Tahniah Dato Salleh Man

DPPK mengucapkan tahiah kepada Dao' atas perlantikan beliau sebagai YDP MAIPP

Nuzul Al Quran

DPPK Permatang Pauh mengucapkan Salam Nuzul Al Quran

Mengaminkan Doa Wehdah

Para Exco DPPK mengaminkan doa wehdah selepas Mesy Agung DPPK 2012.

Bersihkan Surau

Unit Amal bergotong royong membersihkan surau.

Demo

Demo di Masjid Permatang Janggus selepas solat Jumaat

Monday 25 January 2010

LAPORAN:Pelancaran JOM USRAH Peringkat Kawasan Permatang Pauh

Program Perlancaran "JOM USRAH" yang telah diadakan pada Ahad,24/01/2010 yang lalu telah disempurnakan oleh Ustaz Roshidi selaku Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Ketua Lajnah Tarbiyah Negeri. Ianya mendapat sambutan panas daripada ahli-ahli PAS di Kawasan Permatang Pauh. Penyertaan sekitar 80 orang tersebut menunjukkan bahawa ahli-ahli sangat peka akan kepentingan usrah sebagai bekalan dalam perjuangan Islam, Dakwah dan Jihad. PAS sebagai sebuah gerakan Islam amat mementingkan aspek tarbiyah ahli-ahlinya dan salah satu medium tarbiyah adalah 'usrah'.

Al-Fadhil Ustaz Roshidi mengingatkan para hadirin dikalangan muslimin dan muslimat PAS agar menitikberatkan agenda usrah ini supaya perkataan 'usrah' merupakan perkataan yang senantiasa meniti dibibir ahli-ahli kita. Kita tidak mahu ahli-ahli yang hanya panas apabila berbicara tentang politik tetapi sejuk dan hambar apabila berbicara tentang tarbiyah dan usrah.


Semoga dengan pelancaran program 'JOM USRAH' ini, ahli-ahli kita akan terus bersemangat untuk menyemarakkan usrah yang sudah sememangnya menjadi darah daging dalam perjuangan Islam bagi ahli-ahli PAS di Permatang Pauh.

Nampak gayanya para peserta begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk kembali ke cawangan masing-masing dan memanaskan suasana perjuangan dengan usrah..
Jom usrah ngan ana!
Sesapa yang takde usrah lg dan teringin nak ber'usrah' bolehlah menghubungi ketua-ketua pemuda cawangan masing-masing ya!


Friday 22 January 2010

IKLAN: Kejohanan Badminton Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh

Kejohanan Badminton akan diadakan sepertimana maklumat tersebut dibawah:-
Tarikh: 30 Januari 2010
Masa: 2 ptg
Tempat : Dewan Haji Yusuf ArRawa, Samagagah, Permatang Pauh.

Maklumat lanjut, sila hubungi Ketua Lajnah Sukan, Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh, Akhi Rizal-0194102513
*proses undian akan diadakan pada 28/01/10 jam 9mlm.

Semua pemuda dijemput untuk memeriahkan kejohanan gilang gemilang tersebut.

LAPORAN:Organisasi PAS Kawasan Permatang Pauh diperkukuhkan dengan majlis silaturrahim

Organisasi PAS Kawasan Permatang Pauh diperkukuhkan dengan pertemuan ramah mesra penuh kasih sayang diantara PAS Kawasan Permatang Pauh,Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Program ini yang diadakan pada 16/01/10 yang lalu telah membuka suatu ruang untuk setiap organisasi membuat muhasabah dan menjalinkan hubungan persaudaraan. Ukhuwwah Islamiah yang terjalin diantara tiga organisasi utama ini akan menghasilkan impak yang besar kepada masyarakat Kawasan Permatang Pauh.

YDP PAS Kawasan Permatang Pauh, Tn Hj Omar Hasan dan Setiausaha
Ketua Dewan Ulama PAS Kawasan Permatang Pauh,AlFadhil Ust Badrol AbdulRahman (dari kiri), Ust Md Raduan, Abg Anuar dan Ust Shafirol selaku pengerusi majlis.
Barisan EXCO Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh yang segak-segak beruniform
YB Ust Salleh Man, ADUN Permatang Pasir juga mengisi slot perbincangan ini.

