Saturday 18 June 2011

Husam: Pengundi Melayu 'terperangkap dalam dilema'




Orang Melayu tidak berani untuk berubah, pemuda PAS kena kerja kuat untuk mengubah undi orang Melayu, kita perlu dapat sekurang-kurangnya 60 kerusi parlimen dari UMNO


-------------------------------------------------------------------------------------
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini.

Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu.Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik.

"Orang Melayu agak berhati-hati dalam perkara ini... Tugas PAS, (perlu) banyak (memenangi) kerusi Melayu untuk (memastikan) politik stabil dan mantap.

"Berjaya atau tidak, ia sukar (ditentukan).Tugas PAS adalah mendapatkan semaksimum (kemenangan) di kerusi (dari kaum) Melayu.

"Berubahlah daripada mengundi BN dan mengundi Pakatan. Jika 60 kerusi parlimen (kita ambil) daripada Umno, kita boleh menggantikan Umno... Nasihat saya, kita mesti berubah," katanya.

Husam berkata demikian selaku panel forum bertajuk Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke Arah Pertengahan dalam Kemajmukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam semalam.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa on Cabaran Transformasi Parti PolitikTurut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.

Bercakap di hadapan kira-kiranya 50 hadirin, Husam berkata pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu.

"Kita lihat trend ini berterusan di Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka kita dapat tambahan kerusi sebanyak 27 kerusi (parlimen) berbanding 82 kerusi (sekarang).

"Dalam pilihan raya umum ke-13, kita mempunyai 109 kerusi, tidak cukup lima kerusi untuk menubuhkan kerajaan,

azlan"Oleh itu, kita merayu kepada tuan-tuan, untuk mengundi Pakatan Rakyat (dalam pilihan raya umum akan datang)," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin - yang rata-ratanya dari kaum Cina.

Menurutnya lagi, jika kecenderungan itu berterusan, ia memberikan kebaikan kepada kaum Cina walapun ada pihak yang mendakwa kaum tersebut tidak mengenang jasa.

Beliau juga berpendapat, golongan India Muslim yang merangkumi empat peratus daripada pengundi dilihat "kurang menyertai" parti Islam itu.

Katanya, sekiranya kumpulan tersebut menyokong PAS, ia memberikan kelebihan dan memudahkan parti itu untuk merangka sesuatu polisi.

NONEHusam berkata antara cabaran parti itu adalah untuk memastikan calon yang sesuai termasuk calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, parti itu memerlukan "tokoh yang berintegriti dan mampu memikul amanah" bagi memastikan sokongan khususnya daripada bukan Islam kepada PAS.

"Jadi tuan-tuan kena beri input dan tunjukkan di mana kerusinya yang boleh diwakili oleh wakil (kita)... Dasar PAS adalah semua orang tanpa kaum, bersama-sama dalam perjuangan," katanya.

Menjawab soalan sama ada PAS berpeluang menang pada pilihan raya umum akan datang di Terangganu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan yakin perubahan politik akan berlaku di negeri pantai timur itu.

kuala terengganu by election women votersPada pandangannya, unjuran boleh dibuat berdasarkan kepada kehadiran dan sambutan luar biasa dalam siri-siri ceramah di negeri itu termasuk kutipan derma yang banyak diterima.

Husam yang juga ADUN Salor berkata perlantikan pesuruhjaya PAS negeri baru - Mohd Abdul Wahid Endut - mampu untuk membuat perubahan politik termasuk merampas beberapa kerusi parlimen di negeri itu.

Sementara itu, Lee pula berkata antara cabaran yang perlu dihadapi oleh kepimpinan PAS yang baru dipilih dalam muktamar baru-baru ini dengan menjalankan dasar yang liberal, inklusif dan progresif.

Beliau berharap hasrat tersebut dapat dipenuhi oleh kepimpinan baru itu khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

NONEMenurutnya lagi, kehadiran PAS dan Pakatan Rakyat dalam persada politik tanah air juga boleh menjadi pengimbang dan mengurangkan ketegangan antara kaum.

"Saya berharap PAS dan Pakatan dapat mencapai satu persefahaman yang dapat mengendurkan suasana tegang dan menjadikan persahabatan antara kaum lebih teguh berasaskan prinsip demokrasi.

"Melalui politik permuafakatan, maka (suasana politik) pada masa akan datang akan lebih cerah," katanya.

0 comments:

Post a Comment