Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Saturday, 21 May 2011

Saya nak solat di stadium, kapten bola jadi imam



KOTA BHARU, 20 Mei: “Insya Allah, apabila stadium itu siap nanti, kalau umur saya panjang, saya mahu menunaikan solat di stadium itu dengan ‘kapten’ bola menjadi imam sembahyang,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan kuliah mingguan di Medan Ilmu di sini pagi tadi.

Beliau mengulangi persetujuan kerajaan negeri untuk membina kompleks sukan yang menempatkan stadium utama dengan muatan 40,000 penonton.


Pembinaan itu, menurutnya akan dilaksanakan di atas tanah milik kerajaan negeri kira-kira 40.5 hektar bernilai RM159 juta di Bukit Merbau, Pasir Puteh dan tender pembinaan kompleks sukan itu dibuka kepada mana-mana pemaju yang berminat.“Kelantan akan buat stadium baru. Ini kerana stadium yang ada sempit dan mengalami kesesakan penonton, tetapi stadium itu stadium yang bercampur dengan masjid.

“Orang lain buat juga stadium, tetapi kita mahu ada ‘benda lain’ pada stadium yang kita buat itu iaitu stadium bercampur masjid,” katanya.

Menurutnya lagi, masjid itu tidak dibenarkan dibina berasingan dari ruang stadium sama ada di tingkat atas atau di luar bangunan stadium, bahkan hendaklah dibina berhampiran dengan tempat duduk penonton bagi memudahkan orang ramai bersolat dengan kadar segera.

Katanya, pembinaan ruang solat (masjid) itu sekadar boleh memuatkan antara 10 hingga 30 orang pada satu-satu ruang solat.

“Jadi semua ruang bangunan dalam stadium itu terdapat antara 10 hingga 30 tempat ruang untuk solat. Bangun (penonton) daripada kerusinya, boleh bersolat segera.

Mengenai royalti minyak, beliau yang juga Mursyidul Am PAS menyifatkan golongan yang enggan menyerahkannya kepada rakyat Kelantan sebagai golongan zalim dan jahat.

Beliau yakin bahawa golongan itu akan menerima balasan dari Allahdi atas kezaliman yang dilakukannya.

“Kita di Kelantan yang pastinya ialah kita ada telaga minyak. Allah menjadikannya sejak berjuta tahun dahulu, telaga itu terpilih berada di bumi Kelantan, namun royalti minyak itu tidak diberikan kepada Kelantan sehinga kini. Jadi orang ini orang zalim dan jahat.

“Didoakan supaya doa kita mustajab agar diberikan royalti minyak kerana royalti itu harta kita.

“Harta orang walau pun satu sen, kita tidak mahu. Yang kita mahu ialah harta kita. Walau pun satu kerana ianya harta kita, kita nak. Begitu kaedah kita sebagai orang Islam,” katanya.

Tuesday, 3 May 2011

Konvoi bermotor ke Cameron Highland




30 April 2011 - Pemuda PAS Cawangan Kg Pelet, Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh,Pulau Pinang telah menganjurkan suatu program konvoi bermotor ke Cameron Highland. Program tersebut telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan sendiri, Ust Wan Ahmad Rafaei pada jam 8:30 pagi. Perjalanan yang bermotifkan kebajikan dan perkaderan ahli muda PAS tersebut telah mendapat sambutan daripada sekitar 40 pemuda-pemuda cawangan yang cenderung kepada mengamalkan Islam. Program-program berbentuk santai dan ilmiah menjadi pengisian sepanjang perjalanan






Saturday, 30 April 2011

PAS tetap pertahan Anwar Ibrahim: Selagi tiada bukti dan empat saksi yang sah mengikut syariat Islam



PAS tetap pertahan Anwar Ibrahim: Selagi tiada bukti dan empat saksi yang sah mengikut syariat Islam

PAS akan terus membela Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim selagi tiada empat saksi dan bukti yang boleh menyabitkan beliau dengan tuduhan liwat mahupun zina seprti yang diuar-uarkan oleh media dan pemimpin Umno-BN ketika ini.


Ketika menegaskan perkara tersebut, Mursyidul Amnya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kebenaran patut dibela selagi tiada bukti yang konkrit untuk menyerat Anwar sebagai pesalah. Katanya, ada dua perkara patut diperhatikan iaitu Anwar dituduh melakukan liwat sejak 10 tahun dulu, tetapi tidak selesai kerana tiada bukti yang kukuh.


"Liwat ni orang buat dalam kelambu, nyamuk (pun) tak boleh masuk! Tiba-tiba bagaimana tuduh seorang manusia meliwat sedangkan kamu tak tengok. Kamu tuduh orang buat benda dalam kelambu, tentu mu (kamu) tak ada. Kalau mu (kamu) ada, tentu mu (kamu) kongsi sama.


"Kenapa kes Anwar diperlagakan sejak dari zaman Dr Mahathir Mohamad lagi? Tak habis-habis sampai sekarang. Sebab tak ada bukti. Saja dicari, buat-buat bukti ada, padahal tak ada," tegas beliau kepada Suhaimi Embong dalam satu interbiu eksklusif di Sarawak.

"Dalam video ni saya dengar sendiri ceramah daripada Ahli Parlimen Sungai Petani dia kata, kenapa tak tunjuk muka Anwar. Kalau video yang dia buat untuk menuduh Anwar, tentu fokus kamera itu mesti kat atas muka Anwar. Kenapa tak buat? Nak fokus macam mana, sebab bukan Anwar. Bila itu bukan orangnya, nak fokus macam mana? Dulu liwat, sekarang zina, yang mana sebenarnya?

"Orang yang tuduh zina, akan kena qazaf. Tak kena qazaf di dunia, akan dikenakan hukum qazaf di akhirat kelak. Saya boleh kata, bukan Anwar," tegas Menteri Besar Kelantan itu. Katanya, beliau akan membela sesiapa sahaja atas nama kebenaran, selagi tiada sabitan yang kukuh.

Saturday, 12 March 2011

Suatu Muhasabah:PAS hanya harapkan “Tuhan bekerja untuknya”?

Oleh : Ahmad Lutfi Othman

Kekalahan “teruk” PAS di Kerdau dan Merlimau — dengan majoriti BN yang lebih besar — mengundang banyak kritikan. Saya kira, adalah baik sekiranya pemimpin PAS dapat meneliti setiap teguran yang dikemukakan bagi melakukan proses penambahbaikan. Tentunya dalam PAS sindrom penafian belum menjadi wabak sehingga segala pandangan berbeda diketepikan begitu sahaja
Bukankah siri pilihan raya kecil selepas tsunami politik Mac 2008, sama ada mencatatkan kemenangan atau kekalahan, dapat menghimpunkan iktibar sekali gus mendorong pembaharuan dilakukan sebelum Parlimen dibubarkan nanti?

PRU13 dijangka merupakan “medan pertempuran” paling sengit bakal disaksikan sepanjang sejarah pilihan raya di negara kita. Buat pertama kali rakyat Malaysia benar-benar ada pilihan dan berpeluang untuk menukar kerajaan persekutuan. Justeru, semua parti politik begitu serius mengatur persiapan rapi daripada semua segi, selain bersedia mengambil manfaat daripada apa jua insiden, khususnya kelemahan yang tertonjol dalam pilihan raya kecil, bagi memastikan target tidak tersasar.

Umumnya, Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kini masih dalam keadaan bertahan. Daripada 16 kali pilihan raya kecil, kedudukannya seri 8-8. Namun, yang lebih menarik perhatian umum adalah kawasan-kawasan yang menyaksikan peralihan kerusi. PAS dapat merebut satu kerusi Umno, Parlimen Kuala Terengganu tetapi hilang Dun Galas, manakala DAP mencipta sejarah di Sibu dan MIC berjaya merebut Hulu Selangor. Di Semenanjung, selepas BN meningkatkan undi di Bagan Pinang, parti yang menerima tamparan hebat pada Mac 2008 itu terus melonjak. Selain berjaya merampas kerusi KeADILan di Hulu Selangor, Umno menguasai semula Galas dan meningkatkan majoriti kemenangan di Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Bagi PAS, kekalahan dengan kemerosotan undi di Melaka dan Pahang (sebelum itu Johor) perlu dibedah-siasat secara menyeluruh. Segala kealpaan atau kepincangan harus diakui bagi dirumuskan jalan keluar yang tepat dan berkesan. Reformasi masih sempat dilakukan jika didapati ia memerlukan berbuat demikian. (Sehebat mana pun sesebuah parti, ia masih terbuka kepada pembaharuan). Tiada hinanya mengaku kesilapan dan bersedia membuat pembaharuan daripada hanya berkeras menyalahkan pihak musuh.

Mungkin ia bukan lagi melibatkan perubahan dalam soal-soal taktikal dan penyelarasan jentera pilihan raya, tetapi juga membabitkan hal-hal lebih besar seperti penekanan, keutamaan dan pendekatan parti. Sebarang persepsi negatif tidak boleh dibiarkan biarpun ia mungkin nampak tidak berasas. Dan yang perlu dirombak atau diperbetulkan bukan sekadar berkaitan sesebuah parti yang bertanding, misalnya PAS dalam kes Kerdau dan Merlimau, tetapi juga parti-parti sekutu, seperti KeADILan dan DAP.

Bagi Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Sufian, kejayaan Umno-BN di Merlimau dan Kerdau, dengan majoriti lebih besar memberikan signal jelas kepada Pakatan bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan sokongan rakyat. Isu-isu yang memberi kelebihan kepada Pakatan dalam PRU12 mungkin tidak lagi memberi kesan kepada pengundi. Tambahnya, trend nasional menunjukkan pengundi Melayu masih memihak BN. Beliau turut menegur pendekatan PAS menangani beberapa isu lokal, termasuk berkaitan Felda. “Misalnya, bagaimana hendak mengatasi perasaan terima kasih kepada kerajaan yang masih sangat tebal?” ujarnya.

Dahulu, ketiga-tiga negeri di selatan yang menjadi gelanggang siri pilihan raya kecil terkini itu bukan dikira wilayah tradisi PAS (walaupun prestasi PAS di Pahang pada 1999 boleh dianggap membanggakan juga). Bagaimanapun selepas 2008, apabila Putrajaya dilihat turut terbuka untuk dikuasai Pakatan, maka setiap kerusi tidak boleh diremehkan. Di pihak Pakatan, sasaran bukan lagi menjadi pembangkang yang kuat di peringkat Dun, tetapi adalah mengambil alih teraju pemerintahan negeri-negeri berkenaan.

Tidak pelik apabila pemimpin BN sering mengingatkan agar setiap penggerak kempennya agar tidak memandang rendah kemampuan calon Pakatan meskipun melibatkan kerusi yang dahulunya tidak tergambar dapat dimenangi pihak lawan. Segala kekuatan dan sumber (tentunya daripada kerajaan) dikerah semaksimum mungkin. Sepanjang kempen, media, khususnya akhbar harian dan siaran berita TV, diperalatkan dengan begitu dahsyat. Lihatlah cara agresif Ali Rustam dan Adnan Yaakob berkempen. Mungkin komitmen mereka menemui pengundi jauh lebih besar berbanding sikap sebahagian pemimpin Pakatan sendiri.

Sementara itu, penganalisis politik, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, kekalahan berturut-turut PAS itu juga menunjukkan wujudnya kelemahan dari aspek strategi, taktikal dan operasi politik apabila kepentingan-kepentingan demografi, geografi dan antropologi politik tidak diterjemahkan dengan sempurna sebaliknya kebergantungan terhadap kepercayaan dan amalan politik lama.

“PAS belum mampu memperbaiki imej dan strategi dengan mengukuhkan bentuk dan kandungan pembawaan politik yang lebih moden, lebih dinamik, lebih pragmatik tanpa bergantung secara total pada nilai-nilai ulama, sebaliknya mesti menjadi sebuah sistem dan organisasi yang memiliki kekuatan kedua-duanya iaitu ulamak dan profesional,” tegasnya.

Seterusnya beliau menggesa PAS agar mempunyai strategi komunikasi dan rencana ekonomi, politik dan sosial yang benar-benar bersepadu dan terancang dalam membina kepercayaan, terutama di kalangan orang Melayu. “Kepercayaan ini tidak hanya boleh dibina dengan nilai-nilai perlawanan setiap masa, ada kala nilai-nilai progresif iaitu konstruktif perlu dibentuk juga. PAS perlu melihat sikap baru yakni menerima intelektualisme, profesionalisme, progresvisme sebagai bentuk dan kandungan politik maka barulah masyarakat akan lebih menerima dan yakin,” tambah Dr Abu Hassan.

Kerdau dan Merlimau membabitkan dua Dun di kawasan majoriti Melayu ketika slogan “PAS Ganti Umno” mula dipopularkan. PAS pula pada akhir Februari lalu menggariskan 12 jaminan yang ditawarkan kepada orang Melayu. Di Tenang, PAS turut dilihat gagal menarik sokongan pengundi Melayu. Malah sebelumnya juga di kerusi majoriti Melayu, di Manek Urai, Kelantan, walaupun PAS bertahan tetapi majoritinya jauh merosot, daripada 1,352 undi kepada hanya 65.

Ramai pemerhati menjangkakan pengundi Cina masih meyakini Pakatan dalam PRU13 nanti. Mereka bimbang masyarakat India akan kembali kepada BN. Lebih kritikal adalah sikap pengundi Melayu. Jika mereka bertahan seperti tahun 2008, BN tetap mengekalkan kuasa, tetapi andai kata benar pengundi Melayu (apatah lagi jika membabitkan orang muda dan kelas menengah) mulai mempercayai Umno, Pakatan berada pada kedudukan berbahaya.

Apakah sebilangan besar pengundi Melayu masih sangsi dengan keupayaan, kemampuan dan keikhlasan PAS untuk membela dan mempertahankan hak Melayu, seperti sering ditohmahkan? Berkesankah propaganda media yang membayangkan PAS hanya alat kepada DAP dan mudah bertolak-ansur sehingga meleburkan prinsip perjuangan? Ataupun, pimpinan PAS dianggap tidak berketrampilan untuk sama-sama menerajui Pakatan bagi membentuk kerajaan persekutuan nanti?

Bagi sesetengah pemerhati politik, PAS yang mendapat manfaat besar daripada peralihan undi orang Melayu pada 1999 kini seolah-olah berada di persimpangan. Apakah ia terpaksa menukar strategi untuk menawan hati pengundi Melayu? “PAS tidak boleh dilihat panik mengubahsuai pendekatan politiknya, dibimbangi pengundi bukan Melayu curiga dengannya, tetapi orang Melayu pula, terutama di luar bandar, masih ragu-ragu memberi sokongan,” kata seorang pensyarah IPTA. “Mesej pilihan raya kecil memang penting tetapi ia harus ditafsirkan seadanya sahaja,” tambahnya.

Dalam pada itu, ada pemimpin PAS sendiri yang membuat teguran sinis: “Tak ramai wakil rakyat kita yang turun berkempen, apatah lagi untuk berkampung di sana, seperti dilakukan pemimpin tertinggi BN dan para menterinya. Ramai pemimpin PAS yang berkempen ‘Touch-N-Go’ saja, sekadar berceramah, tidak menyapa dan menyantuni rakyat secara dekat dan rapat, malah ada yang tak turun langsung. Hinggakan saya sendiri malu untuk bermunajat dengan Tuhan meminta pertolongan. Apakah kita sudah bekerja bersungguh-sungguh atau hanya mengharapkan Tuhan bekerja untuk kita?”

