Wednesday 1 July 2009

PANCIT ATAS JAMBATAN - JANGAN RISAU

PBSB Sedia Khidmat Lori Pengangkut Motosikal Secara Percuma
PULAU PINANG, 29 Jun (Bernama) -- Penang Bridge Sdn Bhd (PBSB) akan menyediakan khidmat lori pengangkut bagi membantu penunggang motosikal yang mengalami kerosakan motosikal atau tayar pancit di atas Jambatan Pulau Pinang mulai Rabu ini.Timbalan Pengurus Besar PBSB Ir Abdul Rahman Hassan berkata perkhidmatan mengangkut motosikal terus ke bengkel yang berdekatan itu bermula dari pukul 7 pagi hingga 8 malam setiap hari, dan ia disediakan secara percuma."Namun segala kos pembaikan dan alat ganti motosikal adalah tanggungan penunggang sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.Menurutnya penunggang motosikal yang ingin mendapatkan khidmat bantuan lori pengangkut yang disediakan boleh menghubungi:
talian PBSB Bridgeline 1300 1300 03 ataupun menggunakan telefon kecemasan
yang terdapat di sepanjang laluan atas jambatan.Beliau berkata pihaknya mengambil langkah menyediakan perkhidmatan itu sebagai salah satu tanggungjawab sosial syarikat dalam membantu pengguna jambatan."Selain itu, inisiatif berkenaan adalah bagi membendung kegiatan menabur paku di sekitar jambatan yang dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu yang mempunyai modus operandi mengaut keuntungan dengan mengenakan caj yang tinggi melalui khidmat membaiki motosikal," katanya.Abdul Rahman berkata dengan perkhidmatan yang disediakan itu, pihak PBSB berharap dapat mengurangkan kegiatan tersebut."Bagaimanapun, pengguna tidak perlu bimbang kerana PBSB dengan kerjasama polis sentiasa memantau kegiatan berkenaan setiap hari," katanya.-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment