Monday 25 January 2010

LAPORAN:Pelancaran JOM USRAH Peringkat Kawasan Permatang Pauh

Program Perlancaran "JOM USRAH" yang telah diadakan pada Ahad,24/01/2010 yang lalu telah disempurnakan oleh Ustaz Roshidi selaku Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah Negeri. Ianya mendapat sambutan panas daripada ahli-ahli PAS di Kawasan Permatang Pauh. Penyertaan sekitar 80 orang tersebut menunjukkan bahawa ahli-ahli sangat peka akan kepentingan usrah sebagai bekalan dalam perjuangan Islam, Dakwah dan Jihad. PAS sebagai sebuah gerakan Islam amat mementingkan aspek tarbiyah ahli-ahlinya dan salah satu medium tarbiyah adalah 'usrah'.

Al-Fadhil Ustaz Roshidi mengingatkan para hadirin dikalangan muslimin dan muslimat PAS agar menitikberatkan agenda usrah ini supaya perkataan 'usrah' merupakan perkataan yang senantiasa meniti dibibir ahli-ahli kita. Kita tidak mahu ahli-ahli yang hanya panas apabila berbicara tentang politik tetapi sejuk dan hambar apabila berbicara tentang tarbiyah dan usrah.


Semoga dengan pelancaran program 'JOM USRAH' ini, ahli-ahli kita akan terus bersemangat untuk menyemarakkan usrah yang sudah sememangnya menjadi darah daging dalam perjuangan Islam bagi ahli-ahli PAS di Permatang Pauh.

Nampak gayanya para peserta begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk kembali ke cawangan masing-masing dan memanaskan suasana perjuangan dengan usrah..
Jom usrah ngan ana!
Sesapa yang takde usrah lg dan teringin nak ber'usrah' bolehlah menghubungi ketua-ketua pemuda cawangan masing-masing ya!


0 comments:

Post a Comment