Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Tuesday, 2 February 2010

IKLAN: Karnival Penang Harmoni

"PENANG HARMONI MUHIBBAH DAN BERINTEGRITI Anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.Ketua Lajnah Penerangan Pas Pulau Pinang, Zulkifly Ishak berkata, program yang berlangsung selama tujuh hari bermula dari 1 hingga 7 Februari itu turut melibatkan agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR).
Menurutnya,puluhan ribu angota masyarakat dijangka hadir pada program berkenaan sebagai pembuka lembaran baru Pas Pulau Pinang bagi tahun ini.
"Tujuan program ini diadakan selama tujuh hari adalah bagi membuka peluang kepada rakyat mendengar secara jelas berkenaan apa yang berlaku di dalam negara ini."
"Jesteru, saya mengalu-alukan kedatangan seluruh masyarakat ke Tapak Ekspo Seberang Jaya pada 1 hingga 7 Februari ini bagi mendengar perkembangan isu semasa di samping berhibur bersama otai rock 90an yang akan turut memeriahkan majlis" katanya.

Program berkenaan akan dirasmikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1 Februari. Yang akan turut bersama Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad, SpeakerDewan Undangan Negeri (DUN) Perak,V Sivakumar dan Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Saleh Man.
Menurutnya,Forum Perdana akan mengisi jadual pada hari kedua dengan menampilkan ahli panel, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Nik Zawawi Nik Saleh Ahli Parlimen Baling Taib Azamudin Mohd Taib dan bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Marduki.
3 Februari: Pentas akan dihangatkan dengan pidato yang disampaikan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Naib Presiden Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar dan seorang Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
4 Februari: Pidato oleh Speaker DUN Kelantan, Nasaruddin Daud, Setiausaha Agung Parti KeADILan Rakyat (PKR), Saifudin Nasution Ismail dan TKM2 Pulau Pinang, P Ramasamy akan diadakan.
5 FEbruari: Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Azmin Ali serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh akan memberikan ceramah pada malam itu.
6 Februari: Malam kemuncak, semua pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan empat penyanyi Rock tahun 90an iaitu bekas vokalis Kumpulan Wing , Mel, Radhi Abdul Hamid dari Mellisa, Mael dari XPDC dan Renggo dari kumpulan Arrow. Mereka akan beraksi dalam program "Malam Kemanusian dan Kesenian Islam" yang dikendalikan oleh tokoh motivasi Ustaz Abdullah Khairi.
7 Februari: Malam terakhir, Ceramah oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden Pas, Salahudin Ayup dan Naib Presiden PKR, Sivarasa akan diadakan.
Selain mendengar pidato dan ceramah dari pemimpin PR, pengunjung juga boleh menambah pengetahuan dengan mengunjungi gerai-gerai pameran di sampin membeli-belah di gerai jualan yang disediakan.

Monday, 25 January 2010

LAPORAN:Pelancaran JOM USRAH Peringkat Kawasan Permatang Pauh

Program Perlancaran "JOM USRAH" yang telah diadakan pada Ahad,24/01/2010 yang lalu telah disempurnakan oleh Ustaz Roshidi selaku Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah Negeri. Ianya mendapat sambutan panas daripada ahli-ahli PAS di Kawasan Permatang Pauh. Penyertaan sekitar 80 orang tersebut menunjukkan bahawa ahli-ahli sangat peka akan kepentingan usrah sebagai bekalan dalam perjuangan Islam, Dakwah dan Jihad. PAS sebagai sebuah gerakan Islam amat mementingkan aspek tarbiyah ahli-ahlinya dan salah satu medium tarbiyah adalah 'usrah'.

Al-Fadhil Ustaz Roshidi mengingatkan para hadirin dikalangan muslimin dan muslimat PAS agar menitikberatkan agenda usrah ini supaya perkataan 'usrah' merupakan perkataan yang senantiasa meniti dibibir ahli-ahli kita. Kita tidak mahu ahli-ahli yang hanya panas apabila berbicara tentang politik tetapi sejuk dan hambar apabila berbicara tentang tarbiyah dan usrah.


Semoga dengan pelancaran program 'JOM USRAH' ini, ahli-ahli kita akan terus bersemangat untuk menyemarakkan usrah yang sudah sememangnya menjadi darah daging dalam perjuangan Islam bagi ahli-ahli PAS di Permatang Pauh.

Nampak gayanya para peserta begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk kembali ke cawangan masing-masing dan memanaskan suasana perjuangan dengan usrah..
Jom usrah ngan ana!
Sesapa yang takde usrah lg dan teringin nak ber'usrah' bolehlah menghubungi ketua-ketua pemuda cawangan masing-masing ya!


Friday, 22 January 2010

IKLAN: Kejohanan Badminton Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh

Kejohanan Badminton akan diadakan sepertimana maklumat tersebut dibawah:-
Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 2 ptg
Tempat : Dewan Haji Yusuf ArRawa, Samagagah, Permatang Pauh.

Maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Lajnah Sukan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Akhi Rizal-0194102513
*proses undian akan diadakan pada 28/01/10 jam 9mlm.

Semua pemuda dijemput untuk memeriahkan kejohanan gilang gemilang tersebut.

LAPORAN:Organisasi PAS Kawasan Permatang Pauh diperkukuhkan dengan majlis silaturrahim

Organisasi PAS Kawasan Permatang Pauh diperkukuhkan dengan pertemuan ramah mesra penuh kasih sayang diantara PAS Kawasan Permatang Pauh,Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Program ini yang diadakan pada 16/01/10 yang lalu telah membuka suatu ruang untuk setiap organisasi membuat muhasabah dan menjalinkan hubungan persaudaraan. Ukhuwwah Islamiah yang terjalin diantara tiga organisasi utama ini akan menghasilkan impak yang besar kepada masyarakat Kawasan Permatang Pauh.

YDP PAS Kawasan Permatang Pauh, Tn Hj Omar Hasan dan Setiausaha
Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Permatang Pauh,AlFadhil Ust Badrol AbdulRahman (dari kiri), Ust Md Raduan, Abg Anuar dan Ust Shafirol selaku pengerusi majlis.
Barisan EXCO Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh yang segak-segak beruniform
YB Ust Salleh Man, ADUN Permatang Pasir juga mengisi slot perbincangan ini.

Syeikhuna Ust Zakaria Hamzah (nampak sipi sahaja) sedang tekun dalam perbincangan. Juga kelihatan wakil-wakil Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh

LAPORAN: Pertemuan Silaturahim Pemuda PAS Penang Bersama AMK Penang

Pada 19 Januari 2010 bertempat di Pongsu 1000, pihak Angkatan Muda Keadilan telah mengadakan lawatan muhibbah ke Markaz Pemuda PAS Pulau Pinang di Pongsu 1000. Rombongan dari AMK itu seramai 6 orang exco negerinya yang diketuai oleh Saudara Amir Ghazali bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara AMK Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPN PP)......

sila layari
http://pemudapenang.wordpress.com/2010/01/20/pertemuan-silaturahim-pemuda-pas-penang-bersama-amk-penang/

Tuesday, 12 January 2010

ORGANISASI: MANUAL PENGENDALIAN MESYUARAT

MANUAL PENGENDALIAN MESYUARAT
Mesyuarat merupakan suatu amalan penting dalam mana-mana organisasi yang aktif dan cemerlang. Bagaimanapun ini tidak bermakna, mesyuarat perlu diadakan dengan kerap. Kekerapan mesyuarat biasanya ditentukan oleh undang-undang tubuh atau perlembagaan organisasi yang menyebut bilangan minima mesyuarat yang perlu diadakan pada setiap tahun.


1. Mesyuarat Mingguan
Apabila organisasi menjadi semakin besar, bilangan ahli semakin ramai dan organisasi mempunyai pekerja tetap, maka mesyuarat mingguan biasanya elok diadakan oleh pihak pengurusan tertinggi bagi membincangkan hal ehwal pengurusan dan perjalanan organisasi.

2. Mesyuarat Bulanan atau berkala
Mesyuarat ini lazimnya diadakan dengan ahli-ahli organisasi bagi menyampaikan maklumat, merancang program, membuat keputusan, mendapatkan pandangan ahli dan menggerakkan organisasi.

3. Fungsi Mesyuarat
i. Memastikan matlamat, polisi dan halatuju organisasi tercapai.
ii. Merancang sesuatu, membuat keputusan dan mengambil tindakan segera.
iii. Mewujudkan kesatuan fikrah danamalan dalam organisasi.
iv. Memantapkan ikatan persaudaraan ahli-ahli:kerjasama, rasa kekitaan,
v.Membuat keputusan bersama.
vi.Menilai kekuatan dan kelemahan organisasi dari masa ke semasa.

