkut yang disediakan boleh menghubungi:
talian PBSB Bridgeline 1300 1300 03 ataupun menggunakan telefon kecemasan
yang terdapat di sepanjang laluan atas jambatan.Beliau berkata pihaknya mengambil langkah menyediakan perkhidmatan itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat dalam membantu pengguna jambatan."Selain itu, inisiatif berkenaan adalah bagi membendung kegiatan menabur paku di sekitar jambatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang mempunyai modus operandi mengaut keuntungan dengan mengenakan caj yang tinggi melalui khidmat membaiki motosikal," katanya.Abdul Rahman berkata dengan perkhidmatan yang disediakan itu, pihak PBSB berharap dapat mengurangkan kegiatan tersebut."Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang kerana PBSB dengan kerjasama polis sentiasa memantau kegiatan berkenaan setiap hari," katanya.-- BERNAMA

Friday, 26 June 2009

MIKAIL MENINGGAL DUNIA...

Michael Jackson meninggal dunia
26/06/2009 10:07am
LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.
Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.
Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.
"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.
Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP

klik disini: http://trisetiyanto.wordpress.com/2008/11/21/michael-jackson-masuk-islam/

Bapa Salahuddin Ayub Meninggal

BAPA Naib Presiden Pas, Sallahuddin Ayub telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. Menurut Sallahuddin yang ketika itu dalam perjalanan ke Kota Bharu menerima pemakluman daripada adiknya.Beliau yang ketika itu sudah sampai di Raub membatalkan perjalanannya ke Kota untuk bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah

AWAS !!! AGENDA KAFIR



WASPADA !! Al-Qur'an Palsu buatan Amerika Jangan abaikan maklumat ini, sebarkan ke semua muslim.
Al-Quran baru buatan Amerika, berbahaya dan sedang diedarkan di Kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggeris, sekarang kabarnya diedarkan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris disana. Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil.
Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristian tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu isteri dianggap perbuatan Zina, perceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan. Jadi tolong sampaikan kepada seluruh muslimin semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. Untuk isi sepenuhnya kunjungi ke http://www.islam-exposed.org/furqan/contents.html

AWAS !!! INI BUKAN AYAT AL-QURAN
Yang pasti....... ..... ini bukan ayat al-Quran...... Semoga kita semua berhati2 jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita.
Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita. Jangan biarkan kita mudah di perdayakan oleh orang-orang KAFIR .............
Perhatian..!!!!Di penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay". Jika terjumpa, terus lapor kepada kepada saya 016-4323101.
Inilah agenda Kristian, maka berhati-hatilah. .... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah
Al-Quran.... ...sebenarnya ayat Bible.

Wednesday, 24 June 2009

KARNIVAL BUAH-BUAHAN PADA 26-28 JUN 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa MMK Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan dengan kerjasama beberapa agensi dan jabatan kerajaan Pulau Pinang seperti PUSPANITA, MPSP, Jabatan Perikanan Negeri, Jabatan Pertanian Negeri, Majlis Belia Negeri dan Penang Chef Association akan menganjurkan Karnival Buah-buahan dan Makanan di Perkarangan Stadium Negeri Batu Kawan pada 26 hingga 28 Jun 2009. Tema karnival adalah “PI BATU KAWAN”.
Karnival ini diadakan sebagai usaha kerajaan negeri untuk menghidupkan kembali suasana di Stadium Negeri Batu Kawan. Ini merupakan satu langkah yang dilakukan dalam membentuk Stadium ini menjadi Stadium Komuniti yang sentiasa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan dikunjungi ramai. Berbagai program dan rancangan telah dirangka dalam membawa kembali kunjungan masyarakat ke kawasan Stadium Batu Kawan.
Karnival “Pi Batu Kawan” ini akan diadakan selama 3 hari bermula Jumaat 26hb Jun dan akan berlangsung sehingga hari Ahad 28hb Jun. Masa bermula adalah dari 9 pagi hingga 7 petang setiap hari. Pelbagai gerai jualan, dan aktiviti menarik telah diatur sepanjang berlangsungnya karnival ini. Fokus utama adalah pameran dan promosi buah-buahan tempatan dan makanan tempatan negeri Pulau Pinang.
Disamping itu, Penang Chef Association akan turut melakukan demonstrasi masakan ikan keli dan menganjurkan pertandingan memasak yang terbuka kepada semua suri rumah dan warga wanita penduduk setempat di sekitar kawasan Batu Kawan. Kepada mereka yang tidak pernah melihat seni ukiran Ais, Buah-buahan dan ukiran pada sayuran, datanglah menyaksikan kehebatan chef-chef tersohor yang akan menunjukkan bakat mereka pada bidang seni ukiran yang mampu menawan hati semua yang melihatnya. Jabatan Perikanan Negeri akan turut sama membuat promosi ikan keli dan ikan-ikan air tawar sebagai menarik sambutan dan minat kepada masyarakat terhadap ikan-ikan dari jenis air tawar.
Selain itu, aktiviti lain yang dirancang adalah penjualan dan demonstrasi barangan kraftangan dan lain-lain acara sampingan seperti Pertandingan Mewarna, Persembahan Pentas, Acara Mencari Harta Karun, Senamrobik, Tarian Line Dancing dan sebagainya.
Karnival ini turut akan menyediakan aktiviti-aktiviti sampingan lain seperti pertunjukkan motosikal mini (pocketbike), permainan kereta kawalan radio, permainan kapal terbang kawalan radio, Go-Kart, demonstrasi basikal BMX yang dijangka menarik minat ramai belia-belia negeri Pulau Pinang.
Pengunjung turut akan disajikan dengan persembahan dan pertunjukan demo sukan-sukan yang akan dipertandingkan di SUKMA nanti oleh atlet-atlet negeri. Antaranya ialah demonstrasi Silat, Silambam, Taekwondo, Gimnastik, Gimrama dan sebagainya kepada semua.
Karnival ini adalah terbuka kepada semua penduduk Pulau Pinang dan semua negeri-negeri wilayah utara dan masuk adalah percuma. Jadi saya pada hari ini menjemput semua warga Pulau Pinang untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan suasana karnival yang telah diatur ini. Bawalah bersama ahli keluarga masing-masing dan sama-sama menikmati dan mengunjungi setiap gerai atau pameran yang telah diatur.

ATURCARA: