Gambar kat atas nih ialah rumah Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom, punyalah besar rumah siap ada kubah dan ada rumah pengawal. Inilah menteri United Malays National Organisation (Umno).. baru jadi menteri beberapa penggal rumah bagai istana.
Manakala gambar kat bawah nih adalah rumah kediaman yang menjadi lambang kemewahan pimpinan PAS ketika menyandang jawatan Menteri Besar.
Tuan Guru Nik Aziz - Menteri Besar Kelantan, 1990 - Hingga Kini
Tuan Guru Haji Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu 1999- 2004
Ust. Azizan Razak, Menteri Besar Kedah, 2008 - Hingga Kini.
Dikala pemimpin PAS sibuk membangunkan Ummah,pemimpin United Malays National Organisation (Umno) membangunkan Rumah.
Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh kali ke 24 yang berlangsung pada 8 Aprl 2012 di Dewan Haji Yusof Ar Rawa Sama Gagah telah meluluskan usul untuk mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang menyerahkan jawatan YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang kepada wakil PAS. Ini selaras dengan janji yang telah dibuat oleh YAB Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guan Eng semasa kempen Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir.
Mesyuarat Agung tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah. Mesyuarat agung tersebut telah dihadiri oleh lebih 70 orang perwakilan yang mewakili lebih 15 cawangan di kawasan Permatang Pauh.
Program Jelajah Orang Muda (JOM) peringkat DUN Permatang Pasir telah berjaya dilangsungkan pada 19 Februari 2012 bertempat di sekitar DUN Permatang Pasir. Sebanyak 5 program yang melibatkan penglibatan masyarakat sekitar Permatang Pasir telah dilangsungkan pada tarikh tersebut. Antaranya adalah Gotong Royong Unit Amal, JOM Sihat, Pertandingan Bayi Sihat,Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dan Malam Santai Anak Muda bersama Radzi Melissa.
ADUN Permatang Pasir, Yang Berhormat Ustaz Salleh Man yang menjelajah ke setiap program sepanjang hari tersebut telah merasmikan kebanyakan program yang dilangsungkan. Manakala Pertandingan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang telah disertai oleh 96 pasukan telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang.
Pada sebelah malam telah dilangsungkan pelancaran Scram Riders Peringkat Pulau Pinang. Ianya kemudian diikuti dengan Malam Santai Anak Muda bersama Radzi Melissa yang dilancarkan di Kampung Petani.
Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. InsyaAllah program ini akan diteruskan lagi ke DUN lain di negeri Pulau Pinang.
Gambar-gambar program boleh dilihat di http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2729087150573.2117354.1359054097&type=3
Cuba tuan-tuan bandingkan dengan Exco kerajaan
negeri-negeri BN. Jangan kata Exco, Adun-adun biasa pun mempunyai harta
jutaan ringgit.
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menunaikan janjinya mewajibkan Ketua Menteri dan semua Exco mengisytiharkan harta masing-masing.
Paling hebat ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Adun Batu
Maung, Datuk Abdul Malik Abu Kassim kerana borang pengisytiharannya
menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat
sebarang pelaburan walaupun sudah hampir 4 tahun menjadi Exco kerajaan
negeri Pulau Pinang.
Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih
jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0
berharga RM143,000 itupun dibayar dengan pinjaman kerajaan.
Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri
Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka.
Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri,
pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak
diwajibkan berbuat demikian.
Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah
peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. “Saya
yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan
kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap,
akauntabel, telus (CAT) ,” katanya kepada pemberita di kompleks pejabat
kerajaan negeri di Komtar.
Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil
termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang
boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem
tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset
peribadi.
Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, “Kami akan mengambil langkah satu persatu.”
Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli
politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela
oleh semua ahli exco.
Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari
ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit
peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan
akhir tahun lalu.
Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit
hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan
daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000
unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008. Selain
itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya
adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi
bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi
membayar hartanah itu.
sumber : http://mutaligat.blogspot.com/2012/01/isytihar-harta-exco-pulau-pinang.html
Di
Malaysia ini semua perkara walaupun melibatkan kecederaan dilakukan
dengan oleh diri sendiri. Anwar menumbuk mukanya sendiri sehingga
matanya lebam. Mat Sabu sengaja terjun dari motorsikal untuk
mencederakan diri sendiri semasa Bersih 2.0.
Lembu NFC pun beli kondominium sendiri bukan dibeli oleh tuannya.
Semalam mahasiswa yang cedera teruk pun mencederakan diri sendiri.
Itulah Malaysia. Polis Malaysia sangat baik. Mereka langsung tidak
mencederakan rakyat dalam semua himpunan termasuklah Bersih 1 & 2.
Rakyat mati semasa Bersih 2.0 pun sebab bunuh diri bukan sebab Polis.
Mereka sentuh dan jentik pun tidak.
Hebat Polis Malaysia, mana ada Polis sebaik Polis Malaysia. .............