Syeikhuna Ust Zakaria Hamzah (nampak sipi sahaja) sedang tekun dalam perbincangan. Juga kelihatan wakil-wakil Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh

LAPORAN: Pertemuan Silaturahim Pemuda PAS Penang Bersama AMK Penang

Pada 19 Januari 2010 bertempat di Pongsu 1000, pihak Angkatan Muda Keadilan telah mengadakan lawatan muhibbah ke Markaz Pemuda PAS Pulau Pinang di Pongsu 1000. Rombongan dari AMK itu seramai 6 orang exco negerinya yang diketuai oleh Saudara Amir Ghazali bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara AMK Pulau Pinang dan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPN PP)......

sila layari
http://pemudapenang.wordpress.com/2010/01/20/pertemuan-silaturahim-pemuda-pas-penang-bersama-amk-penang/

Tuesday 12 January 2010

ORGANISASI: MANUAL PENGENDALIAN MESYUARAT

MANUAL PENGENDALIAN MESYUARAT
Mesyuarat merupakan suatu amalan penting dalam mana-mana organisasi yang aktif dan cemerlang. Bagaimanapun ini tidak bermakna, mesyuarat perlu diadakan dengan kerap. Kekerapan mesyuarat biasanya ditentukan oleh undang-undang tubuh atau perlembagaan organisasi yang menyebut bilangan minima mesyuarat yang perlu diadakan pada setiap tahun.


1. Mesyuarat Mingguan
Apabila organisasi menjadi semakin besar, bilangan ahli semakin ramai dan organisasi mempunyai pekerja tetap, maka mesyuarat mingguan biasanya elok diadakan oleh pihak pengurusan tertinggi bagi membincangkan hal ehwal pengurusan dan perjalanan organisasi.

2. Mesyuarat Bulanan atau berkala
Mesyuarat ini lazimnya diadakan dengan ahli-ahli organisasi bagi menyampaikan maklumat, merancang program, membuat keputusan, mendapatkan pandangan ahli dan menggerakkan organisasi.

3. Fungsi Mesyuarat
i. Memastikan matlamat, polisi dan halatuju organisasi tercapai.
ii. Merancang sesuatu, membuat keputusan dan mengambil tindakan segera.
iii. Mewujudkan kesatuan fikrah danamalan dalam organisasi.
iv. Memantapkan ikatan persaudaraan ahli-ahli:kerjasama, rasa kekitaan,
v.Membuat keputusan bersama.
vi.Menilai kekuatan dan kelemahan organisasi dari masa ke semasa.

4. Persediaan Mengadakan Mesyuarat
1. Setiausaha PAS hendaklah mengedarkan notis panggilan iaitu 14 hari sebelum tarikh mesyuarat. Bagi mesyuarat-mesyuarat yang dicatatkan di dalam perlembagaan atau manual organisasi, khususnya mesyuarat tahunan atau bulanan, notis panggilan mesyuarat hendaklah diedarkan sekurang-kurang seminggu sebelum mesyuarat diadakan.
2.Notis panggilan mesyuarat hendaklah memberikan maklumat lengkap mengenai tarikh, masa dan tempat mesyuarat diadakan. Disamping itu, notis tersebut hendaklah sertakan bersama agenda mesyuarat supaya ahli boleh membuat persediaan lebih awal untuk mengikuti mesyuarat dengan lebih aktif dan bertanggungjawab.
3. Notis panggilan mesyuarat harus mengingatkan ahli supaya membawa notis panggilan mesyuarat, agenda mesyuarat, minit mesyuarat yang diedarkan serta dokumen penting atau kertaskerja yang diperlukan untuk mesyuarat.
4. Keputusan untuk menentukan tarikh, masa dan tempat mesyuarat harus mengambilkira kemudahan untuk ahli hadir.
5. Persediaan lain termasuklah pembesar suara, makanan dan minuman, dokumen untuk edaran di mesyuarat dan kebersihan tempat mesyuarat yang harus diberi perhatian.