4. Persediaan Mengadakan Mesyuarat
1. Setiausaha PAS hendaklah mengedarkan notis panggilan iaitu 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Bagi mesyuarat-mesyuarat yang dicatatkan di dalam perlembagaan atau manual organisasi, khususnya mesyuarat tahunan atau bulanan, notis panggilan mesyuarat hendaklah diedarkan sekurang-kurang seminggu sebelum mesyuarat diadakan.
2.Notis panggilan mesyuarat hendaklah memberikan maklumat lengkap mengenai tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan. Disamping itu, notis tersebut hendaklah sertakan bersama agenda mesyuarat supaya ahli boleh membuat persediaan lebih awal untuk mengikuti mesyuarat dengan lebih aktif dan bertanggungjawab.
3. Notis panggilan mesyuarat harus mengingatkan ahli supaya membawa notis panggilan mesyuarat, agenda mesyuarat, minit mesyuarat yang diedarkan serta dokumen penting atau kertaskerja yang diperlukan untuk mesyuarat.
4. Keputusan untuk menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat harus mengambilkira kemudahan untuk ahli hadir.
5. Persediaan lain termasuklah pembesar suara, makanan dan minuman, dokumen untuk edaran di mesyuarat dan kebersihan tempat mesyuarat yang harus diberi perhatian.

5. Peranan dan Tanggungjawab Pengerusi
1. Mengalu-alukan kehadiran, ucap syukur dan terima kasih.
2. Memberi kata-kata aluan atau pengumuman penting/perlu.
3. Menentukan objektif mesyuarat.
4. Merujuk kepada agenda mesyuarat yang ditetapkan.
5. Menjemput ahli membentangkan sesuatu kertas jika ada.
6. Mempelawa ahli memberi pandangan.
7. Memberi ingatan terhadap tindakan yang perlu diambil.
8. Merumuskan perbincangan.
9. Menunjukkan sikap toleransi, peka, bersedia mendengar, tidak pilih kasih, bertimbangrasa,kerjasama tetapi tegas.
10.Mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum menutup mesyuarat.

6. Ciri-ciri Mesyuarat Yang Baik
1. Perjalanan mesyuarat mengikut agenda yang berstruktur.
2. Perbincangan berfokus dan tidak menyimpang atau meleret-leret.
3. Pengesahan minit mesyuarat hanya dibuat oleh ahli yang hadir pada mesyuarat lalu dan bukan pemerhati.
4. Masa diberikan dengan baik bagi membincangkan semua agenda. Tempoh masa perbincangan Hal-hal lain tidak harus lebih panjang dari tempoh masa perbincangan agenda-agenda penting yang lain. Hal-hal lain bukanlah agenda penting tetapi sekadar makluman dan perbincangan segera.
5. Sekiranya tempoh masa mesyuarat telah tamat dan agenda masih belum dapat diselesaikan, maka Pengerusi boleh memberhentikan mesyuarat dan memanggil satu perjumpaan khas bagi membincangkan agenda yang boleh dianggap amat penting.
6. Mesyuarat berjalan lancar, harmoni dan hampir kesemua ahli berpuashati di akhir mesyuarat.
7. Tidak berlaku “ mesyuarat-dalam-mesyuarat” sindrom bisu dan pasif.8. Mesyuarat tamat dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Selepas Mesyuarat
1. Peringatan diedarkan kepada ahli berkenaan untuk tindakan susulan segera. Minit mesyuarat disediakan oleh Setiausaha, disemak oleh Pengerusi dan diedarkan kepada ahli seminggu selepas mesyuarat.
2. Semua Minit mesyuarat adalah RAHSIA parti.

8. Penyediaan Minit Mesyuarat
1. Minit Mesyuarat adalah suatu dokumen yang amat penting yang merekodkan perbincangan dan keputusan yang diambil oleh sesebuah organisasi dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat sering dijadikan bahan rujukan samada bagi tindakan susulan dan keperluan masa depan bagi sesuatu organisasi dan mereka-mereka yang memerlukan termasuklah pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Polis dan M ahkamah. Oleh itu, setiap minit mesyuarat hendaklah dicatat dengan jelas, bersistematik dan tepat serta dipelihara dengan baik.
2. Bagi sesuatu mesyuarat biasa, cukup sekadar seorang pencatat sahaja, pada kebiasaannya setiausaha, bagi mencatitkan perbincangan mesyuarat. Bagi Mesyuarat Agung pula, pada lazimnya dua orang pencatat minit mesyuarat akan dilantik bagi merekodkan pelbagai perkara penting yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut yang melibatkan kehadairan ramai.
3. Setiap perkara perbincangan boleh dicatatkan mengikut kategori di bawah, jika perlu: a. Mesyuarat mengambil ingatanb. Mesyuarat bersetuju mengambil keputusanc. Mesyuarat bersetuju meluluskand. Mesyuarat bersetuju sebulat suara

Diolah dari Manual Setiausaha UKJ DPP Gombak 09

Wednesday, 30 December 2009

IKLAN: Sambutan 2 Dekad Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh


Tarikh: 09/01/2010
Masa : 8:00pg - 12:00 t/mlm

Tempat: Tapak Ekspo Seberang Jaya
Maghilah demo-demo sumo tengok kawe buat persembahe teater..
Maghi bowok anak isteri pakat ramai-ramai tengok kawe dalam Sambutan 2 Dekad Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh.



