Tuesday 27 September 2011

Najib: Kuota Bumiputera Akan Dibuang


1. Ini adalah tindakan terdesak Najib untuk mendapatkan sokongan masyarakat Cina 
2. Tindakan ini juga akan mengundang lebih banyak perbalahan beliau dengan blok Muhyidin yang disokong oleh Tun Dr Mahathir 

KUALA LUMPUR, 27 Sept – Datuk Seri Najib Razak memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing. Perdana Menteri berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan “kita harus menggalakan hak Bumiputera.”

Katanya, penyediaan kuota akan menggalakkan rasa puas hati, mengehadkan pertumbuhan ekonimi dan menguburkan bakat Bumiputera. “Apa yang kita lakukan pada masa lalu ialah kita tidak menggalakkan mereka yang sesuai. “Kita hendak mengetepikan (sistem) kuota tetapi kita mesti sokong mereka (usahawan Bumiputera) bagi membolehkan mereka berkembang maju,” kata beliau pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini hari ini.

“Jika kita beri mereka kuota, apa yang berlaku ialah mereka rasa selesa dan kemudian tidak akan memperoleh kepakaran mereka,” katanya lagi. Najib berkata sasaran ekuiti 30 peratus Bumiputera tiada makna jika mereka terus menjual saham masing-masing. Katanya, kini kerajaan sedang mencuba pendekatan berbeza dengan mencari Bumiputera yang “baik, teruji dan berdedikasi”, dan menyokong mereka untuk membolehkan mereka lebih berdaya saing. 

Sebagai contoh kata beliau, Teraju baru-baru ini melancarkan program untuk melatih 1,100 syarikat Bumiputera kecil, mikro dan pertengahan di bawah program keusahawanan khusus.

0 comments:

Post a Comment