Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Sunday, 31 May 2009

KEPUTUSAN LENGKAP PILIHANRAYA KECIL PENANTI

Friday, 22 May 2009

ADUN PAS Kelantan ke rahmatullah


May 22, 09 8:11am
kemaskini 4.08pm
ADUN Manek Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia subuh hari ini di hospital Kota Bharu kerana sakit jantung setelah dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak akhir bulan lepas.Allahyarham, juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Kuala Krai, meninggalkan isteri Siti Zaharah Ibrahim dan 10 orang anak.Ismail, 60, dilaporkan dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejak 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kaki. Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang kini diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.
Selanjutnya....http://www.malaysiakini.com/news/104858

Wednesday, 20 May 2009

PAS permatang Pauh mengalu-alukan kedatangan petugas



Mohd Sabri Said
Wed | May 20, 09 | 1:23:00 pm MYT

PENANTI, 20 Mei (Hrkh) - PAS Permatang Pauh mengalu-alukan kedatangan petugas daripada luar Pulau Pinang untuk membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman walaupun Barisan Nasional (BN) mengumumkan tidak bertanding di situ.

Yang Dipertuanya, Omar Hasan ketika dihubungi menjelaskan, keputusan mesyuarat semalam juga memutuskan untuk mengerakkan semua jentera di peringkat Unit Peti Undi (UPU) dan sedia bekerjasama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang menjadi nakhoda dalam pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei nanti.

"PAS Permatang Pauh mengalu-alukan petugas daripada luar untuk membantu Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan yang mutlak walaupun BN tidak berani meletakan calon di sini," ujarnya.

Jentera pilihan raya katanya, akan dilatih sebaik-baiknya untuk persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 kelak.

Bila ditanya adakah lagi pertembungan PAS Kawasan dan KeADILan di Penanti katanya, tiada malahan sanggup bekerjasama dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan untuk semua kaum.

Semua petugas yang ingin menabur bakti di Penanti Omar menambah, datanglah dengan sikap yang matang jangan sekali-kali mencetuskan sesuatu yang boleh meninggalkan kesan negatif pada Dun ini sebaliknya memberi buah fikiran dan tenaga paling maksimum.

"Datanglah bantu calon Pakatan Rakyat dan bila datang carilah markaz besar KeADILan atau PAS untuk membantu jentera masing-masing," terangnya yang juga Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri Pulau Pinang. - mns _

YDP Permatang Pauh nafi kenyataan larang sokong calon KeADILan

Mohd Sabri Said
Wed May 20, 09 1:16:45 pm MYT

PERMATANG PAUH, 20 Mei (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Permatang Pauh merangkap Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN), Omar Hasan menafikan telah mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman pada pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei ini.

Ujarnya, dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh baru-baru ini tiada agenda perbincangan berkaitan isu tersebut dan beliau hairan bagaimana tiba-tiba kenyataanya boleh ada dalam blog Alahai...FAIRUS http://tinyurl.com/ousasw

yang sengaja dicipta untuk memperkecilkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairudin.

"Saya tidak tahu menahu tentang isu itu melainkan setelah diberitahu oleh rakan tengah hari tadi. Saya terus menghubugi rakan AJK adakah saya tercakap isu berkenaan mereka kata kita tidak pun bincang perkara jentera pilihan raya kecil Penanti," tegasnya.

Menurut sumber blog berkenaan Omar berkata, beliau bukan sahaja melarang ahli PAS mengundi calon KeADILan malahan turut mengarahkan ahli PAS tidak keluar mengundi atau jika keluar mereka diminta tidak mengundi calon Pakatan Rakyat atau merosakan undi.

Menurutnya lagi, berikutan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Najib Tun Razak tidak meletakan calon di Penanti Omar berkata, malam ini baru perbincangan sebenar diadakan khas menumpukan pada situasi sekarang.

Tiga hari lepas dalam ceramah bersama Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS berkampung di Penanti bermula 23 Me ini iaitu selepas hari penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam.