Para pejuang Islam, marilah sama-sama kita dekatkan diri dengan ALlah dengan menghayati pesanan di bawah yang ditulis oleh Ustaz Idris Ahmad
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Perjuangan Pas bukan merupakan perjuangan yang dihampari dengan
permaidani merah, ia penuh dengan ranjau dan duri, ancaman yang datang
daripada luar atau daripada dalaman sendiri. Perjuangan Pas ia mengajak
manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah bukan untuk mengabdikan diri
sesama manusia. Maka kerja ini bukan seperti menjual barang jualan
langsung yang nampak mata bonus di hadapan. Sedangkan perjuangan untuk
menyeru mausia kepada jalan Allah merupakan siatu perkara yang tidak
kelihatan di mata kasar, ia hanya menyeru supaya ada keyakinan
berdasarkan kepada sam’iyyat (hanya didengar bukan dapat dilihat).
Oleh itu hubungan dengan Allah perlu dipertingkatkan dan kita mesti
menjaga batasan supaya hijab pertolongan Allah dapat diatasi. Kita mesti
elak melakukan maksiat sama seperti musuh.
Pesanan Saidina Umar al-Khattab kepada Saad bin Abi Waqas di dalam suatu peperangan
” Sesungguhnya aku memerintahkan kepadamu wahai Sa’ad dan juga mereka
yang bersama-samamu supaya bertaqwa kepada Allah SWT dalam apa jua
keadaan kerana sesungguhnya taqwa kepada Allah SWT adalah sebaik-baik
persiapan untuk mengalahkan pihak musuh dan juga sehebat-hebat strategi
dalam peperangan. Aku memerintahkan kepadamu dan mereka yang
bersama-samanu supaya menjauhkan diri daripada maksiat kerana
sesungguhnya dosa-dosa yang dilakukan tentera Islam lebih aku takuti
daripada musuh-musuh Islam. Bilangan tentera kita tidak seramai tentera
mereka. Kelengkapan senjata kita tidak sehebat kelengkapan senjata
mereka. Maka jika amalan maksiat dan tabiat kita sama dengan pihak
musuh, nescaya kelebihan kekuatan dan kemenangan aka menyebelahi mereka.
Jika kita tidak dapat pertolongan dari Allah SWT ke atas musuh-musuh
ini dengan kelebihan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat mengalahkan
mereka”.
Ketahuilah!
“Bahawasanya bersama-sama dalam perjalananmu, ada malaikat-malaikat
yang mengawasi. Para malaikat ini mewakili pihak kerajaan Allah SWT
untuk menjagamu. Maka ketahuilah apa yang kamu kerjakan. Maka malulah
terhadap apa yang kamu ingin lakukan. Janganlah kamu berkata,
“Sesungguhnya pihak musuh lebih hina daripada kita, dan mereka tidak
akan dapat menguasai kita walaupun kita turut berbuat kejahatan”. Mana
tahu Allah SWT akan mendatangkan satu kaum yang lebih zalim daripada
pihak musuh seperti yang pernah berlaku kepada Bani Israil dahulu yang
akhirnya mereka tumpas dan dikuasai oleh orang-orang Majusi. Mohonlah
kepada Allah SWT kemenangan ke atas nafsu-nafsumu seperti kamu memohon
kemenangan ke atas musuh-musuhmu. Aku memohon perkara yang sama ke atas
diriku dan dirimu”.
Kita mesti membina hubungan dengan Allah penuh keikhlasan kerana ini
adalah kelayakan yang utama. Tugas mengajak manusia kepada Allah bukan
ia matlamat perseorangan untuk memperolehi kebendaan. Tugas menyeru
kepada manusia tidak akan berjaya tanpa mendapat restu daripada Allah
SWT.
Berusahalah memprogramkan diri agar kita dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Antaranya
@Berusaha untuk membina diri menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah
SWT dengan menjauhkan diri daripada melakukan maksiat kepada Allah SWT.
@Membanyakkan membaca al-quran kerana ini adalah amalan yang terbaik.
Amat malanglah kepada ahli Pas yang mengabaikan daripada membaca
Al-quran sedangkan ini adalah rujukan parti Pas.
@Melazimkan diri dengan zikir ma’thur terutama selepas solat
@Cuba mengelakkan diri daripada terlibat dengan amalan syubhah
@Melatihkan diri supaya mewajibkan solat sunat seperti qabliah dan ba’diah
@Melazimkan solat tahajjud kerana ini adalah sumber kekuatan yang
paling ampuh dari sudut kerohanian dan dapat melatih keikhlasan dalam
diri.
@Bersahabatlah dengan rakan yang boleh memberi nasihat untuk kekuatan
jamaah dan peribadi.Elakkan bersahabat dengan rakan yang malas dan
lagha
@Binalah rumah tangga Islam sebelum menegakkan Islam di negara ini.
@Jangan jemu memohon doa kepada Allah untuk kemenangan Islam dan memberi
kekuatan kepada kita kesihatan dan istiqamah untuk terus berjuang.
@Terus berdoa kepada Allah supaya Allah membuka pintu hidayah
rakan-rakan kita supaya mereka diberi petunjuk untuk menerima perjuangan
yang kita bawa.