Monday 22 June 2009

IJTIMAK PEMUDA PULAU PINANG & TAKLIMAT KEMPEN JUALAN TANAH WAKAF SRIBU




Kelmarin, 21 Jun 2009 bertempat di Markaz PAS Pongsu Seribu, Kepala Batas telah diadakan Ijtimak Pemuda Pulau Pinang & Kempen Jualan Tanah Wakaf SRIBU.

Kehadiran para Pemuda PAS dari seluruh Negeri adalah seramai 130 orang kecuali Kawasan Bukit Bendera & Bukit Gelugor yang tidak menghantar wakil mereka.

Majlis telah dimulai oleh Pengerusi Majlis iaitu Ust Afnan Taib Azamuddin.Kemudian Sdr Helmi meneruskan sesi Ta'ruf EXCO Pemuda Ng. Ust Mohd Ridzuan selaku Ketua Lajnah Tarbiyah Dewan Pemuda Negeri telah memberikan Taujihad dan Misi serta Visi lajanh Tarbiyah bagi sesi 2009-2011.

Ceramah kemuncak telah disampaikan oleh Ust Azman Shapawi (Timbalan Ketua Pemuda Pusat ) mewakili Ketua Pemuda Pusat, telah memberikan ceramah yang penuh bersemangat. Beliau juga turut menyampaikan amanat dan pesanan penting tanggungjawab dan peranan Pemuda PAS yang wajib dilaksanakan.

Ust Yusni selaku, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang turut memberikan amanat bagi sesi 2009-2011.

Kemudian peserta juga telah diberikan peluang untuk bertanyakan beberapa soalan kepada Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi.

Taklimat Kempen Jualan Tanah SRIBU telah disampaikan oleh Ust Yusni selaku Mudir & Pengerusi ALT SRIBU.
klik untuk gambar-gambar lain :http://www.tradelinkad.com/57a51b


0 comments:

Post a Comment