Blogger Nobisha, dalam analisisnya terhadap keputusan di Merlimau dan Kerdau menekankan: “Sejak mara bergaya dalam pilihan raya umum pada Mac 2008, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telah melakukan banyak kesilapan. Malangnya, apabila ada pihak yang menegur, maka mereka dilabel sebagai pecacai Uumno atau BN. Akhirnya, ramai juga yang mengatakan, biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya. Nak kritik tak boleh, nak tegur pun tak boleh. Semua orang yang menegur Pakatan Rakyat dianggap “jahat” dan mempunyai motif tersembunyi. Mungkin atas sebab itu jugalah, sesetengah bloggers pro-Pakatan Rakyat mendiamkan diri sewaktu PRK Merlimau dan Kerdau.”

Beliau turut memuji sikap Pengerusi BN, Najib Razak, yang dilihat lebih reseptif kepada kritikan. Nobisha yang sering diundang dalam Analisis Awani, terutama pada malam keputusan pilihan raya kecil diumumkan, menulis: “Saya fikir “transformasi politik” yang disebutkan Najib adalah merupakan respon beliau kepada kritikan rakyat yang ingin melihat BN berubah. Kesediaan Najib untuk berubah adalah merupakan satu sikap yang cukup merendah diri. Bukan mudah untuk melihat pemimpin politik berkata, “saya sanggup berubah”.”

Mungkin pandangan-pandangan yang dilemparkan itu tidak menggambarkan realiti sebenar, namun banyak manfaatnya jika kritikan berkenaan boleh diolah untuk kebaikan parti
http://mindalutfi.blogspot.com/

Ku Li tolak memoir Mahathir sebagai tidak jujur


Tengku Razaleigh Hamzah menggunakan peluang pada pelancaran sebuah buku di Ipoh, Perak, malam semalam bagi membuat kecaman ke atas buku memoir Tun Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya sebagai “menipu secara politik”.


Dalam memuji “kejujuran intelektual” Professor Wang Gangwu yang dilahirkan di Surabaya tetapi dibesarkan di Ipoh semasa pelancaran buku bahasa Mandarinnya berjudul 'Junzi', Tengku Razaleigh berkata negara kini kekurangan kualiti dalam persekitaran politik.

"Ini adalah komoditi yang sukar diperolehi hari ini, khususnya dalam persekitaran politik yang dihadapi di Malaysia hari ini di mana menipu secara politik kian menular,” katanya.

Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang semakin pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'.

tengku razaleigh speech 110310 02"Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon. Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis.

Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,” kata Tengku Razaleigh.

Wednesday, 26 January 2011

Adun Sri Muda YB Shuhaimi: Kita bukan golongan yang gelar Raja sebagai 'binatang'


Kita juga bukanlah orang yang membuat laporan yang menghasut rakyat membenci raja-raja dengan laporan-laporan palsu dan fitnah. Yang ini Utusan Malaysia begitu pakar Mingguan Malaysia dan Awang Selamat dan kumpulannya begitu "seni'... Lihat sahaja laporan-laporan dan ulasan mereka sepanjang 1993 ketika krisis perlembagaan yang melibatkan raja-raja. Bacalah juga hansard parlimen ketika itu, kita dapati pemimpin-pemimpin dari BN memalukan dan menghina raja-raja melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja membazirkan duit rakyat kerana banyaknya jumlah istana mereka. Inilah golongan penderhaka sebenar yang berselindung di nama Awang Selamat dan sebagainya!

Bukankah di dalam Islam setiap sesuatu itu sebaiknya dijalankan secara bermusyawarah, atau bermesyuarat? Hanya "budak suruhan" Putrajaya sahaja yang mahu bertindak sewenang-wenangnya, melanggar dan membelakangkan institusi dalam negeri ini. Golongan "budak suruhan" Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai "beraja di mata dan bersultan di hati", bukannya baginda Sultan Selangor yang di kasehi.

