Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Saturday 18 June 2011

Husam: Pengundi Melayu 'terperangkap dalam dilema'




Orang Melayu tidak berani untuk berubah, pemuda PAS kena kerja kuat untuk mengubah undi orang Melayu, kita perlu dapat sekurang-kurangnya 60 kerusi parlimen dari UMNO


-------------------------------------------------------------------------------------
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa pengundi Melayu supaya mengubah sikap politik mereka seiring dengan perubahan politik dalam negara hari ini.

Beliau mendakwa pengundi Melayu masih "terperangkap dalam dilema" untuk melakukan perubahan yang didakwanya akibat permainanan media arus perdana khususnya berkaitan kedudukan kepemimpinan orang Melayu.Husam (kiri) berkata apa yang menjadi kebimbangan mereka adalah berhubung "kekurangan penguasaan wakil parlimen dari kalangan orang Melayu" sehingga dikatakan boleh menimbulkan ketidakseimbangan politik.

"Orang Melayu agak berhati-hati dalam perkara ini... Tugas PAS, (perlu) banyak (memenangi) kerusi Melayu untuk (memastikan) politik stabil dan mantap.

"Berjaya atau tidak, ia sukar (ditentukan).Tugas PAS adalah mendapatkan semaksimum (kemenangan) di kerusi (dari kaum) Melayu.

"Berubahlah daripada mengundi BN dan mengundi Pakatan. Jika 60 kerusi parlimen (kita ambil) daripada Umno, kita boleh menggantikan Umno... Nasihat saya, kita mesti berubah," katanya.

Husam berkata demikian selaku panel forum bertajuk Cabaran Transformasi Parti Politik: Ke Arah Pertengahan dalam Kemajmukan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur malam semalam.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa on Cabaran Transformasi Parti PolitikTurut menjadi panel adalah penyelidik politik Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) Ooi Heng dan pemerhati politik Lee Ban Chen.

Bercakap di hadapan kira-kiranya 50 hadirin, Husam berkata pilihan raya Sarawak yang lalu menyaksikan sokongan kaum Cina meningkat sebanyak 15.8 peratus menjadikan jumlah keseluruhannya 75.4 peratus, berbanding dengan kaum Melayu.

"Kita lihat trend ini berterusan di Sabah, Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Selangor, maka kita dapat tambahan kerusi sebanyak 27 kerusi (parlimen) berbanding 82 kerusi (sekarang).

"Dalam pilihan raya umum ke-13, kita mempunyai 109 kerusi, tidak cukup lima kerusi untuk menubuhkan kerajaan,

azlan"Oleh itu, kita merayu kepada tuan-tuan, untuk mengundi Pakatan Rakyat (dalam pilihan raya umum akan datang)," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa hadirin - yang rata-ratanya dari kaum Cina.

Menurutnya lagi, jika kecenderungan itu berterusan, ia memberikan kebaikan kepada kaum Cina walapun ada pihak yang mendakwa kaum tersebut tidak mengenang jasa.

Beliau juga berpendapat, golongan India Muslim yang merangkumi empat peratus daripada pengundi dilihat "kurang menyertai" parti Islam itu.

Katanya, sekiranya kumpulan tersebut menyokong PAS, ia memberikan kelebihan dan memudahkan parti itu untuk merangka sesuatu polisi.

NONEHusam berkata antara cabaran parti itu adalah untuk memastikan calon yang sesuai termasuk calon bukan Islam bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, parti itu memerlukan "tokoh yang berintegriti dan mampu memikul amanah" bagi memastikan sokongan khususnya daripada bukan Islam kepada PAS.

"Jadi tuan-tuan kena beri input dan tunjukkan di mana kerusinya yang boleh diwakili oleh wakil (kita)... Dasar PAS adalah semua orang tanpa kaum, bersama-sama dalam perjuangan," katanya.

Menjawab soalan sama ada PAS berpeluang menang pada pilihan raya umum akan datang di Terangganu, Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan yakin perubahan politik akan berlaku di negeri pantai timur itu.

kuala terengganu by election women votersPada pandangannya, unjuran boleh dibuat berdasarkan kepada kehadiran dan sambutan luar biasa dalam siri-siri ceramah di negeri itu termasuk kutipan derma yang banyak diterima.

Husam yang juga ADUN Salor berkata perlantikan pesuruhjaya PAS negeri baru - Mohd Abdul Wahid Endut - mampu untuk membuat perubahan politik termasuk merampas beberapa kerusi parlimen di negeri itu.

Sementara itu, Lee pula berkata antara cabaran yang perlu dihadapi oleh kepimpinan PAS yang baru dipilih dalam muktamar baru-baru ini dengan menjalankan dasar yang liberal, inklusif dan progresif.

Beliau berharap hasrat tersebut dapat dipenuhi oleh kepimpinan baru itu khususnya kepada masyarakat bukan Islam.

NONEMenurutnya lagi, kehadiran PAS dan Pakatan Rakyat dalam persada politik tanah air juga boleh menjadi pengimbang dan mengurangkan ketegangan antara kaum.

"Saya berharap PAS dan Pakatan dapat mencapai satu persefahaman yang dapat mengendurkan suasana tegang dan menjadikan persahabatan antara kaum lebih teguh berasaskan prinsip demokrasi.

"Melalui politik permuafakatan, maka (suasana politik) pada masa akan datang akan lebih cerah," katanya.

Sunday 12 June 2011

UMNO Sanjung Ulama'?..Hanya Lakonan Semata



"Bagus sangat ker negara kebajikan UMNO BN sampai dihalang untuk menciplak? Dan PAS pun rasa geli dan loya untuk meniru negara kebajikan UMNO BN - lihat sahaja kes-kes terbaru di negara kita, kesemuanya dijumpai di dalam "negara kebajikan" tajaan UMNO BN seperti kes rasuah Khir Toyo, kes pembunuhan rakyat seperti Ahmad Sarbani dan Teoh Beng Hock di pejabat SPRM, kes polis bertindak berat sebelah, kes penipuan dan ketidak-telusan SPR menjalankan pilihanraya, kes video seks fitnah semata-mata untuk menjatuhkan musuh politik, kes hakim yang durjana dan ikut telunjuk Peguam Negara dan pelbagai lagi...

Sedangkan negara kebajikan yang diperjuangkan oleh PAS adalah berpandukan kepada Al-Quran dan Sunnah bagi memenuhi tuntutan baldatun taybatun wa rabbun ghaffur.

Ia seperti apa yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS iaitu konsep berkebajikan tidak semestinya memberi sesuatu dalam bentuk material, sebaliknya ia boleh diberikan dalam bentuk kebaikan seperti tindakan kerajaan PAS Kelantan menghapuskan riba dan menutup kelab malam.

Jadi usahlah UMNO BN terutama Najib rasa perasan sangat yang PAS nak ciplak konsep negara kebajikan mereka. Jauh bezanya umpama langit dan bumi"
______________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Para pemimpin Umno tidak perlu menonjolkan mereka menyanjungi ulama dengan membuat kenyataan demi kenyataan dalam akhbar milik umno, Utusan Malaysia kerana sikap mereka sudah diketahui dengan jelas hanyalah lakonan semata-mata.

Mereka juga tidak perlu menuduh para pemimpin dan ahli-ahli PAS kini menolak ulama kerana tujuan sebenar mereka sudah diketahui dengan nyata hanyalah untuk melaga-lagakan antara sesama pemimpin PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, sekiranya para pemimpin Umno terus memainkan isu ciptaan mereka itu, mereka tetap kecewa kerana para pemimpin dan ahli-ahli PAS sendiri sudah amat faham perkara itu.enurut beliau, ahli-ahli PAS sendiri sudah sekian lama memahami sikap sebenar para pemimpin dan ahli-ahlli Umno selama ini yang tidak pernah menyanjungi ulama, malah sentiasa memperlekehkan golongan ulama.

Katanya, sikap buruk mereka itu antara lain boleh dirujuk dengan kenyataan-kenyatan mereka selama ini yang sentiasa memperlekehkan ulama-ulama dalam PAS termasuk terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdu Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Tiba-tiba sekarang mereka kata para pemimpin dan ahli-ahli PAS menolak ulama. Tapi sejak bila Umno menyanjungi ulama? Mereka sendiri sebenarnya yang menolak ulama bukannya kita," katanya kepada Harakahdaily, di sini, malam tadi.

Sehubungan itu, menurut beliau, para pemimpin Uimno perlu menilai diri mereka sendiri terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu terhadap PAS.

Katanya, dalam PAS setiap ahlinya sendiri cukup faham dengan struktur organisasi PAS yang tidak sekali-kali menolak ulama, malah meletakkan golongan ulama ditempat yang paling tinggi dan utama.

"Dalam PAS terdapat Syura Ulama yang menjaga dasar PAS. Majlis Syura Ulama adalah badan tertinggi dalam PAS. Syura Ulama tidak boleh dianggotai sembarangan orang, tetapi setiap ahlinya mestilah mereka yang berpendidikan tinggi dalam Islam dan mempunyai akhlak yang baik.

"Ahli-ahli Syura Ulama berbeza dengan para pemimpin PAS yang lain termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau yang paling atas hingga AJK atau yang paling rendah dalam AJK PAS Pusat.

"Majlis Syura' adalah badan penting yang bertanggungjawab menggariskan dasar PAS dan memastikan PAS tidak terkeluar dari perjuangannya untuk menegakkan Islam," katanya.

Dengan itu, tegasnya, dalam PAS tidak akan timbul soal menolak ulama. Tambahan pula dalam PAS juga turut terdapat Dewan Ulama yang walaupun berbeza dengan Majls Syura Ulama, tetapi turut berperanan membantu PAS agar tidak tergelincir dari asas perjuangannya dengan konsep kepimpinan ulama.

Katanya, hanya Umno BN yang tidak tahu tentang perkara itu sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat tuduhan seperti itu terhadap ahli-ahli PAS.

PAS, tegasnya, dari awal penubuhannya lagi terhasil dari gabungan golongan profesional dan ulama. Disebabkan realiti itu, sesiapa sahaja yang dipilih menjadi pemimpin PAS akan diterima oleh ahli-ahlinya, kecuali ahli-ahli Majlis Syura yang hanya terhad kepada kalangan tertentu sahaja.

"Itulah rahsia kekuatan PAS sejak dulu yang kini semakin diperkuatkan pula oleh barisan kepimpinan baru dan seluruh ahli-ahli. Barisan kepimpinan baru PAS juga turut diterima baik oleh DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

"Ini menjadikan PAS dan Pakatan Rakyat kini semakin kuat, manakala Umno BN pula sekarang semakin lemah kerana tongkatnya, MCA dan MIC sudah patah, apabila MCA dan MIC juga sudah semakin lemah.

"Disebabkan keadaan itu, orang-orang Melayu juga sudah tidak lagi boleh bergantung kepada Umno sekarang. Disebabkan PAS pula yang semakin kuat, orang-orang Melayu perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat bersama kaum-kaum lain bagi membela nasib mereka dan melakukan perubahan di negara kita," ujarnya.

Sejajar dengan itu, katanya, soal berkerjasama antara PAS dan Umno langsung sudah timbul lagi sekarang. Umno tidak perlu merayu kepada PAS mengenainya kerana tidak akan dilayan oleh PAS.

"Kalau kita bekerjasama dengan Umno, jangan ingat Umno tak khianati PAS kerana pengalaman PAS yang lalu sudah mencukupi bagi PAS. Umno hanya perlu menerima pengajaran dari pengkhianatannya sendiri selama ini dengan akan berkubur tidak lama lagi," tegas beliau.