Wednesday 20 May 2009

YDP Permatang Pauh nafi kenyataan larang sokong calon KeADILan

Mohd Sabri Said
Wed May 20, 09 1:16:45 pm MYT

PERMATANG PAUH, 20 Mei (Hrkh) - Yang Dipertua PAS Permatang Pauh merangkap Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN), Omar Hasan menafikan telah mengeluarkan kenyataan melarang ahli PAS mengundi calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dr Mansor Othman pada pilihan raya kecil N12 Penanti pada 31 Mei ini.

Ujarnya, dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Permatang Pauh baru-baru ini tiada agenda perbincangan berkaitan isu tersebut dan beliau hairan bagaimana tiba-tiba kenyataanya boleh ada dalam blog Alahai...FAIRUS http://tinyurl.com/ousasw

yang sengaja dicipta untuk memperkecilkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, Mohamad Fairus Khairudin.

"Saya tidak tahu menahu tentang isu itu melainkan setelah diberitahu oleh rakan tengah hari tadi. Saya terus menghubugi rakan AJK adakah saya tercakap isu berkenaan mereka kata kita tidak pun bincang perkara jentera pilihan raya kecil Penanti," tegasnya.

Menurut sumber blog berkenaan Omar berkata, beliau bukan sahaja melarang ahli PAS mengundi calon KeADILan malahan turut mengarahkan ahli PAS tidak keluar mengundi atau jika keluar mereka diminta tidak mengundi calon Pakatan Rakyat atau merosakan undi.

Menurutnya lagi, berikutan kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Dato' Seri Najib Tun Razak tidak meletakan calon di Penanti Omar berkata, malam ini baru perbincangan sebenar diadakan khas menumpukan pada situasi sekarang.

Tiga hari lepas dalam ceramah bersama Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli menyeru semua jentera PAS berkampung di Penanti bermula 23 Me ini iaitu selepas hari penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam.

Sebelum itu juga Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustaffa Ali dan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man sepakat dalam kenyataan akhbar bahawa kerusi Penanti adalah milik KeADILan berikutan perjanjian yang termaktub dalam Majlis Presiden kesemua parti gabungan Pakatan Rakyat. - mns_

0 comments:

Post a Comment