Kepada ‘budak-budak suruhan’ ini, saya ingin tegaskan, sampaikan kepada tuan-tuan kamu di Putrajaya, bahawa Kerajaan Selangor ini adalah kerajaan berdaulat yang dipilih rakyat. Jangan cuba hendak memaksakan kehendak kamu ke atas Kerajaan Selangor.

Dahulu Putrajaya cuba memaksakan calon Menteri Besar pilihan mereka ke atas Raja Perlis dan Pemangku Raja Terengganu; mereka adakan perarakan menghina dan memaki raja-raja di Perlis dan Terengganu. Sekarang mereka hendak berselindung di sebalik istana untuk memaksa Kerajaan Negeri Selangor menerima "budak suruhan" mereka sebagai SUK di Selangor pula!

Kami dari Pakatan Rakyat tidak akan sekali-kali membenarkan Putrajaya mnemperalatkan istana demi cita-cita politik mereka! Kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri hendaklah dikembalikan semula kepada asalnya seperti sebelum pindaan pada tahun 1993. Teks penuh baca DI SINI.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor bukanlah seperti Barisan Nasional yang mudah tunduk kepada Putrajaya! Bahkan, wujudnya Putrajaya sebagai wilayah persekutuan pun kerana kebaculan mantan MB Barisan Nasional yang tunduk kepada tuannya di Putrajaya. Ini sebagai imbuhan

kepada tuannya yang menjadikan beliau MB di Selangor. Pampasan dan royalti RM8 juta setahun yang diberikan, tidak setanding dengan nilai Putrajaya itu sendiri! Inilah yang terjadi jika "budak suruhan" Putrajaya diletakkan di Negeri ini; habis tergadai kepentingan negeri semata-mata kerana kepentingan peribadi dan politik mereka!


dari blog http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Thursday, 20 January 2011

ADUN Merlimau Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada Khamis di Hospital Pakar Putra, Melaka, akibat serangan jantung.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

"Saya dimaklumkan oleh Pengarah SPR Melaka kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

"Dimaklumkan juga Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang," katanya kepada mStar Online di sini.

Minggu lalu Mohamad Hidhir telah dimasukkan ke hospital yang sama selepas mengadu sakit dada.

Kekosongan kerusi berkenaan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan iaitu yang ke-15 selepas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor bakal diadakan pada 30 Januari ini.

Kemungkinan juga pilihan raya kecil DUN Merlimau bakal diadakan serentak dengan satu lagi kerusi DUN iaitu Pelabuhan Klang di Selangor.

Semalam Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang dengan alasan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN selama enam bulan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pihaknya perlu meneliti notis makluman daripada speaker DUN kedua-dua negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kalau kes ADUN Merlimau, Allahyarham meninggal, jadi pilihan raya kecil mesti diadakan. Namun kita perlu terima notis makluman daripada speaker terlebih dahulu.

"Lain pula kes di Selangor, kita kena teliti dahulu dokumen-dokumen berkaita kerana kerui berkenaan diisytiharkan kosong. SPR juga belum terima notis daripada Speaker Selangor," katanya. Mstar/-

Wednesday, 5 January 2011

Peranan Ulama Dalam mempertahankan kemerdekaan negara


Peranan Ulama Dalam mempertahankan kemerdekaan negara sebenarnya telah di kesan berlaku semenjak sebelum kejatuhan Melaka lagi.

Silatus Salatin telah merakamkan peranan Maulana Yusof, seorang ulama yang menjadi penasihat Sultan Mahmud di Melaka yang mengajarkan ilmu-ilmu agama kepada pembesar di istana dan kesan daripada pengajaran ilmu agama, penterjemah kitab-kitab serta penerapan semangat jihad telah menyebabkan rakyat Melaka bangkit mempertahankan negeri daripada penjajah menjelang akhir abad ke -15. Melalui pengaruh ulama dari Timur Tengah, Melaka telah mengadakan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Othmaniyah Istanbul bagi memastikan bumi Islam dapat di pertahankan daripada serangan Barat.