5. Peranan dan Tanggungjawab Pengerusi
1. Mengalu-alukan kehadiran, ucap syukur dan terima kasih.
2. Memberi kata-kata aluan atau pengumuman penting/perlu.
3. Menentukan objektif mesyuarat.
4. Merujuk kepada agenda mesyuarat yang ditetapkan.
5. Menjemput ahli membentangkan sesuatu kertas jika ada.
6. Mempelawa ahli memberi pandangan.
7. Memberi ingatan terhadap tindakan yang perlu diambil.
8. Merumuskan perbincangan.
9. Menunjukkan sikap toleransi, peka, bersedia mendengar, tidak pilih kasih, bertimbangrasa,kerjasama tetapi tegas.
10.Mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum menutup mesyuarat.

6. Ciri-ciri Mesyuarat Yang Baik
1. Perjalanan mesyuarat mengikut agenda yang berstruktur.
2. Perbincangan berfokus dan tidak menyimpang atau meleret-leret.
3. Pengesahan minit mesyuarat hanya dibuat oleh ahli yang hadir pada mesyuarat lalu dan bukan pemerhati.
4. Masa diberikan dengan baik bagi membincangkan semua agenda. Tempoh masa perbincangan Hal-hal lain tidak harus lebih panjang dari tempoh masa perbincangan agenda-agenda penting yang lain. Hal-hal lain bukanlah agenda penting tetapi sekadar makluman dan perbincangan segera.
5. Sekiranya tempoh masa mesyuarat telah tamat dan agenda masih belum dapat diselesaikan, maka Pengerusi boleh memberhentikan mesyuarat dan memanggil satu perjumpaan khas bagi membincangkan agenda yang boleh dianggap amat penting.
6. Mesyuarat berjalan lancar, harmoni dan hampir kesemua ahli berpuashati di akhir mesyuarat.
7. Tidak berlaku “ mesyuarat-dalam-mesyuarat” sindrom bisu dan pasif.8. Mesyuarat tamat dalam tempoh yang ditetapkan.

7. Selepas Mesyuarat
1. Peringatan diedarkan kepada ahli berkenaan untuk tindakan susulan segera. Minit mesyuarat disediakan oleh Setiausaha, disemak oleh Pengerusi dan diedarkan kepada ahli seminggu selepas mesyuarat.
2. Semua Minit mesyuarat adalah RAHSIA parti.

8. Penyediaan Minit Mesyuarat
1. Minit Mesyuarat adalah suatu dokumen yang amat penting yang merekodkan perbincangan dan keputusan yang diambil oleh sesebuah organisasi dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat sering dijadikan bahan rujukan samada bagi tindakan susulan dan keperluan masa depan bagi sesuatu organisasi dan mereka-mereka yang memerlukan termasuklah pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Polis dan M ahkamah. Oleh itu, setiap minit mesyuarat hendaklah dicatat dengan jelas, bersistematik dan tepat serta dipelihara dengan baik.
2. Bagi sesuatu mesyuarat biasa, cukup sekadar seorang pencatat sahaja, pada kebiasaannya setiausaha, bagi mencatitkan perbincangan mesyuarat. Bagi Mesyuarat Agung pula, pada lazimnya dua orang pencatat minit mesyuarat akan dilantik bagi merekodkan pelbagai perkara penting yang berlaku di dalam mesyuarat tersebut yang melibatkan kehadairan ramai.
3. Setiap perkara perbincangan boleh dicatatkan mengikut kategori di bawah, jika perlu: a. Mesyuarat mengambil ingatanb. Mesyuarat bersetuju mengambil keputusanc. Mesyuarat bersetuju meluluskand. Mesyuarat bersetuju sebulat suara

Diolah dari Manual Setiausaha UKJ DPP Gombak 09