Aktiviti Menarik!!
1. Teater "Menunggu Kata Dari Tuhan" - Persembahan Sabri Yunus







2. Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak
3. Pertandingan Gubahan Tuala & Bunga untuk kaum ibu.
4. Nisa' Indoor Games
5. Rawatan Kesihatan Percuma
6. Derma Darah
7. Sepetang bersama Yasir Said - Bekas Juara Cup Prix Malaysia
HADIAH PERCUMA UNTUK 100 PENGUNJUNG TERAWAL!!

Monday, 28 December 2009

LAPORAN:Mukhayyam Tarbawi

Pada 28/12/09 yang lalu, DPPNPP telah menganjurkan Mukhayyam Tarbawi. Seramai lebih kurang 50 pemuda telah menghadiri program tersebut. Pelbagai aktiviti menarik disusun untuk memberikan pemahaman tentang Islam dan ilmu haraki kepada para peserta. Aktiviti seperti kuliah haraki, modul 'Jungle Tracking', modul 'Peperangan', modul Senaman Ringkas dan beberapa modul lain berjaya memberikan kefahaman kepada peserta dan menambah semangat juang kepada pemuda-pemuda sebagai bekalan untuk bergerak secara berjemaah dalam menyampaikan risalah dakwah apabila pulang ke kawasan masing-masing nanti.


Ucapan alu-aluan oleh Ust Mat Taliban


Kuliah Haraki oleh Al Fadhil Tuan Guru Ust Hashim Jasin,Pesuruhjaya PAS Perlis

Kuliah Haraki oleh AlFadhil Ust Azman Shapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat

Para peserta yang bersunnah dengan serban putih sedang khusyuk mendengar Kuliah Haraki

Ilmu Haraki di aplikasikan dalam LDK (Latihan Dalam Kumpulan) untuk memantapkan kefahaman peserta

Aktiviti Jungle Tracking menguji ketahanan fizikal pemuda, pelapis perjuangan Islam

Peserta diuji ketahanan mental dan fizikal dengan aktiviti 'Peperangan'


Ujian ketahanan mental,fizikal, emosi dan sebagainya berada dikemuncak apabila 3 hari 2 malam kami hanya memakan nasi berlaukkan Kicap dan Cabai Melaka sebanyak 3 hidangan untuk 3 hari tersebut dan selebihnya hanya biskut empat segi dan air teh untuk hidangan sarapan, makan tengahari dan dinner..

Walau bagaimanapun...banyak yang peserta pelajari..Moga2 Allah jadikan kita sbg Jundullah Al- Mukhtar

Lagi Laporan, sila layari

http://pemudapenang.wordpress.com












Wednesday, 23 December 2009

LAPORAN: Konvoi dan memancing di Tasik Bayu

Haaa.. yg ni lagi best. Dewan Pemuda telah menganjurkan suatu aktiviti santai dengan pemuda-pemuda kawasan. Seramai lebih kurang 20 org peserta telah mengambil bahagian dalam satu acara konvoi dan bersantai di chalet terapung di Teluk Bayu, Sg Petani.
Malam tu kitaorang memancing, sembang2 budak2 muda.. dan juga tak lupa diselitkan oleh nasihat dan tazkirah berguna yang dikongsi dari abang-abang yang dah lama dalam jemaah..
Tapi, yang penting kitaorang enjoyy!!


Itulah dia chalet terapung yang kitaorang bermalam. Bestt!!

Nak sampai sana, kena naik bot dulu..sapa2 yang mabuk laut, baik turun skrng..kalu idak..


Bulan tetap mengambang disini!!



Inilah adik-adik penyambung perjuangan Islam.Takbirr!!


LAPORAN: Pertandingan Bolasepak 7 sebelah

Pada 12/12/09 yang lalu, PAS Kawasan Pmtg Pauh telah berjaya mengumpulkan kira2 150 orang pemain bolasepak handalan untuk menyertai Pertandingan Bolasepak 7 sebelah. Pertandingan yang berlangsung selama satu hari suntuk itu mempertemukan sebanyak 16 pasukan yang bertanding secara liga.
Perlawanan tersebut disudahi dengan kemenangan kepada pemuda cawangan Samagagah dan Naib Juara disandang oleh cawangan Seberang Jaya.

Sesi bergambar sebelum acara bermula.

Lawan tetap lawan!!