Sebelum itu juga Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man sepakat dalam kenyataan akhbar bahawa kerusi Penanti adalah milik KeADILan berikutan perjanjian yang termaktub dalam Majlis Presiden kesemua parti gabungan Pakatan Rakyat. - mns_

KOMPLEKS PAS..INSYAALLAH.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melancarkan Tabung Pembangunan Kompleks PAS yang bakal dibina di atas tapak seluas 17 ekar di sebuah hotel terkenal hari ini.Projek pembinaan kompleks yang dianggarkan menelan belanja RM27 juta ini dipengerusi oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.Apabila siap, komplek ini bakal mempunyai sebuah dewan persidangan yang boleh memuatkan 8,000 orang di samping pusat latihan moden serba lengkap di samping kawasan perniagaan dan perumahan.Tapak itu terletak di Sungai Merab iaitu kira-kira lima minit perjalanan dengan kereta dari pusat pentadbiran negara di Putrajaya.Ia di kelilingi oleh tasik dan sungai yang mengalir di sebelah tapak 17 ekar itu.Menurut Abdul Hadi, kompleks ini bakal mempersiapkan PAS untuk melangkah ke Putrajaya suatu masa nanti.Di majlis itu, beliau menerima sumbangan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pembinaan komplek yang bakal dibuat secara gotong royong di kalangan tenaga pakar dalam PAS.“Kompleks ini sudah dirancang sekian lama dan setelah mempunyai tapak yang sesuai kita lancarkan kutipan dananya hari ini,” kata Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Tuesday, 19 May 2009

SIAPAKAH YANG MEMBAZIR SEBENARNYA???


sila klik gambar ini...

Tu dia....duit rakyat depa perabih ikut suka ja.....Bayangkan tu baru ahli biasa...Kalau kepala yang atas-atas tu bayangkan berapa depa PERABIHHH....

APA NAK JADI?

Jika terjumpa kes-kes macam ni..tegurlah cara berhikmah & tanya kat mana dia beli.Boleh buat aduan kepada Pejabat Agama...mungkin sahabat kita
ni tak faham maknanya...Na'uzubillah.



HALAL & HARAM

Kira-kira jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan DS Nizar ( MB Halal ) menuju ke beberapa tempat Program dlm Parlimennya.
Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku di hadapan kereta DS Hj Nizar beliau meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.
Kemudian Hj Nizar beredar ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.Begitu mudahnya jadi MB Halal, tak payah diiringi oleh Polis..boleh berhenti dimana mana..hatta boleh makan cendol bawah pokok lagi...sebaliknya MB (Haram) Zamry, tak berani berhenti tepi jln...lampu isyarat pun belah terus jer...sentiasa dikawal oleh 4,5 org polis berunifom tak termasuk yg berpakaian awam....fikir fikirlah...berani kerana benar ( halal )..takut kerana salah ( haram )














Monday, 18 May 2009

MAJLIS SILATURRAHIM EXCO KAWASAN DAN AJK PEMUDA CAWANGAN

17 Mei 2009 - Syukur Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar di mana kesemua wakil pemuda cawangan hadir kecuali TAMAN HJ MOHD AMIN, BUKIT INDERA MUDA, KG PELET DAN TANAH LIAT. Agenda program di antaranya:
-Solat isya' berjemaah
-Ucapan Pengerusi Majlis (Ust Mohd Raduan Ramli)
-Ucapan Ketua Pemuda (Ust Hj Mohd Zakaria Hamzah)
-Pelancaran BLOG DPPKPP oleh Ketua Pemuda diiringi oleh Ketua lajnah ICT (Sdr Mairag Hj Saad)
-Ta'ruf EXCO Kawasan
-Ta'ruf Ketua Pemuda Cawangan
-Dialog
-Jamuan
-Bersurai...jam 12:30 pagi.

lihat gambar-gambar program, sila klik
http://tinyurl.com/p3zpzf

Friday, 15 May 2009

AZWAN ALI KURANG AJAR....GELAR PAKATAN RAKYAT PERAK ANJING-ANJING BIADAP

KLIK DISINI....

http://tinyurl.com/pf8v72

http://tinyurl.com/pvg6y9

sila komen dibawah....