Thursday 14 May 2009

PENANTI: Masih ada PAS cawangan tolak calon PKR


Muda Mohd Noor May 14, 09 2:51pm
Masih ada cawangan PAS di DUN Penanti yang tetap berkeras tidak mahu PKR bertanding dalam pilihanraya kecil 31 Mei ini.Sebaliknya mereka tetap mahukan PAS meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut, kata bekas ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin."Dua atau tiga cawangan masih bercakap sedemikian walaupun pucuk pimpinan parti menyatakan sokongan padu kepada calon PKR.“Jika penolakan ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada jentera pilihanraya PAS di DUN berkenaan.“Ia kerana cawangan dalam kawasan ini yang menguruskan unit peti undi (UPU) untuk kempen pilihanraya nanti dan mereka juga lebih arif tentang pengundi.“Kalau orang luar datang pun, mereka tidak sebaik orang tempatan. Apatah lagi kalau mereka dari luar Permatang Pauh dan Pulau Pinang,” katanya.PAS, kata Mohd Hafiz, mempunyai 11 cawangan di Penanti dengan 10 daripadanya mempunyai UPU.Timbalan pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman telah diumumkan sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil Penanti pada 31 Mei depan. Sementara itu, Hafiz menafikan akan bertanding di DUN berkenaan tetapi katanya, parti perlu juga mengambil kira kesan kepada larangan tidak membenarkan PAS bertanding.'Permatang Pauh tidak pulau'“Jika parti suruh, saya sedia mempertimbangkan untuk bertanding. Tetapi PAS pusat tidak beri dan kita tidak boleh buat apa-apa.“Tetapi kita kena fikir kesan yang tidak baik kepada calon PKR nanti kalau jentera dan pengundi PAS sudah tidak mahu calon tersebut,” katanya.Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata, pihaknya akan menggerakkan jentera pilihanraya apabila tiba masanya."Sekarang tidak timbul isu (PAS kawasan itu) memboikot pilihanraya kecil Penanti," katanya tetapi tidak mahu mengulas lanjut.Sebelum ini, PAS kawasan tersebut telah meluluskan untuk membekukan jentera pilihanraya di peringkat kawasan tersebut.Manakala Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man ketika dihubungi berkata, PAS kawasan akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat untuk membantu calon PKR.“Kita hanya tunggu arahan untuk menggerakkan jentera pilihanraya.“Tetapi banyak masa lagi, kerana penamaan calon pun belum buat lagi. Ada 10 hari lagi,” katanya.-malaysiakini

0 comments:

Post a Comment