Menjelang akhir 1492, iaitu ketika jatuhnya Kerajaan Islam Cordova di Eropah, usaha-usaha penaklukan ke atas bumi Islam telah di lakukan. Kerajaan Islam di Utara Afrika, Timur Tengah dan Asia Tenggara menjadi sasaran Barat. Menyedari perkembangan kebangkitan Barat ini, pada 1482, Sultan Melaka telah mengirimkan Hang Tuah untuk mengadakan hubungan dengan Syarif Mekah dan juga Sultan Rom (Istanbul). Antara isu utama yang di perbincangkan ialah usaha-usaha untuk menyelamatkan negara Islam di Asia Tenggara daripada serangan Barat. Rombongan diplomatik Hang Tuah telah di berikan bantuan meriam dan bedil untuk mempertahankan Melaka daripada serangan musuh.

Petikan daripada buku:


Bekas ketua CID: Bukti DNA kes liwat Anwar dipalsu


Seorang bekas pegawai penyiasat dalam kes 'mata lebam' Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bukti DNA dalam perbicaraan kes liwat melibatkan bekas timbalan perdana menteri itu pada 1998 telah dipalsukan.


Bekas ketua jabatan siasatan jenayah (CID) Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim menyatakan demikian sepintas lalu dalam sepucuk surat yang dihantar kepada Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun pagi ini.

Salinan surat berkenaan dihantar kepada media hari ini.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Mat Zain berkata beliau telah menjelaskan perkara itu dalam suratnya bertarikh 27 Disember tahun lalu kepada ketua polis negara.

Surat sepanjang 13 halaman itu juga telah dihantar kepada perdana menteri dan juga kepada Idrus sendiri, kata Mat Zain dalam surat berkenaan.

“Dalam surat saya itu juga, saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah bertindih.

"Lebih-lebih lagi 'pemain utama' kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata lebam dan pemalsuan DNA adalah sama," katanya lagi.

'Kes mata lebam' itu merujuk insiden ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor yang menumbuk Anwar pada 20 September 1998.

Berdasarkan keterangan dalam inkuiri oleh Suruhanjaya Diraja ke atas insiden itu, Rahim kemudiannya didakwa di mahkamah dan mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan.

Mat Zain berkata, tujuan utama surat berkenaan adalah untuk memberitahu Idrus bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Undang-undang Datuk Seri Mohd Nazri Aziz membuat kenyataan yang mengelirukan di Parlimen berhubung dakwaan tersebut.

"Saya percaya Datuk turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua menteri berkenaan mengandungi fakta dan/atau maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau mengelirukan dan/atau telah dipesongkan.

"Saya juga percaya Datuk turut sedar bahawa peguam negara sama ada sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin atau YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam parlimen," kata Mat Zain lagi.


Sunday, 2 January 2011

Rajagopal Bantah Pemain Kempen Di Tenang, Johor

Jakarta,30 Dis – Jurulatih Malaysia, Rajagopal membantah arahan pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan sambutan kejayaan Piala AFF Suzuki di Tenang, Johor. Beliau juga mengancam tidak akan teragak-agak untuk meletakkan jawatan seandainya anak-anak buahnya dipolitikkan.

"Saya membentuk mereka dengan air mata, air peluh dan air darah. Tolong jangan musnahkan apa yang telah dibentuk dengan politik sempit. Pemain ada hak kefahaman politik peribadi sendiri. Penyokong yang bangun jatuh bersama saya juga adalah dari semua lapisan idealogi politik. Tolong, jangan pecah-pecahkan kami. Jangan jadikan kami bahan kempen.


Kejayaan kami adalah kejayaan untuk semua lapisan masyarakat Malaysia. Kami bukan mewakili satu jenis golongan sahaja."Dilaporkan, ada usaha pihak tertentu yang ingin meraikan kejayaan skuad negara di Felda untuk Melayu jenis hutan.